Rate

BAB 7

Romance Completed 7023

Zarif melangkah lemah menuruni anak tangga. Bagaikan tidak sanggup hendak berada dalam majlis tersebut. Kalau boleh, dia nak lari jauh-jauh. Tapi, apakan daya. Dia terpaksa.

“Hish, apa kena dengan budak ni agaknya! Tok kadi tengah tunggu ni, dia boleh jalan terhegeh-hegeh macam tu,” Zarif terkejut dengan kehadiran Toh Puan Fatimah dihadapannya. Dia memandang ke tingkat atas. Fakrul tak turun lagi ke?

“Kenapa Tok Mak? Fakrul tak siap lagi ker?”tanya Zarif, terpinga-pinga.

“Semua orang dah ada dekat bawah ni. Kamu tu yang jalan macam siput, lambat sangat. Mari!” Toh Puan Fatimah menarik tangan Zarif ke tengah majlis dan menghampiri tok kadi. Zarif masih dalam kebingungan.

Di atas pelamin, Nurul duduk bersebelahan dengan seorang gadis lain. Pengapit dia kot. Tapi, kalau pengapit… kenapa pakaiannya macam lebih sudu dari kuah je gayanya. Apa semua ni?

“Chill la, bro! Jom teman aku salam tok kadi,” Fakrul menarik Zarif duduk disebelahnya dan berhadapan dengan tok kadi. Mereka disekeliling kelihatan seperti sedang mentertawakannya. Dia masih bingung. Fakrul mendekati Zarif dan cuba membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.

“Aku dah ada bakal isteri aku sendiri. Kau tak payah susah-susah sibuk fasal Nurul lagi. Sekejap lagi dia akan jadi isteri kau. Kau tak payahlah tunjuk muka beruk kau tu lagi. Relax okey,” ujar Fakrul sambil tersenyum nakal.

Zarif bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Serta merta dia memandang ke arah Nurul. Nurul tersenyum manis. Kini, Zarif semakin yakin yang dia tidak bermimpi. Zarif tersenyum gembira.

Nurul mengalih pandangan ke arah Fakrul. Dia teringat peristiwa semalam. Hanya dia dan Fakrul saja yang tahu. Fakrul memberinya beberapa keping kertas yang telah dicetak untuk gadis tu baca dan tahu isi hati sebenar Zarif terhadapnya. Nurul tidak sangka semua itu akan berlaku.

Fakrul pula telah beritahu semua perkara kepada Toh Puan Fatimah. Fakrul meminta izin untuk berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Dia yakin bahawa wanita itu boleh mengubah cara hidupnya seperti yang diharapkan oleh Tok Mak mereka. Diharap hubungan ini akan kekal sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience