Rate

BAB 6

Romance Completed 7023

“Fakrul, apa semua ni?” Giliran Zarif pula mencampakkan gambar-gambar jijik itu ke meja kerja Fakrul. Lelaki yang sedang sibuk melayan handphone itu tersentak. Dia kaget apabila terpandang kepingan gambar peribadinya bersepah di atas meja kerjanya itu.

“Mana kau dapat semua gambar-gambar ni?” soal Fakrul pula.

“Mana aku dapat bukan soalnya. Semua gambar ni, apa benda ni, Fakrul?…” Zarif mula naik berang. Dia bercekak pinggang dengan wajah yang bengis memandang lelaki dihadapannya itu.

“Kau ni betul-betul mengecewakan aku, tau tak? Aku bela kau dari Tok Mak, cerita yang baik-baik fasal kau dekat Nurul, tapi…sikit pun kau tak ada perasaan nak berubah. Aku ni bukan setakat kawan baik kau tau, aku ni abang kau. Apa-apa jadi pada kau, aku yang tanggung.

Boleh tak kalau kali ini kau kasihanilah aku, kasihanlah dengan Tok Mak, beri sebahagian tanggungjawab kau tu untuk Nurul, bakal isteri kau. Ubahlah cara hidup kau yang sia-sia ni. Boleh tak?”bebel Zarif sepenuh hatinya yang terbuku selama ini. Kali ini dia perlu bersungguh-sungguh basuh kepala otak adik angkatnya itu.

“Kau ni, tak habis-habis Nurul, Nurul, Nurul. Tok Mak pun sebut Nurul, mak su dan pak su pun asyik sebut nama tu. Boleh bernanah tau telinga ni dengar nama yang sama jer. Dia tak sesuai untuk aku. Kalau kau sayangkan sangat dengan Nurul tu, kau sajalah yang kahwin dengan dia,”ujar Fakrul, selamber.

Zarif mula naik bengang dengan sikap Fakrul yang satu itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia belasah lelaki itu. Nasib baik dia mampu berfikir lagi.

“Kalau aku boleh….”

“Boleh apa? Boleh kahwin dengan Nurul?….”tiba-tiba Fakrul ketawa macam orang gila. Zarif berkerut seribu memandang lelaki itu. Fakrul berjalan menhampiri Zarif dan memeluk bahunya, erat.

“Zarif, Zarif… Aku kenal kau sejak kecil lagi. Selepas mak ayah aku meninggal, kau yang selalu jaga aku, teman aku, jadi kawan baik aku. Kau selalu backup aku kalau Tok Mak marah. Kau sedih, kau gembira, semuanya dekat depan mata aku. Tak akan mungkin aku tak tahu perasaan kau, bro!” Zarif memandang Fakrul dengan penuh tanda tanya.

Dia kurang faham dengan maksud yang hendak disampaikan oleh Fakrul itu. Fakrul berpaling membelakangi Zarif.

“Kau tahu kenapa aku selalu pulang lewat dan kadang-kadang tu aku tak pulang ke rumah?” Fakrul memandang Zarif semula dengan senyuman manis. Zarif masih lagi tidak faham.

“Sorry, bro! Aku lupa nak pulangkan not kau. Hari tu aku main ambil jer, lupa nak bagitahu kau. Mesti kau tercari-cari,kan?” Fakrul mengambil sebuah not yang tersimpan di dalam laci meja kerjanya dan diserahkan kepada Zarif. Zarif semakin pelik. Patutlah dia cari notnya tak jumpa-jumpa. Tapi…

“Chill, bro! Majlis itu tetap akan jalan. Kau jangan risau sangat,” Fakrul menepuk-nepuk bahu Zarif sebelum melangkah meninggalkan Zarif di dalam bilik itu sendiri.

Zarif masih terpinga-pinga mencari jawapan. Tak mungkin Fakrul dah baca? Zarif memandang ke arah pintu. Fakrul sudah hilang dari pandangan.

****

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Nurul sedang didandan oleh mak andam khas. Fakrul juga sedang bersiap dalam bilik berasingan. Zarif, Toh Puan Fatimah, Mak Su Zaharah dan Pak Su Azhar pula sibuk melayan tetamu yang sudah ramai memenuhi ruang rumah.

Sebentar lagi majlis akan bermula. Kelihatan tok kadi sudah berada dihadapan pintu pagar. Toh Puan Fatimah teruja mendapatkan Zarif dengan segera. Dia membisikkan sesuatu. Zarif memandang ke luar dan tersenyum. Lelaki itu terus berjalan meninggalkan ruang itu dan menuju ke tingkat atas.

“Fakrul!Dah siap ke belum?”tanya Zarif sebaik saja membuka pintu bilik Fakrul. Kelihatan kawan Fakrul sedang membantu lelaki itu mengikat sampin.

“Sekejap. Sikit lagi,”

“Cepat. Tok kadi dah sampai,”

“Hah, cepatnya! Aku nak kahwin ke dia yang nak kahwin ni?”

“Jangan nak merepek. Cepat siap. Nanti terus turun,” pesan Zarif sebelum beredar.

Dia kemudiannya berjalan ke bilik Nurul pula. Apabila sampai ke muka pintu, dia rasa teragak-agak pula untuk mengetuk pintu. Sejak hari Nurul mengamuk tu, mereka langsung tidak bertegur sapa. Bersua muka pun tidak. Kalau bertembung, Nurul terus mengubah arah ke tempat lain.

Tidakkah gadis itu rindu untuk jadi seperti dulu? Masih marahkah dia? Tiba-tiba, pintu bilik itu dibuka dari dalam. Nurul tergamam, begitu juga Zarif. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Hati masing-masing saling berdebar. Apakah perasaan itu?

“Nurul!” Zarif dan Nurul terkejut dari lamunan masing-masing. Mereka jadi tidak tentu arah dan menggelabah tanpa sebab.

“Cepat turun. Orang dah tunggu kat bawah tu,”tegur Mak Su Zaharah dari jauh. Nurul terus melangkah pergi meninggalkan Zarif. Zarif memandang dengan perasaan pilu. Hatinya berbisik yang Nurul bukan untuknya. Dia harus sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience