Rate

BAB 1

Romance Completed 7023

“Apa lagi yang Tok Mak nak buat dengan kamu ni Fakrul? Berseronok tak tentu fasal. Perempuan dibawaknya kehulu, kehilir. Lepas tu, malukan Tok Mak! Berkawan dengan penagih dadah! Apa nak jadi dengan kamu ni?”marah Toh Puan Fatimah kepada cucu kandungnya yang seorang itu. Fakrul hanya mampu menundukkan kepala dan berdiam diri. Dia tahu dia bersalah. Tapi….

“Tapi, Tok Mak…. Fakrul tak bersalah! Dia…”

“Kamu diam! Kamu pun sama Zarif!…”potong Toh Puan Fatimah dengan melenting marah. Niat dihati… Zarif hendak membela nasib kawan baik a.k.a adik angkat dia tu. Tapi… last-last dia juga kena tempias sama. Padahal dia tidak terlibat langsung dalam kes yang berlaku ke atas Fakrul semalam.

“Kamu sebagai abang kenapa tak jaga adik kamu ni elok-elok? Degil! Tak pernah nak dengar cakap! Kalau nak diikutkan hati Tok Mak ni… Tok Mak tak ingin nak jamin kamu dalam lockup tu. Biar kamu insaf sikit bila duduk kat dalam,” marah Toh Puan Fatimah lagi.

“Tok Mak….” Zarif menyiku lengan Fakrul yang masih membisu disebelah.

Fakrul memandang Zarif geram dan tidak memahami isyarat Zarif yang menyuruh Fakrul bersuara meminta maaf kepada nenek mereka itu. Fakrul takut-takut hendak menurut kata. Zarif menolak-nolak badan Fakrul ke arah orang tua itu dan memaksa Fakrul untuk segera minta maaf. Akhirnya Fakrul terpaksa akur dan perlahan-lahan menghampiri Toh Puan Fatimah dengan perasaan gugup.

“Tok Mak…. Fakrul nak minta maaf. Fakrul janji, Fakrul tak akan buat lagi. Fakrul akan dengar cakap Tok Mak lepas ni. Fakrul janji apa yang Tok Mak suruh Fakrul akan buat,”

“Janji kamu tu boleh pakai ker?” uji wanita tua itu yang ragu-ragu dengan keikhlasan cucunya itu. Bukan sekali dua anak muda itu buat perangai, dah banyak kali. Tapi, tak juga pernah berubah.

“Betul Tok Mak! Kali ini Fakrul benar-benar insaf dan berjanji akan ikut cakap Tok Mak,” ikrar Fakrul bersungguh-sungguh untuk meyakinkan neneknya itu bahawa dia bercakap benar. Zarif yang melihat tersenyum gembira sambil berpeluk tubuh.

“Baiklah, kalau macam tu. Tok Mak bagi kamu dalam masa sebulan. Kamu pergi ke kampung Tok Mak di Perak. Tinggal dengan Mak Su Zaharah kamu di sana,” arah Toh Puan Fatimah tiba-tiba. Fakrul memandang Zarif. Mereka sama-sama berasa pelik dan bingung. Fakrul memandang neneknya itu semula.

“Nak buat apa Tok Mak?”

“Tok Mak nak kamu cari pasangan kamu disana dan Tok Mak nak kamu kahwin!Biar kamu ada rasa tanggungjawab sikit. Faham?!”

“Hah?!!” Fakrul terkejut dengan kenyataan neneknya itu. Zarif pun turut tersentak. Betulkah dengan apa yang mereka dengar? Tok Mak mereka itu sedarkah dengan apa yang dikatakan? Kahwin???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience