Rate

BAB 2

Romance Completed 7023

“Aduh, Zarif… aku rasa Tok Mak tu dah gila, lah! Ada ke dia suruh aku kahwin dalam usia aku yang masih muda ni? Lepas tu, suruh aku cari perempuan kampung pula tu! Not my taste ‘lah” Fakrul kelihatan sangat bingung dan tidak senang duduk dibuatnya. Zarif bersandar di sofa dengan wajah tenang. Dia tersenyum sinis memandang gelagat Fakrul yang tidak tentu arah itu.

“Chill la, bro! Tok Mak suruh kau kahwin, bukan suruh kau buat apa pun. Seronok apa kahwin. Bertuah kau, dapat jugak kahwin free. Semua Tok Mak tanggung. Tak payah heboh nak simpan duit banyak-banyak,” sindir Zarif sambil ketawa sinis.

“Bro, kau jangan buat fasal dengan aku, bro! Aku tak puas enjoy lagi tau. Nak suruh aku kahwin,” Fakrul akhirnya duduk berhadapan dengan abang angkat a.k.a sahabatnya itu. Wajahnya masih serabut dan otaknya ligat berfikir mencari jalan untuk lepaskan diri.

“Tapi, kau dah janji dengan Tok Mak, kan?”

“Aku janji aku tak akan buat benda yang sama lagi, aku tak janji yang aku nak kahwin!”

“Tapi, kau dah janji nak ikut cakap dia,”tambah Zarif lagi demi untuk mengingatkan Fakrul tentang kata-katanya kepada nenek mereka semalam.

“No way, man! Aku tak akan kahwin. Apa kata kalau kau yang kahwin?” tiba-tiba persoalan itu terkeluar dari mulut Fakrul. Sekaligus dia mendapat satu idea yang dirasanya sangat bernas. Fakrul memandang Zarif dengan penuh pengharapan. Zarif memandang lelaki itu tanpa mengerti apa-apa.

Namun selepas itu dia dapat menangkap muslihat Fakrul kali ini.

“No, no, no! Kau jangan nak libatkan aku dalam hal kau, okey?”

“Please, Zarif! Tolong aku kali ini. Kau ‘kan abang,” rayu Fakrul bersungguh-sungguh. Zarif memandang Fakrul tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia mengeluh kasar. At last, dia jugalah yang kena.

****************************

“Zarif?” Mak Su Zaharah memandang pelik ke arah Zarif selepas melihat lelaki itu yang berada depan pintu rumahnya dan bukannya Fakrul sepertimana ibunya khabarkan.

“Mana Fakrul? Tok Mak kata, dia yang nak tinggal disini, bukannya kamu,” tanya Mak Su Zaharah sebaik sahaja mereka masuk ke ruang tamu rumah mewah tersebut. Zarif mengekori wanita lewat 30-an itu dari belakang.

“Fakrul tiba-tiba ada hal nak uruskan projeknya di Indonesia. Itu yang Zarif datang ganti dia tu. Cuma…. Mak su jangan bagitahu hal ni pada Tok Mak, yer? Takut orang tua tu bising pulak,” pesan Zarif sambil tersengih penuh makna.

Mak Su Zaharah tersenyum sinis. Mereka sama-sama mengambil tempat di sofa ruang tamu itu. Mak Su Zaharah memandang tepat ke wajah anak muda itu.

“Fakrul tu betul-betul ada projek ker atau nak melarikan diri? Bukan sepatutnya kamu ke yang kene uruskan projek di Indonesia tu? Baru semalam Tok Mak telefon beritahu mak su. Hai, dengan mak su pun kamu nak berbohong, ermm, Zarif?!”

“Err….” Zarif menggaru kepala sambil tersengih malu.

Mana pulak nak disoroknya muka yang sudah panas terbakar dek terkantoi dengan wanita dihadapannya itu. Mak Su Zaharah tersenyum memandang Zarif. Dia tahu pemuda itu tidak bersalah. Zarif baik budaknya dan dia faham benar dengan sikap mereka dua beradik. Tapi, Selalunya, Zarif juga yang menjadi mangsa. Fakrul, Fakrul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience