Rate

BAB 3

Romance Completed 7023

“Tok Mak dan mak su dah merancang nak satukan Nurul, anak saudara pak su kamu dengan Fakrul. Baik budaknya. Sesuailah dengan si Fakrul yang kepala degil tu! Hendaknya si Nurul tu dapatlah mengubah sikap Fakrul yang tak habis-habis nak berseronok sana-sini tu nanti,” cerita Mak Su Zaharah sebaik sahaja mereka usai makan malam.

Zarif membantu wanita itu mengemas meja makan. Hanya mereka berdua saja yang tinggal. Pak Su Azhar ada urusan luar katanya. Esok baru pulang.

“Nurul tu sekarang buat apa, mak su?”tanya Zarif sambil mengikut Mak Su Zaharah mengangkat pinggan ke dapur.

“Dia baru tamat ijazah. Ini esoknya dia baliklah ke rumah ini ikut pak su kamu tu. Bolehlah kamu kenal dengan dia,” ujar Mak Su Zaharah dan mula hendak membasuh pinggan kotor disingki. Zarif berdiri disebelah sambil berpeluk tubuh.

“Baru tamat ijazah, tak akan dah nak kahwin, mak su? Dia nak ker?” tanya Zarif lagi. Dahinya berkerut seribu. Pelik jugak, penat-penat belajar… balik kampung dah nak kahwin? Hmmm…

“Dia tak kisah. Dia ikut jer apa yang pak su kamu katakan. Lagipun, dia dah dapat kerja dekat Kuala Lumpur tu. Kerja apa yang dia idamkan. Kalau dia kahwin, ada juga orang yang nak tengok-tengokkan dia. Tapi, janji jangan halang dia nak bekerja, itu saja,” Zarif mengangguk faham.

“Habis, kalau kamu yang datang, kamu yang tengok dan kenal dengan si Nurul tu, Fakrul tak kisah ker? Dia yang nak kahwin, jangan nanti dia tak berkenan pulak,”

“Dia tak kisah pun, mak su. Dia suruh saya yang nilai bakal isterinya tu macammana. Kalau saya kata okey, okey jugaklah dekat dia,” terang Zarif, selamber.

“Macam tu pulak? Ish, macam-macamlah budak sekarang ni!” bebel Mak Su Zaharah, sendiri. Zarif hanya tersenyum lucu.

************************

“So, awaklah Zarif?! Abang kepada Fakrul? Awak datang ni sebagai penyiasat jodoh untuk adik awak ‘lah, ya?” sindir Nurul sambil tersenyum sinis tatkala mereka bertemu dibawah sebatang pokok tidak jauh dari rumah Mak Su Zaharah. Zarif turut tersenyum. Wajahnya kelihatan tenang berhadapan dengan Nurul yang baru ditemuinya semalam. Mereka tiada kesempatan untuk berbual sehinggalah kini. Itupun, Nurul yang bersuara dahulu. Kenapa ya?

“Kenapa Fakrul tak datang sendiri? Bukan dia ke yang nak jadi bakal suami saya? Bukannya awak,” tanya Nurul lagi ingin tahu.

Awak kena jaga saya. Saya tiada sesiapa dekat sana selain awak,”

“Ada. Suami awak,Fakrul. Dia yang akan menjaga awak. Bukan saya,”

“Tapi tak salah, kan? Kalau sebagai seorang kawan?” Nurul tersenyum, Zarif juga menyambut dengan senyuman walaupun tawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience