Rate

BAB 4

Romance Completed 7023

Sudah tiga hari Nurul berada di Kuala Lumpur. Lagi seminggu dia akan menjadi isteri kepada Ungku Fakrul bin Ungku Ariffin. Debaran memang sangat terasa. Gembira pun ada, risau pun ada, kadang-kadang macam tiada perasaan pun ada.

Itupun apabila melihat Fakrul seperti tidak pedulikan dengan keadaan itu. Dia selalu menghilang. Kadang-kadang balik lewat malam dan kadang-kadang langsung tidak pulang ke rumah. Dia ke mana sebenarnya?

Satu hari, dia terdengar Toh Puan Fatimah memarahi sikap cucunya yang satu itu. Mungkinkah Fakrul dipaksa atau terpaksa menerima perkahwinan ini? Zarif sering saja mengelak apabila ditanya tentang Fakrul. Sikap Fakrul tidak seperti apa yang Zarif katakan sebelum ini. Mungkinkah Fakrul sudah ada teman wanita lain atau mungkinkah dia tidak layak menjadi isteri Fakrul?

“Fakrul, listen to me! Lagi beberapa hari kau akan kahwin. Bila kau nak ubah sikap kau ni? Kau tak kasihan pada Nurul, ker?” tegur Zarif ketika mereka berada di dalam pejabat Fakrul selepas usai mesyuarat syarikat.

“Chill la, bro! Apa yang kau nak risau? Angkat tangan tok kadi, sain surat nikah, selesai! Itu yang Tok Mak nak, kan?”jawab Fakrul, selamber dan ketawa macam orang tiada perasaan bersalah pun.

“Eh, tengkorak kau! …”

“Tengkorak aku jangan mainlah, bro,”

“Ada aku kisah? Kau ni cakap macam orang dah tak ada akal nak guna. Kau ingat Nurul tu tak ada perasaan yang kau nak main-main macam ni?”

“Aku tak pernah paksa dia pun, bro. Dia pun tak kisah. Dia ikut jer apa yang dah ditetapkan untuk dia. So, ikut je, lah!”

“Aku bercakap dengan kau ni kan, macam aku bercakap dengan kayu!”

“Ha, sebut fasal kayu! Jom perkena Nasi Kandar Kayu. Lapar dah ni,”

“Tak nak! Kau pergilah sendiri,”

“Aish, merajuk pulak orang tua ni! Jomlah…. aku dah lama tak dating dengan kau ni,” pujuk Fakrul sambil memeluk bahu Zarif lalu berjalan keluar dari pejabat tersebut.

Zarif melangkah dalam paksaan dan sakit hati dengan sikap Fakrul itu. Dalam hati terdetik rasa risau terhadap Nurul. Kalau apa-apa terjadi dalam perkahwinan mereka nanti, dialah yang harus dipersalahkan kerana tidak pernah berterus terang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience