BAB 7

Horror & Thriller Series 1200

Bulan ketawa sinis. “Kejar impian bersama kau? Apa kau lupa yang kau meninggalkanku sepuluh tahun lalu. Ingat? Lagipun aku sudah memenuhi impianku. Menghapuskan mereka yang bersalah!’’

“Tapi tindakan kau itu salah!!!”

Bulan masih berdiri tegap memeluk tubuh. Perlahan-lahan dia kemudian berjalan mendekati Andre yang kelihatan bergetar menahan marah. Beberapa saat kemudia, dia sudah berada di belakang Andre.

Dihunusnya pisau lipat tepat ke leher Andre. Namun tanpa ia sadari, dalam masa yang sama Andre juga mengacukan pistol ke arah pinggangnya

“Kenapa kau buat begini Bulandari?” tanya Andre cuba membuang sedikit masa.

“Ini semua kerana kau!”

Srek…

Tanpa berfikir panjang Bulan mengayunkan pisaunya…

BANGGGGG!

…Dan di waktu yang sama, tanpa memikirkan kawan mahupun lawan, Andre tidak punya pilihan melainkan melepaskan tembakan ke arah kawan lamanya itu tanpa sempat dia melaporkan kepada skuad tentera yang sudah bersiap siaga di luar rumah usang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience