BAB 4

Horror & Thriller Series 1200

“Jadi saya dengan ini menghantar awak untuk mengambil alih tugasan ini berkuat kuasa hari ini, segera bersiap ke daerah Lima dalam keadaan segera!’’ arahnya tegas.

Andre menghela nafas. Dia sudah biasa terjebak dalam perbualan yang meninggalkan dia sedikit pilihan, nak tak nak dia terpaksa patuh pada arahan atasannya itu.

Tepat pukul dua belas. Andre sudah sampai di daerah lima dengan menaiki skuad penyelamat yang kebetulan menjuju ke daerah Lima.

Andre memandang kiri dan kanan dan saat di mana saat ini dia menyedari tempat dia berpijak mungkin adalah salah satu zon paling selamat di daerah lima, daerah yang hampir mati.

Andre memutuskan untuk berehat sebentar sejenak sambil memikirkan pelbagai strategi.

Bermula dari strategi sederhana sehinggalah ke strategi paling gila yang dirancanganya. Antaranya, menjadikan dirinya umpan.

Malam itu dia menghubungi Luna untuk menggodam lokasi si pelaku kerana dia kini sudah punya strategi yang diatur dan merasakan ia sudah cukup kuat.

“Tolong laporkan lokasi Pelaku padaku. Laporkan maklumatnya kepadaku malam ini juga!” tegas Andre.

Entah dari mana datang keinginan yang melambung tinggi inni untuk mahu memberkeas si pelaku yang besar kemungkinan adalah seorang psikopat dan baginya ukiran ‘Bulan’ pada tubuh mangsa adalah salah satu petunjuk terbesar untuknya.

“Berdasarkan pencarian intensif, si Pelaku buat masa ini berada di titik hitam sebelah utara. Pergerakannya perlahan menuju ke arah timur. Aku tidak tahu kenapa Pelaku itu menuju ke titik itu tapi aku harap kau berhati-hati ya,’’ ujar Luna.

Andre menghela nafas, nampak gayanya dia berhadapan dengan seorang yang licik. Akhirnya Andre memutuskan untuk menjadikan dirinya sebagai umpan, ini bermakna pelan gilanya harus dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience