BAB 3

Horror & Thriller Series 1200

“Andre to my office now!!”

Arahan dari pihak atasannya membuat Andre terdiam sebentar. Lalu dia mengambil topi kegemarannya itu seraya bergegas ke pejabat Sang Atasan di tingkat 15.

Mujur sahaja lif di pusat ini berfungsi baik hari ini tidak seperti semalam di mana dia terpaksa mendaki tangga ke tingkat yang sama dek kerana masalah pada lif.

Andre menanti ketibaan lif dengan perasaan gundah gulana.Sudah tentu ada tugasan berat yang akan diberikan kepadanya untuk daerah nombor lima ini.

Dia ingat lagi, seminggu yang lalu usai berbincang dengan Luna, paginya daerah lima kembali dikejutkan dengan penemuan tiga mayat di rumah sebuah pangsa dan selepas siasan dan ujian forensic, ternyata tiga mayat itu merupakan penyeludup senjata gelap.

Setakat ini si pelaku hanya mensasarkan korbannya pada individu yang bermasalah dan punya aktiviti jenayah seperti pengganas, penyeludup, pencuri dan segala macam jenis penyangak.

Setakat ini hanya individu yang bermasalah dan merbahaya, namun boleh jadi si pelaku turut mensasarkan individu yang baik juga kerana sehingga kini motif si pelaku masih samar-samar.

“Masuk.”

Suara dingin dan tegas singgah di telinga Andre. Andre sudah terbiasa dengan suara-suara yang enggan beramah mesra dengannya itu.

“Seperti yang kita tahu, keadaan di daerah lima semakin kritikal. Anggota detektif yang saya hantar masih belum dapat menyelesaikan tugas itu. Si pelaku ternyata begitu bijak dan licik, hanya meninggalkan jejak yang samar dan berlalu tanpa dihidu bagaikan bayang-bayang.’’ Ujar Tuan Khalid gusar, Andre hanya diam tekun mendengar kata-kata atasannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience