BAB 8

Horror & Thriller Series 1200

Dulu mereka adalah dua sahabat rapat, yang saling melengkapi di antara satu sama lain dan tanpa sedar di hati Andre cuma ada nama Bulandari yang sering disapa mesra dengan nama Bulan.

Meskipun Bulan punya split personality namun itu tidak menghalang Andre dari mencintai Bulan yang menurutnya seorang yang jelita, manis dan sangat prihatin. Paling penting, Bulan adalah cinta pertama dan terakir baginya.

‘’Aku akan tetap mencintaimu Bulan,’’ ujar Andre tersekat-sekat.

‘’Kalau begitu, marilah bersama ku, kita bersama-sama pegi meninggalkan dunia yang penuh drama dan kepuraan ini. Dunia ini tak layan mendapatkan orang seperti kita, tempat kita bukan di sini Andre, kita istimewa dan biarlah kita sekadar bayang-bayang di dunia ini,’’ tutur Bulan yang berusaha menghabiskan ayatnya meskipun perutnya kini dibasahi darah melimpah ruah.

Andre menggenggam tangan Bulan, matanya tertancap erat pada gadis pujaannya itu,

senyumannya terukir ikhlas untuk Bulan. Lehernya benar-benar kebas karena torehn dalam yang dilakukan oleh Bulan.

Perlahan-lahan Bulan lemah kerana kehilangan banyak darah.

Mereka menghembuskan nafas terakhir pada masa yang sama bersama angin bayu yang berlagu duka dan keliru, menangisi pemergian sepasang kekasih yang berbeza personality namun berkongsi cinta di hati yang sama.

Skuad tentera merempuh rumah usang itu, sudah tiada apa lagi yang dapat diselamatkan, masing-masing nyata terkejut dengan apa yang mereka saksikan.

Tiada siapa menduga jika Sang Detektif akan tewas di tangan si pelaku yang dicanang sebagai penjenayah licik persis bayang-bayang.

Tiada siapa menyangka wanita jelita itu adalah penjenayah yang diburu sejak setahun lalu, dan paling penting tiada siapa tahu bahawa wanita itu adalah cinta pertama Andre.

Mereka pergi dengan menguburkan semua jawapan kepada teka-teki yang belum terjawab, seperti mana keadaan mereka mati dalam keadaan berpegangan tangan yang menimbulkan misteri di kalangan pihak berkuasa.

Benar kata Bulandari, mereka akan terus menjadi bayangan pada manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience