BAB 6

Horror & Thriller Series 1200

“Still remember me, huh?” gadis itu mulai berteka-teki. Andre menggeleng-gelengkan kepala masih kurang jelas akan situasi yang dihadapinya saat ini

“Bulan?” Kata-kata Andre membuat gadis itu ketawa kecil.

“Seriuslah kau dah lupakan aku? Ah sayang sekali…” ucap gadis itu bagai merajuk.

“Mengapa kau membunuh mereka?’’ tanya tanya Andre tenang namun dalm masa yang sama dia masih menggodek-godek kotak memorinya cuba mengingat siapa gerangan wanita di hadapannya itu.

“Kau tanya aku? Sah sah mereka memang patut mati!”

Jawaban wanita yang menggelarkan dirinya Bulan itu membuat Andre geram. Hingga memaksanya mengacukan pistolnya ke arah Gadis itu namun saat wanita itu memberikan senyuman sinis, Andre serta merta diam membatu, dia segera dapat mengingat siapa wanita itu.

“Bulandari?” tanya Andre. Belum pernah dia merasa terkejut seperti ini. Mati-mati dia menyangka bahawa bulan itu adalah satu petunjuk yang berkaitan dengan waktu, calendar yang harus dipecahkan kod nya sungguh sama sekali ia menyangka bahawa ia adalah petunjuk mudah yang melibatkan Bulan, kawan lamanya.

‘’Ya, bagus, akhirnya kau ingat juga padaku? Awat susah sangat kau nak ingat? Ada berapa ramai manusia bernama bulan yang kau kenal?’’terpancar aura kemarahan dalam tatapan itu.

Andre menurunkan pistolnya. Kini dia sudah dapat mengingat dengan jelas dan ternyata ramalannnya bahawa pelaku adalah seorang psikopat itu adalah benar.

Kerana Bulan yang dikenalinya sedari kecil ini memang merupakan seorang Psikopat.

“Bulan, mengapa kau sudah tersasar dari landasan yang kita rancang? Bukankah kau sudah berjanji ingin mengejar impianmu bersamaku?” ujar Andre tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience