BAB 3

Romance Completed 23401

“Abi, Hakim nak tanya sikit.”

Hakim memulakan sebaik mereka selesai solat isyak berjemaah malam itu.

Syed Ariff mengangkat muka, memandang ke wajah anak lelaki sulungnya. Anak yang menjadi penguat semangatnya sejak kematian isteri 10 tahun yang lalu. Anak yang menjadi kebanggaannya.

“Apa dia?”

Lembut dan tenang suara itu berbicara.

Hakim menunduk. Berat mahu memulakan. Akankah dia mendapat jawapan kepada persoalannya?

“Abi, Hakim dah melawat kebun bunga abi.”

Hakim memulakan. Dia menelan liur.

“Ya? Apa pendapat Hakim?”

“Taman itu taman yang paling cantik dan tenang yang Hakim pernah kunjungi. Hakim tertanya-tanya apakah yang membuatkan kebun itu istimewa walhal luarannya sama seperti kebun yang lain.”

Ujar Hakim, memberi pendapat.

Syed Ariff mengukir senyum nipis. Reaksi itu sudah dijangkakan.

“Jadi? Apa yang Hakim nak tau?”

“Err, Hakim ada bersembang dengan Pak Habib dan Hakim tanyakan pada dia, siapa penjaga kebun tu.”

“Apa jawab Pak Habib?”

“Katanya, orangnya buta, pekak, dan bisu. Betul abi? Dan sebab tu dia tak pernah keluar di khalayak.”

Syed Ariff tersenyum lagi.

“Betul, dia buta, pekak dan bisu.”

Syed Ariff mengiyakan. Hakim tergamam.

“Tapi macam mana dia boleh jaga kebun tu seindah dan sebaik itu kalau betul dia buta, pekak dan bisu?”

Ujarnya lagi, meluahkan rasa hairan yang berbuku di dada.

Syed Ariff mengukir senyum nipis lalu meletakkan tangan kanannya di bahu Hakim. Hakim tersentak sedikit kerana seakan ada sesuatu yang mengalir dari tangan ayahanda tersayang. Rasa kasih seorang ayah.

“Hakim, dalam dunia ni, ada sesetengah benda Hakim perlu cari sendiri jawapannya. Dan bila Hakim dah dapat jawapannya, mungkin Hakim tak pernah jangka yang Hakim akan memperoleh kebaikan dari situ. Siapa tahu, dunia ini dan ciptaanNya, penuh rahsia. Abi serahkan pada Hakim untuk mencari jawapan kepada semua ni. Bila Hakim dah tahu, beritahu abi.”

“Tapi abi…”

“Ingat Hakim. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri.”

Syed Ariff bingkas lalu melipat sejadahnya.

Hakim masih di situ, memikirkan erti kata-kata ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience