BAB 8

Romance Completed 23401

“Hakim, Syafiyya bisu kerana dia tidak pernah bertutur dengan orang lelaki lain selain Pak Habib. Dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak elok. Dan dia buta kerana dia tidak pernah melihat yang tak elok di atas muka bumi ini.”

Terang Pak Habib.

Hakim terdiam, jemarinya menggenggam erat jemari Syafiyya di sisi. Pandangan mata bertaut.

“Kami memang mahu menjodohkan kamu berdua namun tak sangka Hakim terlebih dahulu bertemu Syafiyya malam itu. Kerana itulah Pak Habib dan abi mengambil keputusan untuk tidak membenarkan lagi Syafiyya bekerja dan tarikh perkahwinan pun dipercepatkan.”

Sambung Syed Ariff pula.

“Jadi dia lah penjaga kebun yang buta, pekak dan bisu itu?”

Ujar Hakim sambil tertawa kecil.

Genggaman jari mereka bertambah erat. Syed Ariff dan Pak Habib cuma tersenyum.

Hakim memandang wajah kedua-dua ayahnya.

“Abi, ayah Habib, Hakim memang orang yang paling bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan isteri dan cinta yang buta, pekak dan bisu. Doakan kami, supaya hubungan ini sentiasa dalam rahmatNya.”

Ujar Hakim penuh pengharapan, sambil merenung Syafiyya yang tersenyum manis di sisi. Dalam diam dia memanjat syukur kerana ikhlasnya menghadiahkannya seorang isteri yang sempurna iman dan luaran. Alhamdulillah…

“Walain syakartum laazidannakum, walain kafartum inna a'dzabi lasyadid.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience