BAB 2

Romance Completed 23401

Buta, pekak dan bisu?

Biar betul? Pak Habib ni tipu ke apa? Hakim terus menerus memikirkan kembali kata Pak Habib yang tadi. Masih tidak dapat menerima rasional perkara itu.

Lama dia di situ, sebelum dia meneruskan langkahnya ke arah tujuannya sebentar tadi. Dia perlu tahu setakat manakah kebenaran kata-kata Pak Habib.

Semakin dia menghampiri, Hakim sudah dapat menghidu bau haruman bunga yang menyegarkan dan menusuk ke hidung. Wanginya tidak terkata.

Kebun itu dibina di dalam sebuah ruang yang berbumbungkan dan berdindingkan jaring hitam. Ada pintu yang berupa celahan tanpa jaring yang dikhaskan supaya pengunjung dapat keluar dan masuk dari satu jalan sahaja.

Hakim sudah berdiri di hadapan pintu kebun itu dan dia melangkah masuk. Hakim terpegun seketika.

Subhanallah, dia memuji-muji di dalam hati. Kebun itu begitu indah, benar apa yang dikatakan pekerja di situ.

Bunga pelbagai jenis ditanam di situ. Pelbagai rupa dan warna juga bau. Ada yang tergantung, yang di tanam di atas tanah dan juga disusun di para.

Pengunjung perlu mengikuti laluan yang dibuat khas yang dibuat disekeliling kebun itu. Hakim berjalan mengikut langkah kaki, tiada apa yang melekat di fikirannya kerana yang dia tahu tempat itu ibarat syurga sekiranya ia boleh dianggap begitu. Fikirannya lapang selapang-lapangnya. Air terjun buatan yang kecil dan unik juga dibuat di beberapa sudut. Ada juga tanaman hiasan lain yang menghiasi sudut-sudut seperti bonsai dan kaktus.

Serangga bertebaran riang. Rama-rama berterbangan riang tiada gundah.

Apa yang dia tahu, kebun itu ibarat taman bunga yang sungguh indah yang wujud Cuma dalam khayalan. Keindahannya tidak tergambar, dan ada ketenangan yang mengiringi setiap inci indah taman itu. Siapakah yang menjaga kebun ini? Mustahil dia buta, pekak dan bisu. Kebun ini tidak mungkin terjaga indah sekiranya benar penjaganya begitu.

Hakim melepaskan lelah di bangku kecil yang disediakan sambil menghayati deruan air yang menjadi muzik menghiburkan pengunjung taman. Hakim memejamkan matanya, cuba menghayati keindahan taman itu dengan segenap inci akalnya.

Tenang dan damai. Itulah rasa yang meresap jauh ke sehingga ke lubuk hatinya.

Selama ini, bukan dia tidak pernah mengunjungi taman-taman bunga terutamanya semasa dia di luar Negara. Hampir semua taman bunga yang ada dia telah kunjungi namun taman ini sungguh berbeza. Ada sesuatu yang mengiringi keindahan taman ini, sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah itu.

Dia mesti mencari penjaga kebun ini. Mesti. Hakim memasang tekad di hati, sambil memerhati seekor labah-labah kecil meniti atas sekuntum bunga mawar. Mawar indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience