BAB 7

Romance Completed 23401

Hakim berdebar kuat. Sekarang, dia akan masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang. Pertama kali dia akan menatap wajah gadis yang sudah sah menjadi isterinya sebentar tadi, Syafiyya. Langkah kaki diatur tertib masuk ke dalam bilik yang terhias indah. Syafiyya menanti di sisi katil, berkelubung dengan selendang emas nipis, menyukarkan pandangan Hakim. Dia mendekat, gementar jemarinya mahu membuka selendang itu.

“Assalamualaikum.”

Ucap Hakim biar dia tahu salamnya tidak mungkin didengar dan berjawab.

Selendang yang menutupi wajah itu diangkat dan mata bertentangan. Hakim terkedu. Gadis di taman bunga!

“Waalaikumussalam.”

Tutur seulas bibir itu perlahan namun menusuk. Hakim tergamam. Dia tidak buta, pekak atau bisu! Hakim memandang abi di sebelah, yang tersenyum dan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience