BAB 9

Romance Completed 10133

“So… Apasal awak tak balik rumah je?”

In mengeluh berat. “Sebab rumah saya jauh.”

“Awak tinggal kat mana?”

“SummerShine.”

“O! I’ve been there!”

“You did?”

“Yeap! Saya pernah bercuti di sana..dengan kawan-kawan. Sana ada beautiful beach kan? Lepas tu kami ke Pulau Nirwana.. Ke Resort Taman Langit.. I’ve been there for..one..two…erm..three… Yeah, three times already.. How come I never met you there?”

“So you can remain stranger?”

Im ketap bibir, geram dengan jawapan yang keluar dari mulut In.

In tersengih. “Awak pulak? Apasal tak balik rumah je?”

“Because I’ve got you here.”

In telan air liur. Don’t tell me that is his pick up line….???

“Kidding! Saya pun tinggal jauh. I’m from Bougainvillea Hill.”

“O! I’ve been there!!”

“You did???”

“Yeah, in my dream!!”

Im ketap bibir lagi.

In gelak sakan. “Serius.. saya tak pernah ke sana. I’ve heard of that place.. I saw it in the picture… It’s beautiful. I will go there someday.”

“Come and see me.”

“Why should I? We’re not even friend..”

“Let’s be friend…”

“It’s not that simple..”

“I know there’s something… Something bothering you.. People don’t always get to cry while they are sleeping. I saw you. I saw you crying. Why? Bad dreams?”

In senyum segaris. “You can say that.”

“Mimpi apa?”

“Apasal nak tau? Awak boleh tafsir mimpi ke?”

“Well… I’m a stranger. I can be anything. Now I choose to be….hm…pentafsir mimpi??”

In gelak kecil. “Awak tak perlu nak kusutkan otak fikir pasal saya.. Apa yang saya mimpi..apa segala…”

“It’s okay..Kalau awak tak nak cerita apa yang awak mimpi. But at least, tell me now kenapa nak tinggalkan Stardust, tinggalkan SummerShine? Vacation?”

In geleng.

“Habis tu? Study?”

In geleng lagi.

“Jumpa boyfriend?”

In gelak lagi sebelum sekali lagi menggeleng.

“Habis tu?”

“Kata mind reader?” In senyum sinis.

“Well I’m a stranger. I can be anything. Now I choose to be…normal??”

In gelak kuat. Tercuit hatinya melihat kesungguhan pemuda di hadapannya itu untuk menghabiskan masa bersamanya. Tipulah kalau dia tak dapat nak agak yang pemuda itu mungkin cuba memancing minatnya tapi sungguh In rasa terhibur. Rupanya, tanpa dia sedar dia dah lebih terhibur daripada baca komik lucu yang dia beli tadi. Sekarang dia dah dapat lepas sedikit rasa sedih dan berat yang terbuku dalam hati. Air mata yang ditahan sudahpun jatuh keluar masa dia lena. Mungkin sekarang dia harus lepaskan semua. Mungkin sekarang memang dia perlukan pendengar.

“Saya cuma… Hmm…” In tunduk sebelum angkat muka dengan mata berkaca. “Mak.. Babah saya dah meninggal dua minggu yang lalu.. Car accident. And I was there.. I was with them but why… Why I’m still here while they are gone now.. Kadang-kadang, terfikir jugak.. Kenapa Dia tak jemput saya sekali?? Sebab tu saya perlu pergi dari sini..” In tala mata ke siling kaca warna biru langit yang berukir indah.

Riak Im terus berubah serius. Rupanya, di sebalik indah wajah dan gelak tawa baca komik, rupanya gadis itu cuba mengaburi dunia, cuba menyembunyikan rasa sebenar yang terbuku dalam hati. Dan pemergiannya meninggalkan tanah kelahiran untuk ke luar negeri mesti ada sebab yang tertentu. Im tidak akan bertanya. Biarlah kalau gadis itu hendak bercerita atau tak. Dia tak akan nak paksa.

“Saya nak cari satu-satunya keluarga yang saya ada. Saya nak cari abang saya. Sebenarnya, bila pandang awak, saya teringatkan abang saya. Dia pun macam awak. Dress up macam awak…”

“Handsome macam saya?” Im cuba nasib palit senyum di wajah In yang cuba beriak tenang.

In akhirnya senyum. “You wish…”

Im gelak. “Perhaps, dia memang lebih handsome dari saya kalau dia warisi apa yang awak warisi sekarang..”

In senyum lagi. “Abang memang 100% macam Babah.. Tegas. Garang. Cepat marah. Sebab tu tak dapat nak tahan dengan sikap Babah. Mereka memang totally the same. Satu hari tu, Babah dan Abang ada salah faham.. Mereka gaduh besar. Saya dan Mak hanya mampu duduk berpelukan kat dapur. Babah kalau marah…takda siapa berani nak datang cuba tenangkan dia. Dan sejak hari tu, Abang bawak diri tinggalkan kami. Lama.. Babah cakap tak nak terima dia dah tapi setiap hari Jumaat, buat kenduri di rumah.. Jemaah solat… Doa keselamatan Abang walau di mana dia berada. Babah bukan tak pernah cari, tapi tak pernah jumpa sekali pun. Abang betul-betul dah nekad. Kalaulah Abang tahu yang Babah rindukan dia..” Air mata yang jatuh segera diseka.

Im cepat-cepat hulur tisu dari kotak tisu atas meja kepada In.

“Abang awak ada cari awak?”

“Sekali lepas sebulan dia keluar dari rumah. Dia cakap dia nak pergi jauh. Dia nak Babah dan Mak halal makan minum. Dia nak saya jaga diri. Masa tu, saya baru 15 tahun. Abang dah tamat universiti. Sepatutnya, Abang yang warisi tempat Babah di syarikat kami sekarang. Bukan saya.. Sebab tu saya perlu pergi cari dia. Dia tak tahu yang dia dah takda peluang jumpa Babah..jumpa Mak lagi… Dan saya dah tak punya sesiapa kecuali dia.”

“Maaf..sebab saya awak kena ceritakan semua..”

“It’s okay..” In masih mampu senyum walau dalam tangis. “I’s about time. Saya takda kawan. Membesar dalam keluarga berpengaruh buat tak ada sesiapa yang ikhlas nak berkawan dengan saya..Tapi Babah tak pernah biasakan kami jadi orang berada. Semua kena usaha sendiri. Makan kat gerai-gerai biasa.. Hotel dan restoran lima bintang kalau tak ada function or any special occasion, jangan mimpi nak jejak kaki. Even this CloudNine ni pun saya baru first time jejak tau! And I thanked him for that… Benda tu buat saya sentiasa rasa rendah diri.”

Im senyum segaris. Sejujurnya, dia tak tahu nak cakap apa. Tak sangka gadis itu mahu ceritakan semua pada dirinya yang cukup sinonim dengan gelaran ‘stranger’ yakni orang asing. Orang asing yang dah macam kena sihir. Orang asing yang terjatuh suka dan sekarang macam dah jatuh terlalu dalam. Hingga rasa nak terus duduk tenung wajah putih bersih depan mata. Biarlah penerbangannya ditunda 1000 jam sekalipun. Dia suka dengan apa yang dia lalui sekarang. Dia suka dengan apa yang ada bersamanya sekarang.

Kedengaran In mengeluh berat. Im cepat-cepat keluar dari kepulan rasa yang cuba mengaburi kepala dan mata. Im kembali tumpu perhatian pada si gadis di hadapannya. “Awak…”

“Hm?”

“If you don’t mind, may I know your name?”

Baru In sedar yang dia dah habiskan masa dengan pemuda itu lama tapi dia tak pernah tahu pun nama si pemuda misteri yang duk ikut ke hulur ke hilir. Kalau dia lari pun, tak semena-semena tetap akan jumpa. Apakah itu takdir? Adakah dia orang asing yang sememangnya ditakdirkan muncul dalam hidupnya? In mengukir senyum sebelum menggeleng perlahan. Aku fikir apa… Ini bukan novel yang semuanya macam kebetulan yang sempurna… He’s just a stranger…

“Kenapa senyum dan geleng? Perhaps, you have something on your mind.”

“Nothing.” In bingkas bangun capai backpack lalu sangkut ke kedua belah bahu.

Im pandang In kehairanan. “Nak ke mana??” Im jadi risau tiba-tiba. Takkan nak lari lagi?

“Awak tak dengar announcement ke? We should be ready. It’s boarding time.”

“Tapi awak tak bagitau nama awak lagi?” Im juga ikut berdiri lalu capai backpack dengan sebelah tangan.

In berkira-kira dalam hati. “Macam ni lah, stranger…”

“Yes?” Wajah Im dah berbunga harapan.

“I’ll give you my names if your seat is next to mine.”

“You…what? Tapi takkanlah semudah tu..”

“Sebab saya nak buktikan tentang sesuatu…”

“What? Takdir?”

Gadis itu jungkit bahu. “Perhaps.” In terus berlalu pergi lepas angkat tangan tanpa menoleh.

Im raup muka perlahan selepas menghantar pemergian In yang sudah hilang di sebalik penumpang-penumpang yang mula bergerak ke Gate 7. “Fine. Let see then.” Im senyum segaris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience