BAB 7

Romance Completed 10133

In jeling tengok Im yang ketawa baca komik Under18. Khatam Cheapshot, terus nak pinjam komik lain daripada In. In yang hadap komik Bodyguard tak tumpu perhatian 100% dibuatnya apabila pemuda itu seringkali gelak tiba-tiba.

“Part mana dah?”

“Part Kaio jatuh cinta…..!”

“Hish!”

“What ‘hish’ ?” Im toleh pandang tengok In yang dah tunduk tengok komik di tangan semula.

“Hish je lah..”

“That ‘Hish’ always up for something you know.. It doesn’t happen for no reason…”

“Yalaa… Kata tak baca komik. Sekarang macam dah jadi over pulak..”

“Salah ke?”

“Tak salah..”

“Jadi?”

“Tak jadi.”

Im gelak lagi.

In angkat muka, tak puas hati. “Gelak apa?”

Im hanya geleng kepala sebelum tunduk tengok komik lagi. Tengok Ax, Kaio dan Yosi beraksi lagi. Memang tak kering gusi. Kalau tak gelak bacak komik Under18 memang sah badut tukang geletek di hati tu dah tak ada. Dah tak berfungsi!

“Gelak komik ke..gelakkan saya?”

“Apasal gelakkan awak pulak?”

“Manalah tahu…”

“Kalau gelakkan awak pun, apa salahnya.. Awak comel.” Im terus berdehem batuk selepas itu.

In dah tak berani angkat muka yang dah rasa panas. Tiba-tiba dapat pujian daripada orang yang tiba-tiba muncul mengisi beberapa jam dalam hidupnya sekarang menjentik tangkai hati. Please hati…jangan jatuh dulu!

Lama mereka membisu selepas itu. Ruang antara mereka hanya diisi dengan nafas dan sesekali gelak tawa dalam melayari setiap helaian episod dalam komik di tangan masing-masing. Tapi yang banyak gelak Im lah sebab komik yang dia baca sangat santai dan gila-gila sedangkan yang In baca sekarang lebih kepada aksi. Dan apabila mereka sama-sama gelak besar, mereka akan berpandangan sesama sendiri beberapa saat, sebelum kembali tunduk sambung baca komik. Kemudian gelak lagi.

“Tamat!!” Im jerit gembira.

“Uii..baca laju. Betul baca ke tengok gambar je?”

“Awak ingat saya ni buta huruf ke apa kena eja lama-lama bagai..”

“Amboi.”

“What ‘amboi’? Hm.. Awak pun dah habis baca kan..?”

“Dua tiga page je lagi..”

“Takyah tahu ending dulu la.. Let’s exchange..” Im tarik komik di tangan In lalu letak komik Under18 sebagai ganti. Jemari mereka bersentuhan secara tak sengaja. Im terus angkat muka, pandang tepat ke wajah gadis di sisi.

In juga tersentak dan memberi reaksi yang sama. Awkward…….. In rasa nak masukkan kepala dalam hood, macam kura-kura masuk cengkerang. Rasa nak lari tapi nak ke mana? Ah…lari je lah mana-mana asal tak kena hadap muka lelaki ni……….. Sungguh seksa!

“Fikir apa?”

In cepat-cepat tunduk tenung komik di tangan. “Eh…”

“What ‘eh-eh’?”

“Under18 ni saya dah habis baca laa…”

“So?”

“So…biarlaa saya habiskan Bodyguard tu… Nak tau ending dia macam mana…”

“Biar saya baca dulula..”

“Apasal?”

“Then kita boleh tau ending dia at the same time…”

“Kena jugak ke?”

“Kenala… Karang awak dah tahu ending dia macam mana tapi saya belum habis baca. Mana seronok… Tak thrill… Awak tunggula.. saya kan baca cepat.. Nak risau apanya..”

“Tak pernah dengar ke yang penantian itu satu penyiksaan?”

“Pernah. Cuma saya belajar buat penantian saya jadi satu yang menggembirakan instead of buat macam penyiksaan… Macam yang saya buat sekarang..”

Deep. Detik hati kecil In. Di hati sekarang berkira-kira, nak terus lari lagi ke nak biar pemuda itu terus curah hujan tanda tanya di kepalanya. Dah basah teruk kut. Nak tunggu apa lagi?

In angkat backpack.

“Nak ke mana?”

“Er..”

“Nak ikut.”

“Eh..eh.. Tak payah.”

“Karang tak jumpa awak pulak… Nak bagi balik komik ni kan?”

“Tak..apa… Nantilah. Awak pass kat pramugari dalam flight.”

“Apa yang buat awak begitu yakin yang saya ni sama flight dengan awak?”

In jungkit bahu. “Perhaps I’m also a stranger. I can be anything. So now, I choose to be a mind reader.”

Im lihat In terus berlalu pergi. Langkahnya laju dan sesekali dia berlari anak. Im nak kejar tapi hatinya terdetik untuk memberi gadis itu ruang. Mungkin dia tidak selesa, Im tak boleh nak begitu mendesak.

“Until we meet again…stranger.” Im senyum segaris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience