BAB 10

Romance Completed 10133

“Buckle up!” In monolog sendirian sambil tarik tali pinggang keselematan ikut saiz badan yang tak berapa nak besar. Inilah penerbangan yang paling jauh yang dia kena pergi bersendirian. Diduga pula dengan penerbangan yang masanya ditunda lama. In ambil keputusan untuk tidak putus asa. Dia kena cari Abang Mi. Bukan senang korek sana-sini cari di mana abangnya berada sekarang dan akhirnya, dia dapat petunjuk dari kawan baik abangnya, Nik. Tak semudah itu semangatnya patah.

In duduk hujung sekali tepi tingkap. Itu memang tempat duduk kegemarannya. Dia tak suka duduk di hujung, tempat orang lalu lalang sebab pernah sekali pramugari yang hantar minuman tumpahkan jus ke atasnya. In tak nak kejadian sama berulang. Dia juga tak suka duduk di tengah sebab dia rasa sesak. Dia susah nak bergerak. Dahlah dia jenis suka tidur dan tak sedar dunia. Kalau duduk tengah, memang ada risiko kepala terlentok kat bahu siapa-siapa entah. Lainlah kalau tak ada penumpang di sebelah menyebelah. Sebab tulah In tak nak ambil risiko. Duduk tepi tingkap senang, dia boleh lentok kepala tidur kat tepi tingkap pesawat.

In pandang ke tempat duduk sebaris dengannya. Tiga tempat duduk sebelum laluan penumpang dah diduduki sepasang penumpang dewasa dan seorang kanak-kanak yang In kira suami isteri bersama anak mereka. Dua lagi tempat duduk di sisi In masih kosong. Tak lama selepas itu, seorang pemuda datang dan duduk di kerusi tengah di sisi In. In paling ke tepi lepas pastikan yang pemuda itu bukanlah si orang asing yang dah habiskan masa bersamanya tadi. Urgh..apasal ia-ia sangat nak tunggu si stranger tu? Wake up, In.. Semua tu cuma boleh jadi dalam novel….

In kemudian pejam mata dan berdoa untuk keselamatannya. Mulutnya terkumat-kamit tapi suara langsung tak keluar.

“Excuse me… But dude, I think that is my seat… 7E?”

“Oh? I’m sorry…”

In dengar perbualan itu. In dapat rasa pergerakan pemuda yang tadinya duduk di kerusi bersebelahannya keluar dari situ sebelum seorang lagi datang mengambil tempat di sisinya.

“Thanks, dude.”

Suara itu dekat di telinga. In tak berani nak buka mata sebab rasa macam suara itu kedengaran begitu biasa di telinga.

“Tak habis baca doa lagi?”

In rasa pelik. Dia…cakap dengan aku ke? In buka sebelah mata dan pandang ke sisi. Sebaik wajah itu jelas di penglihatan, In buka terus kedua-dua belah mata dan terus bulat terbeliak pandang wajah tampan yang dah buat pameran gigi.

“Hai!”

“You?”

“Takdir.”

In tak tahu nak bagi reaksi apa sebelum senyuman akhirnya terbit jua.

“So, you owe me something…”

“I know. I’m not the kind of person yang cakap tak serupa bikin. I’m Insyirah. You can call me, In.”

“Hai, In… I’m Eemran. You can call me, Im.”

“Are you kidding me?”

“What?”

“Now what…. I’m In and you are Im? How’s that possible?”

Im angkat kening seraya pandang atas. “He knows best.” Im kembali tengok wajah gadis yang masih tak percaya.

“Serius ke??”

“Serius laa.. Nak tengok IC?”

In cepat-cepat geleng.

“Haa.. Takut nak tengok muka skema dalam IC lah tu..”

“Mine is so not skema..”

“Are you sure?”

“Yeah…Nak tengok??”

“Boleh jugak?”

“Tak payahlah. You’re stranger!”

“Yes, I am a stranger. I can be anything. So now, can I choose to be your friend?? Perhaps, a bit more than just a friend? Can I be your good friend? The one that always there when you are in need?”

In tergamam tengok Im yang dah hulur tangan tunggu jawapan. Sejujurnya, In tak tahu nak cakap apa.

“If you don’t want me to be your friend, can I be your guardian I promise I’ll protect you..”

“Well now you are no longer stranger.” Sebelum Im pergi lebih jauh, In cepat-cepat memotong. “You can’t be anything for now, except a friend.” In sambut huluran tangan Im dengan senyuman mesra.

Friend pun friend lah… One step closer….! Im rasa nak lompat gembira dan ajak semua penumpang dalam pesawat buat Mexican wave masa tu tapi dia tahu dia tak mampu. Jadi dia sendiri buat gaya liquid yang buatkan In gelak besar. Pemuda yang duduk sebelah Im hanya geleng kepala lepas tergelak sama. Dia kemudian angkat punggung. Entah ke mana.

“Encik Eemran bin Haji Walid?”

Im dan In sama-sama toleh ke arah suara lunak yang menyapa. Pramugari cantik bersolek rona natural itu mempamerkan senyum.

“Ya..saya?”

“Maaf mengganggu. Perhaps this is belong to you?” Pramugari itu unjuk jurnal dengan kulit warna biru tua. “Jatuh masa Encik bincang tukar seat dengan Puan Rebecca tadi.”

In angkat kening kiri. Tukar seat??

Im sempat kerling ke arah In yang sedang peluk tubuh memandang ke arahnya dengan wajah tak beriak. Jurnal pada pramugari bertukar tangan. “Puan Rebecca okey ke duduk ke depan tu?” Terbayang di mata Im wajah wanita Inggeris berambut putih yang berumur 50-an tadi.

“I bet she’s happy duduk kat first class tu, Encik Eemran.”

“Haa.. That’s why lah kami exchange. Kasihan saya tengok dia.. Dah tua kan. Elok duduk depan tu. Saya yang muda ni… beralahlah.. Tak kisah. Hm, thanks ye! Sebab pulangkan ni!” Im angkat jurnal di tangan kiri.

“You’re welcome. Enjoy your flight, Sir.”

“I will…” Im sengih dan masih sengih walaupun pramugari itu sudah lama berlalu pergi. Bukan sebab dia seronok tengok pramugari cantik jalan lenggang-lenggok tapi sebab dia sedikit takut nak tengok tepi. Ada aura api biru dari sana.

“Wow… Takdir ye..”

Im garu kepala yang tak gatal sebelum toleh ke arah gadis yang sedang pandang tepat ke arahnya dengan senyuman sinis. “Hehehe…”

“What’s up with ‘hehehe’?”

Im tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan. “Ya.. Saya dapat seat ni bukan sebab kebetulan. Saya berusaha untuk dapat seat ni. I admit. Ini bukan takdir. Saya yang sengaja ubah takdir.”

“Motif?”

“Saya rasa tak salah kalau saya usaha ubah takdir. Apa jadi lepas ni saya tak kisah. Saya tak takut. Well at least, saya dah cuba. Saya tak rugi apa-apa pun. Kalau saya tak buat, tak ubah apa-apa, ikut macam tu je… In the end, the ‘what if’ thoughts akan menghantui saya.. Saya tak nak menyesal sebab tak berani ambik risiko.”

Berkerut dahi In pandang wajah tenang Im di sisi. “Risiko apa?”

“Risiko untuk terus jadi stranger dalam hidup awak.”

In tergamam.

“Awak tak perlu buat apa-apa, In.. Tak perlu fikir apa-apa. Im is here. Im will do everything. Sit back. Relax. And enjoy your flight.”

In tergelak. “You…are something..”

“Noo…not yet… But I will be..” Im senyum lebar. In dilihat hanya geleng kepala sebelum bersandar ke kerusi dan tala pandangan ke luar tingkap pesawat. Im masih senyum dengan mata langsung tak beralih dari gadis di sisi. We don’t meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason… And my reason is to be with you.’’

‘’Then what are you waiting for?’’ tanya si dia.

‘’Something wonderful gonna coming for us, you’ll see.’’ Balasnya senyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience