BAB 1

Romance Completed 10133

Dari sudut bangku kanan inni dia dapat melihat kelibat si dia dengan jelas. . Dia duduk di kerusi menunggu berhadapan Café Dome. Si dia memakai hoodie putih dengan perincian ringkas dan logo Nike warna soft pink.

Bahagian hadapan tak jelas sebab dia selindung dengan backpack hitam sederhana besar,yang dia letak atas riba jadi bantal sebab kepala dia sedap daratkan atas beg dan kedua belah tangan peluk backpack itu erat.

Wajah pun tak nampak sebab rambut yang tak berapa nak panjang mengurai itu jatuh lembut tutup muka tapi kalau tengok dari tangan dan jemari runcing yang tengah peluk backpack, Im dapat buat kesimpulan gadis itu berkulit cerah.

Lepas itu, Im tengok jeans biru pudar gila di kaki yang tak berapa nak panjang, sedang-sedang saja ikut ketinggian dan saiz badan. Im tengok lagi sampai hujung kaki.

Kemudian dia angguk kagum sebab kasut Dr.Marteins warna soft mint green cantik tersarung. Bukan kagum sebab kasut itu kasut yang boleh tahan mahal cuma dia kagum sebab itu kasut jenama yang dia suka dan tak ramai gadis yang dia jumpa ada kasut jenama itu tersarung di kaki.

Im dah jatuh suka dengan apa yang dia tengok dari hujung rambut hingga hujung kaki! Dan sekarang lagu Gadis Misteri nyanyian Search dah bermain di telinga, jadi background music macam dalam drama dan filem.

Tiba-tiba, suara lunak pekerja wanita syarikat penerbangan terkemuka memenuhi ruang balai berlepas. Mulanya Bahasa Melayu, lepas itu Bahasa Inggeris. Im tahu suara itu sedang mengumumkan perihal penerbangannya.

Dia dah dengar dan faham. Penerbangannya dilewatkan lima jam iaitu pada pukul 1130 malam, makan malam dan tempat untuk duduk rehat disediakan untuk semua penumpang yang terkandas dan kupon makan boleh didapatkan di kaunter khas serta sebarang kesulitan dan pertanyaan boleh diadukan kepada pegawai bertugas, juga di kaunter yang sama.

Im dengar itu semua tapi pandangan tetap tak beralih dari si gadis. Dia dah macam terpana dan terpaku di situ.

Dan apabila pengumuman itu diulang kali kedua, gadis yang dia tengah perhati itu tiba-tiba angkat muka, duduk tegak serta merta dengan rambut yang serabai. Im terperanjat. Ingin dia selamatkan cawan espresso yang jatuh tapi nyata dah terlambat.

Dia geleng kepala. Gara-gara khusyuk perhati orang, dia terlibas cawan atas meja yang baru setengah di minum. Serta merta pekerja Starbucks itu datang bersihkan semua.

“Okey ke? Encik nak replace the drink?” soal remaja lelaki bermata sepet.

“O..No..no.. It’s okay. Thanks!” Jawabnya yang dah kembali sambung perhati si gadis misteri.

Pekerja itu terus berlalu sedang Im masih di situ. Tak nak berganjak. Im kemudian alih badan ke kiri, tak nampak. Dia cuba ke kanan pula, cuba tengok wajah gadis di sebalik rambut yang serabai.

Tak semena-semena tanpa disuruh, gadis itu keluarkan sesuatu dari backpack nya. Im kemudian gelak kecil. Gadis itu mengeluarkan sikat silinder yang agak besar untuk rambutnya yang pendek paras bahu dengan potongan bang di hadapan tutup dahi, sebelum dia terus sikat rambut macam tak ada orang di sekeliling. Im gelak lagi dan tawanya mati apabila wajah gadis itu kini jelas di pandangannya.

“Wow..” Suaranya hampir tak kedengaran mengeluarkan sepatah perkataan yang dia sendiri tak jangka akan keluar dari mulutnya. Mata gadis itu besar dan bulat dengan bulu mata yang lebat dan sedikit lentik. Pipinya merah jambu secara semulajadi dengan bibir mungil yang juga merah jambu. Sangat comel, sangat indah. Subhanallah!

Gadis itu bingkas bangun lepas sangkut backpack atas dua belah bahu. Im pun ikut bangun tapi malangnya kedua belah kakinya rasa kebas lalu langkahnya jadi tak seimbang. Dia terjelepuk jatuh di lantai. Adoi……….! Time ni jugak ke nak kebas bagai… Inilah hukuman tak berganjak leka perhati anak dara orang…! Dia angkat muka, jengah gadis di hadapan Starbucks dan mendapati gadis itu sedang memandang ke arahnya bersama ketawa yang besar. Im tarik muka yang dah berubah warna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience