BAB 5

Romance Completed 10133

“Pengotor.” Im jeling In tajam.

In pandang Im dengan penuh rasa bersalah. “Tak sengaja.”

“Yang sibuk jolok anak tekak apa kes? Kalau ya pun nak keluarkan dadah yang dah larut dalam Slurpee tu, tak dapat tunggu masuk toilet dulu ke? Tu pun kalau betul laa dalam tu ada dadah..!!” Im yang baru keluar daripada tandas lelaki terus capai backpack yang In sandarkan ke dinding. Dalam hati rasa tak sangka. Ingatkan In dah terus lari pergi lepas Im berlari pecut ke tandas tadi apabila In tiba-tiba muntah atas bajunya. Tak pasal-pasal, Im kena tukar baju dan seluar walhal dia belum sampai destinasi pun. Tetapi In masih di situ, berdiri bersandar di dinding luar tandas lelaki, menunggunya.

“Takut dadah tu cepat bagi kesan. Karang tak sempat nak keluarkan, entah apa jadi dengan saya.. Sistem imun saya tak kuat… Kalau makan ubat, memang effect dia cepat. Tapi..saya tak sangka pulak saya boleh muntah terus tadi.”

“Ya, Allah! Mana ada dadah….! Ingat saya ni pusher ke??”

“Well, dude you are stil strangers.. You can be anything..” In cuba membela diri.

“Anything?”

“Yeah, anything..”

“Anything but all the bad things I assume?” Im mula mengorak langkah.

“Hey! Tunggu!!” In sibuk kejar dari belakang.

“Nak apa lagi? Nak tuduh saya macam-macam lagi?” soal Im apabila lihat In dah berjaya saingi dia dan jalan seiring. Masing-masing dengan backpack di bahu. Kalau sekali tengok, memang macam pasangan yang pergi travel sama-sama walhal masing-masing tak kenal satu sama lain.

“You owe me an apology.”

“Apology?”

“Sebab awak buat saya rugi.”

“Rugi apa?” Im sudah labuh punggung di kerusi makan di McD.

“Sebab awaklah saya muntahkan balik makanan dari perut saya. CloudNine bukan tempat yang saya selalu dapat pergi tau!”

“Tapi CloudNine bukak sampai last flight apa. And I believe, awak ada satu lagi kupon makan untuk supper kan??”

In dah labuh punggung di kerusi berhadapan Im tanpa disuruh. Backpack yang berat diletakkan di kerusi bersebelahannya. “You know what. You are creepy.. Macam mana awak tahu saya ada dua kupon?”

“Because I can be anything? And now saya tengah jadi psikik. I can read your mind… And everything!”

In mencebik. Sindir akulah tu…… “Cakap betullah, wey..”

“Cakap betul apa?”

“O…I get it! We are on the same flight, aren’t we?” In petik jari.

“Ha….nak apa…..”

“Nak apa apa??” In kehairanan. Soalan yang keluar dari mulut Im itu memang terang-terang bukan jawapan untuk soalannya.

“Kata saya dah buat awak rugi sebab awak muntahkan balik isi perut tadi.. Jom saya belanja McD.”

“Tapi saya okey lagi kut.. Sebab nanti ada kupon supper apaaa kat CloudNine…”

“Supper tu another story.. Awak nak ke tak nak doublecheese burger set with milo ice….?”

“Macam mana awak tahu saya suka double cheese burger? By any chance……..are you really a phsycic??”

Im mahu ketawa tapi segera ditahan lantas segera dia kaburi In dengan serta merta angkat kening double jerk. Sengaja buat In terus dalam seribu tanda tanya.

“Huh….” In mencebik. “Hm..Nak Coke lahh….”

“No carbonated drink. Wassalam… Jaga backpack!” Im terus berlalu pergi menuju ke kaunter.

In hanya hantar dengan pandangan penuh tanda tanya. Serius ke aku sekarang bersama dengan psikik….? Gila creepy psikik wey.. Mind reader tuuu…. In mengeluh berat sebelum berpaling dari terus memandang ke arah belakang tubuh Im yang beratur di kaunter. Senyuman kemudian terukir di bibir.

Hampir sepuluh minit kemudian, Im datang menatang dulang lalu siap hidang makanan atas meja.

“Sila bersantap, tuan puteri..” Im kemudian lihat In angkat muka sebelum senyum tahap senyum pukauan-maut-gila-ikhlas-dan-comel-sangat! Kalau sekarang Im dalam anime Jepun, sudah tentu di kedua belah matanya sekarang ada dua bentuk hati yang mengecil dan membesar, dengan pipi yang bertukar merah padam serta diiringi dengan bunyi jantung yang berdegup kencang. Serius Im rasa hatinya sekarang rasa kurang selesa!

“Laa.. Apasal berdiri tercegat lagi? Betul-betul ke nak main watak dayang istana tu?”

Suara In mengembalikannya ke realiti, meninggalkan dunia anime Jepun yang tiba-tiba menjengah. Im garu kepala yang tak gatal sebelum menyeringai tersengih. “Ya..tuan puteri..”

“Hehe..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience