Horror & Thriller Series 5090

"Oh... Hani. Awak buat saya terkejut sahaja! Ingatkan budak-budak jahat tadi." Ramli menarik nafas lega dan berdiri kembali.

"Awak nampak apa yang berlaku tadi?"

Hani mengangguk, merenung kasihan ke arah Ramli.

"Saya harap awak tutup mulut dan jangan beritahu sesiapa. Walaupun orang tidak dengar suara halus awak, tetap jangan cakap apa-apa ya!" Ramli memesan tegas dengan menunjuk jari telunjuk tepat ke bibirnya.

Arahan itu dipatuhi, Hani mengangguk setuju dengan permintaan Ramli. Namun atas rasa ingin tahu, dengan gaya minah kepoh... dibisikkan pertanyaan yang berlegar-legar dalam mindanya, "Siapa tiga orang tadi?"

"Mereka itulah samseng sekolah. Syaarnaz Ganas, Johan Botak dan Beto Kurus... ketiga-tiganya anak orang kaya dan pelajar-pelajar tingkatan lima. Syaarnaz Ganas menjadi ketua kerana keluarganya lebih kaya berbanding semua. Dia juga seorang kaki pukul, malah pernah memukul cikgu. Ada ura-ura gosip mengatakan... dia sebernanya ahli samseng kongsi gelap! Sejak digantung, dia tidak menerima duit belanja dari keluarganya, menyebabkan dirinya suka merompak pelajar. Penolongnya pula, si Johan Botak adalah ahli sukan. Itu sebablah Johan digeruni kerana berotot, tinggi dan tentunya botak. Akhir sekali... Beto Kurus ialah ahli yang pendek, kurus kering dan tidak pandai. Atas sebab itu, dirinya jadi pengikut kumpulan yang amat setia. Mereka bertiga ini memang kejam, sesuka hati memerah duit pelajar-pelajar. Ya Allah... harap cepatlah habis tahun ini. Biar aman hidup saya bila mereka tiada." Panjang lebar Ramli menerangkan kisah tiga penjahat senior.

Hani mendengar segalanya sambil berkerut dahi. Jarinya memicit-micit bibir sendiri sebelum berkata sendiri, "Hmm... seperti pernah dengar nama mereka bertiga. Tetapi di mana ya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience