Horror & Thriller Series 5090

"Saya minta maaf... minta maaf sangat! Saya tidak tahu mahu buat apa." Beto meminta ampun, terus mengikut ajakan Johan supaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Kini tinggal Airil keseorangan, cuba merangkak keluar. Tangan panik melayang-layang ke atas, mengharap ada yang membantu dirinya yang sedang marak terbakar.

"Panas... panas... panas! Argh!" Airil meraung kesakitan, lolongannya bergema di segenap ruang tandas. Malangnya, tiada sesiapa yang mendengar. Ketika itu, kulit Airil sudah mula menggelembung dan melepuh. Sedikit demi sedikit... kulitnya menjadi merah melecur. Lalu daging bertukar kehitaman akibat hangus. Lama-kelamaan, tubuh Airil sudah tidak bergerak. Kaku keras di lantai. Kedua-dua matanya masih kelihatan mengalirkan air mata. Api yang marak, sudah merebak memenuhi ruang tandas.

"Alah... saya terlepas menonton rancangan Bintang RTM."

"Saya teka, Ramlah Ram pasti jadi juara."

Dua pelajar perempuan, Juliza dan Mastura menuju ke tandas sambil bergosip. Siapakah yang bakal menjadi juara bintang RTM 1985? Ia sebuah program mencungkil barat peserta-peserta dalam bidang nyanyian yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Juliza tiba-tiba menghentikan langkah kerana hidungnya terhidu sesuatu, "Hmm... awak ada bau sesuatu? Kuatnya menusuk... seperti ada benda hangus!"

Mastura turut cuba menghidu, terjongket hidung yang kembang semangkuk sebelum mengangguk setuju.

"Eh? Apa yang menyala-nyala itu?" Juliza terbeliak mata, menunjuk ke arah tandas yang berada di hadapan mereka.

"Api... api... api!" jerit Mastura sebaik mata melihat api marak menjilat pintu tandas. Kini gadis itu sudah meracau panik. Terduduk, macam terkena histeria.

"Ya Allah... apa yang berlaku? Kita mesti beritahu cikgu!" Juliza lebih rasional, pantas bertindak berlari pecut ke bilik guru. Tidak sampai 15 minit, bunyi siren bomba menguasai suasana. Kecoh satu sekolah memperkatakan tentang insiden tandas lelaki terbakar..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience