Horror & Thriller Series 5090

"Orang minyak! Jangan dekat!" Hani menjerit sebaik terjaga dari pengsan. Dia melihat sekeliling ruang. Dirinya tidak lagi berada di dalam tandas. Hmm... di mana dia sekarang?

"Bawa mengucap, Hani. Bertenang... tenang..." Cikgu Azizah yang ada di sebelah, segera memaut bahu Hani supaya tidak melompat dari katil.

"Cikgu... di mana saya sekarang?" Hani sudah menarik nafas lega, menyedari dia bukan lagi berada di tandas. Tidak lagi berdiri di sebelah lembaga hitam. Dia sudah selamat!

"Kamu sekarang berada di bilik rawatan sekolah."

"Cikgu...." Hani terus memeluk guru di sebelah sambil menangis teresak-esak.

"Ini pertama kali cikgu dengar dengan jelas suara kamu. Walaupun menjerit, tetap tidak kuat sangat." Cikgu Azizah sempat mengusik Hani, sambil menepuk belakang tubuh gadis kecil itu berkali-kali.

Setelah beberapa saat membiarkan Hani menenangkan hati, barulah Cikgu Azizah memulakan soal siasat tentang insiden yang terjadi.

"Cuba terangkan kepada cikgu, apa yang berlaku sampai kamu pengsan di tandas. Paling pelik, kamu dijumpai di tandas tingkat tiga di Blok A! Nasib baik ada mak cik tukang cuci bertugas di situ. Kalau tidak, mungkin sampai esok pagi pun tiada orang yang tahu."

Hani mengesat air mata, sebelum terketar-ketar menceritakan pengalamannya. "Saya... saya tidak tahu bagaimana saya sampai ke tandas itu. Mungkin mengantuk semasa ke tandas, saya tidak sedar akhirnya pergi ke situ. Kemudian sewaktu basuh muka, saya terdengar suara orang meminta tolong... hmm... tetapi tiada sesiapa. Selepas itu, nampak pula ada tulisan pada cermin tandas. Paling mengejutkan, secara tiba-tiba muncul lembaga hitam seperti rentung dan berbau hangus berdiri di sebelah saya." Hani menceritakan kembali segalanya dengan badan yang masih menggeletar. Muka berpeluh-peluh kerana ini pertama kali menjumpai entiti seram sejak bersekolah di Sri Bangsar.

"Lembaga hitam? Rentung? Hangus?" Terbeliak mata Cikgu Azizah apabila mendengar perkataan-perkataan yang dikatakan Hani itu.

"Ya, lembaga itu seperti manusia kena panggang." Sambung Hani dengan riak bersungguh-sungguh.

Pranggg!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience