Horror & Thriller Series 5090

"Merokok itu seperti membakar duit. Bahaya juga untuk kesihatan. Mana boleh biarkan!" Airil tetap mahu menasihatkan dalam pada diri dikelilingi tiga samseng ganas.

"Suka hati kamilah! Duit kami dan sihat ataupun sakit, kami tanggung sendiri. Jangan menyibuklah!"

"Betul... sekarang sebab kau dah menyibuk sangat, kami bertiga kena gantung sekolah! Kurang ajar betullah!" Lelaki itu menumbuk perut Airil dengan tangan kanan, pada kala tangan kirinya masih menggenggam erat rambut Airil.

Airil terbatuk-batuk, namun tersengih nakal. "Nasib baik kena gantung sahaja, kalau kena buang sekolah lagi teruk."

"Wah... wah... wah! Sempat kau buat lawak ya? Kurus, berikan pemetik api." Arahan lelaki itu bergema kuat kepada kawannya. Kurus atau nama sebernanya Beto Kushairi, memberikan item yang diminta kepada ketuanya yang dipanggil Ganas atau nama sebenar Syarnaaz Ahmadi.

"Kau nampak pemetik ini? Kalau terkena, pasti kau akan terbakar seperti daging panggang!" ugut Syarnaaz Ganas yang menyalakan pemetik api sambil mengacah-acah di hadapan muka Airil.

Flush...

Tegang suasana tersekat seketika apabila kedengaran bunyi air pam tandas digunakan. Rakan ketiga Syarnaaz dan Beto, iaitu Johan Asaari ataupun dipanggil Botak baru selesai membuang air kecil. Ketika membuka pintu bilik tandas, secara tidak sengaja lelaki itu tersepak tangan Syaarnaz yang sedang memegang pemetik api. Pemetik api itu terlepas di tangan Syaarnaz dan terus terjatuh ke badan Airil.

"Tolong... tolong! Padamkan api! Padamkan api pada badan saya, padamkan cepat!" Airil menepuk-nepuk api yang sedang menyala di bajunya. Akibat diri sudah dibasahi minyak, api tersebut merebak cepat ke seluruh anggota tubuhnya. Airil menggelupur dan menguling-gulingkan dirinya, dicuba memadamkan api yang sedang rakus menyala.

"Padamkan api! Tolong saya!" Airil yang sedang terbakar hidup-hidup, merayu-rayu minta ditolong.

Syaarnaz,Johan dan Beto pula terkaku... tidak tahu mahu bereaksi bagaikan tugu. Memandang sesama sendiri, masing-masing terbeliak mata dan ternganga. Syarnaaz tanpa lengah, terlebih dahulu mengangkat kaki meninggalkan tandas.

"Mari pergi, Kurus!" Johan panik, terus menepuk bahu Beto yang ternganga menyaksikan kejadian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience