Bab 1: Pengsan

Horror & Thriller Series 5090

Enam bulan kemudian...

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar mempunyai lima blok bangunan. Tiga daripadanya adalah blok yang menempatkan kelas-kelas pelajar. Ditengah-tengahnya terletak padang sekolah. Bangunan Blok A merupakan tempat belajar tingkatan empat dan lima. Blok B merupakan mengumpulkan semua pelajar tingkatan tiga. Manakala menghadap Blok A pula adalah Blok C yang dijadikan kawasan kelas pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.

"Hani! Rohani, Rohani binti Megat, bangun!" suara seorang cikgu bergema di dalam kelas 2A. Rohani membuka perlahan-lahan matanya, melihat semua pelajar-pelajar sekelas memandangnya sambil tersenyum dan tergelak.

"Tengok... tengok! Roh habis bateri sudah terjaga." Sindir seorang pelajar lelaki dengan disambut gelak pelajar-pelajar lain.

"Sudah... diam semua yang lain! Rohani, kenapalah kamu mudah sangat tertidur di dalam kelas? Kelas cikgu bosan ya? Sekarang juga... pergi basuh muka!" Cikgu Azizah guru subjek Bahasa Melayu sudah memberi arahan tanpa senyum pada wajahnya.

Rohani Megat atau Hani, lebih popular diejek sebagai Roh. Berkulit putih dan berwajah pucat, sehingga ramai menganggapnya tidak cukup darah. Terdaoat tahi lalat di bawah matanya yang menjadi bahan sindiran pelajar-pelajar. Tahi lalat diejek tahi mata kerana dirinya gemar tidur di dalam kelas, kantin dan di mana-mana sahaja tempat.

Disebabkan itu juga, Hani menutup sebelah matanya dengan rambut yang panjang dan halus. Itupun menjadi bahan gosip, apabila ada pelajar mengejeknya sebagai hantu mata satu. Setiap pergerakan dan langkahnya juga amat perlahan. Bunyi langkah tapak kasutnya pun tidak kedengaran. Suaranya pula amat gemersik, apabila berkata-kata... tidak dengar apa-apa jika tidak disuakan telinga. Sampaikan ada mengatakan dia bisu. Sesiapa yang berkomunikasi dengannya pasti geram kerana perlu memberitahu segalanya berulang kali hingga penat. Bercerita tentang fizikalnya pula, Rohani memang begitu lemah. Sehingga menaiki tangga ke tingkat tiga, merupakan satu kerja berat baginya. Hani selalu bertanya, kenapa tiada lif di Sekolah Menengah Sri Bangsar yang elit. Jika dirumuskan, Hani betul-betul seperti roh yang kehabisan bateri.

Menurut perintah supaya membasuh muka, Hani berjalan perlahan-lahan menuju ke tandas tingkat tiga. Ia sebaris dengan kelasnya. Masuk sahaja, dihidupkan suis lampu tandas. Lampu siling menyala dengan terang. Sekejap, dia berkerut dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience