BAB 2

Romance Completed 21949

“ah, takde masa la aku nak kacau barang kau.” anak tangga dituruni satu persatu. Hani mengekor dari belakang dengan wajah tidak puas hati.

“tipu! Tadi tak ada!” ujar Hani lagi, suaranya meninggi.

“kalau mata tu dah memang rosak, pergi jumpa doctor, pakai cermin mata 10 inci, ok? Jangan nak main tuduh-tuduh lak.” Shahir sudah memusing badannya menghadap Hani yang seakan-akan menunggu masa mahu menerkam Shahir. Nafas Hani turun naik menahan geram.

“argh?? benci?! Tepilah!” ujar Hani seraya menolak kasar badan bidang Shahir yang menghalang laluannya. Dia perlu cepat dan geramnya terpaksa diketepikan buat seketika.
Bencinya pada insan bernama Shahir itu takkan pernah habis.

Dia masuk ke dalam kereta dan pintu dihempas kuat. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya dipandu laju pergi meninggalkan rumah yang tidak pernah aman padanya sejak 5 bulan lalu.

“kau sure ke dia ambil kunci kau? ke kau memang tak Nampak?” Lina bertanya. Hani mendengus kecil. Asyik-asyik nak bela dia.

“yela, aku sure! Memang kunci tu tak ada mula-mula, lepas tu dia letak bila dia nak keluar. Dia ambil kunci tu. Aku dah cari bagai nak gila tak ada, tiba-tiba ada. takkan kunci tu boleh hidup kot? Main cak-cak pulak dengan aku!” marah Hani, baru berpeluang melepaskan geramnya pagi tadi.

“Hani, kau pun tau, kalau kita cari barang time kelam-kabut memang takkan jumpa. Bila dah rilek or orang lain tolong, baru benda tu akan kita jumpa, kadang-kadang kita dah Nampak tapi disebabkan perasaan tak tenang, kita memang takkan perasan. Kau main tuduh je, kalau dia tak salah buat dosa kering je.”

“aku tak faham la, kenapa kau suka bela dia? Aku ni kawan kau tau, bukan dia!” tempelak Hani. Lina menggeleng.

“Hani, aku lagi tak faham, dia suami kau, kenapa kau benci dia sangat?” Hani terdiam.

Sebab dia Shahir! I hate you Shahir! Jeritan itu menyelubungi seluruh perasaannya tika itu.

**********

“hei gem! Nak pergi mana?” suara sinis itu kedengaran. Hani berlagak tidak dengar sahaja.

“woi, pekak apa?” suara itu kedengaran lagi. Hani menyelak majalah Vogue di tangannya.

“cheh, baca vogue. Kau ingat kau boleh jadi kurus ke baca vogue, ha gem?” Shahir ketawa dengan katanya sendiri. Hani menjeling geram. Tak lawak pun! Namun suaranya tak terkeluar. Dia terus berlari masuk ke rumah. Air mata saban hari menjadi peneman.

Hani sedar dia gemuk dan tidak cantik. Mahu melawan tapi kerana ingatkan nasihat ayahnya yang menjaganya sejak ketiadaan emaknya sejak dia berumur setahun lagi, dia tutup sahaja mulutnya. Namun suara celupar milik jirannya Shahir itu tidak pernah diam. Benci!

Apabila Shahir berpindah rumah, Hanilah orang yang paling bahagia sekali mendengar berita itu. Dia lega kerana tidak akan ada lagi suara sumbang itu kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience