BAB 6

Romance Completed 21949

Hani tertanya-tanya sendiri. Dia dah turun ke? Ish, susah betul! Hani membuka pintu bilik air sedikit.

Mengintai kelibat manusia. Tak ada. selamat kot? Dia pantas keluar, berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Mahu dikuncinya. Belum sempat tangannya mendarat di tombol, pintu telah terbuka dulu dari luar. Alamak!

Shahir terkedu. Hani tergamam. Shahir mengatur langkah perlahan ke arah Hani. Senyuman terukir di wajahnya. Hani menggelabah. Tu senyum perogol dalam tv! Alamak, nak lari mana?

Dia pantas bergerak mahu menuju ke bilik air namun langkahnya terhenti. Tangannya tersangkut pada sesuatu. Or lebih tepat lagi, sesuatu menyangkut pada pergelangan tangannya. Jemari Shahir.

“lepas lah!” tempelak Hani. Lebih kepada menunjuk kuat. Sedang hatinya Tuhan saja yang tahu. Matilah aku! Esok, gerenti tajuk “Isteri dirogol suami” jadi muka depan akhbar! Aku tak nak!

“patutla degil tak nak keluar. Rupanya pakai tak senonoh.” Hani menjeling Shahir. Cis, sungguh sengal ayat itu!

“suka hati saya lah! Sekarang lepaskan tangan saya boleh?” Hani, jangan tunjuk lemah!

“tak boleh lah. Takkan saya nak biar je ikan goreng depan mata?” ces! Hampeh betul laki ni!

“hei, awak. Kalau dah tau rabun kenapa tak pergi jumpa doctor je ha? Beli cermin mata 15 inci! Dah tak reti beza ke orang dengan ikan?” bebel Hani. Gelabahnya jangan kata. Habis!

Dia tidak boleh meronta juga kerana tualanya boleh terlucut bila-bila masa saja. Sebelah tangan pegang ikatan tuala, sebelah lagi dah kena gari, macam mana ni?

Hani tidak sanggup memikirkan nasibnya selepas ini. Gementar menyelubungi dirinya.
Shahir mendekat, jemari Hani di dalam genggamannya dikucup. Hani terkedu! Habislah gelaran isteri dara yang aku pegang selama ni! Shahir mendekat lagi, wajahnya didekatkan pada rambut Hani yang basah.

Peluh dingin memercik. Hani memejamkan matanya. Dia tahu, hanya satu cara sahaja lelaki itu akan melepaskannya, cara yang tidak pernah dia gunakan dengan Shahir. Merayu.

Ya, Hani perlu merayu supaya lelaki itu melepaskannya. Dia tidak rela perkara yang sedang dibayangkan di dalam mindanya sekarang terjadi. Tidak rela hari itu menjadi hari ini dalam sejarah.

“Shahir, lepaskan saya, please.” Suara Hani mengendur. Suaranya lirih.

Shahir tidak menjawab, masih meneruskan gerakannya, dan bibirnya kini singgah di leher Hani. Hani melarikan kepalanya sejauh yang termampu.

“Shahir, please. Let me go.” Air mata sudah mengalir laju menuruni pipi. Ketakutannya sudah tidak terbendung.

Masih tiada tindak balas yang diharapkan dari Shahir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience