BAB 7

Romance Completed 21949

“Shahir, please. Jangan tambahkan lagi sebab untuk saya benci awak, tolong Shahir. Saya merayu pada awak.” Esakan kecil kedengaran. Gerakan Shahir terhenti.

Shahir merenung tepat mata Hani yang sudah basah. Wajah itu direnung dalam.

Sebelah tangannya perlahan dan lembut mengusap pipi Hani yang sudah basah. Hani tidak mampu menepis, dan dia tiada daya menepis. Asalkan Shahir tidak menggila, dia akan membiarkan lelaki itu menang dalam hal lain.

Pandangan mata mereka bertentangan.

“but I have never hated you Hani. Never ever.” Luah Shahir perlahan, dia menyinggahkan bibirnya lama di dahi Hani, sebelum pegangannya dilonggarkan dan dia melangkah keluar dari bilik.

Hani tergamam dan terkedu. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar deruman enjin sebelum bunyi itu menjadi sayup di kejauhan. Hani mencapai bangku meja solek, dan dia terduduk lemah.

Tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. bingung dengan suara hatinya juga yang seakan-akan bersorak ceria dengan tindakan Shahir mengucup dahinya. Hatinya berbunga. Hani bingung, sungguh bingung. Aku benci dia, tapi kenapa….

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam dan Shahir masih belum pulang. Hani menjeling jam untuk kesekian kalinya sambil matanya silih berganti memandang ke porch. Masih tiada tanda-tanda Shahir akan pulang.

Telefon? Kerana bencinya, mereka tidak pernah ada nombor telefon masing-masing. Berhubung Cuma dengan telefon rumah (itupun boleh dikira dengan jari, selalunya bertengkar dan bertekak depan-depan je). Dan kini sesalan timbul, sesal kerana dia terlalu ego hinggakan nombor telefon Shahir pun sanggup dia tidak ambil.

Dan tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit-jerit minta diangkat. Lina.

Hani menekan butang hijau.

“helo Lina.”

“Hani, aku ada berita ni, tak tau la aku patut cakap ke tak tapi aku rasa patut.”

“apa dia? Kau jangan main-main la, cakap je.” Tingkah Hani, sudahlah risaunya dengan Shahir tak habis lagi, Lina pulak nak menambahkan kerisauannya.

“Shahir….dia accident, kereta dia remuk….”

Hani terjelupuk di atas lantai. Shahir! Jangan pergi dulu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience