BAB 3

Romance Completed 21949

Berbelas tahun berlalu. Gemuk? Tidak lagi. Hani sudah menjadi seorang perawan yang cantik berkat sabarnya namun saban hari kerisauan Haji Salleh semakin bertambah kerana puterinya yang seorang itu tidak menunjukkan minat untuk berkahwin.

Bagi Hani, lelaki (selain ayahnya) semua hipokrit. Semasa dia gemuk dulu, mengejek selalu, mendekat tak mahu. Bila dah cantik, berebut-rebut datang! Dasar mata keranjang! Baik tak payah kahwin. Buat sakit hati je.

Dan suatu hari, ditakdirkan Haji Salleh bertemu kembali jiran lamanya, Haji Ali di sebuah kenduri kenalan. Kekecohan yang timbul di kenduri itulah yang menyilangkan takdir Hani dan Shahir di dalam alam perkahwinan yang tidak pernah termimpi oleh mereka. Bagaimana? Begini ceritanya…

Hani sudah kelaparan semula. Ayah jumpa kawan dah tak nak balik pulak. Hani merungut-rungut sendiri. Dia duduk di satu sudut berseorangan. Tiba-tiba, seorang jejaka mendekatinya. Hani menjeling sekilas, tidak berminat seperti biasa.

“hai sorang je?” Tanya lelaki itu. Hani tidak menjawab. Berpura-pura seperti lelaki itu tidak wujud di sisinya.

Kerusi ditarik lalu dia duduk tanpa dijemput. Hani mencebik. Memang buaya! Dia menyumpah di dalam hati. Ayah, cepat datang!

“saya Shahir. Awak?” Hani mengangkat mukanya. Ya, wajah itu kembali tapi dalam versi yang baru. Kacak? Huh! Muka tembok rumah tak siap lagi hensem dari muka dia!

“awak ni bisu ke?” suara itu bertanya lembut. Hani memalingkan mukanya. Ah, bicaranya cukup berbeza dengan dulu. Kerana dia gemuk! Sekarang? Ha, baru kau tau, dah la tak cam aku, boleh lak lembut gigi dari lidah sekarang ek? Lidah lembu betul mamat ni!

“suka hati saya la nak cakap ke tak! Awak sibuk kenapa?” tingkah Hani. Shahir tersentak sedikit. Pergh! Gila kasar cakap! Rupa dah ada, ni perempuan ke pompuan?

“amboi, kasarnya. Tak baik tau perempuan kasar-kasar macam ni. Nanti tak ada orang nak masuk meminang.” Usik Shahir.

“eh, awak ni memang suka bercakap dengan orang asing ek? Apa saya kisah ada orang nak meminang saya ke tak? Lagi bagus kalau tak kahwin tau! Lelaki, hipokrit! Buaya! Mata keranjang!” dan terluahlah semuanya tanpa dia sedari. Ha, tu baru dendam belasan tahun! Kalau puluhan tahun tak tau ayat apa lagi nak keluar. Shahir terkedu.

Tetamu yang hadir sudah menjeling-jeling. Shahir menahan malu. Hani? Peduli apa dia dengan orang ramai. Geram, benci dan marah bersilih ganti.

“awak, orang tengok la. Kenapa garang sangat awak ni?” ujar Shahir lagi, masih berlembut.

Telinga Hani sudah kepanasan mendengar bicara lembut itu. Dulu kau gelakkan aku ikut suka, mengutuk suka-suka hati, sekarang sebab aku dah cantik cam ni dan kau tak cam aku, cakap bukan main lembut lagi. Meluatnya aku dengan mamat ni?? Hani sudah berdiri. Tidak mampu lagi menerima sikap pura-pura dan menjelikkan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience