BAB 4

Romance Completed 21949

Wajahnya sudah memerah marah. Ditenung Shahir seakan mahu ditelan. Dia sudah tidak peduli, kenduri tak kenduri, kesopanan dan kesusilaan rukun Negara kelima yang selama ini dpegangnya hilang entah ke mana. Geram dan marahnya beraja.

“eh, kau tau tak aku sapa ha? Amboi, amboi, dulu, masa aku gemuk bukan main kurang ajar cakap, sekarang, sebab aku dah cun macam ni, kau cakap bukan main lembut lagi. Hee, meluatnya aku dengan lelaki! Hipokrit! Aku benci kau!” Shahir terkedu. Nafas Hani turun naik menahan marah.

“Hani!” Hani menoleh. Gulp! Ayah! Maafkan Hani! Dan Shahir juga menelan liur membalas renungan tajam ayahnya di sisi Haji Salleh.

Itulah kisah yang membawa kepada perkahwinan mereka.

Seminggu selepas itu, Hani (yang menyesal tak sudah dengan peristiwa “pertukaran rupa”nya di kenduri itu) dipanggil ayahnya.

“Hani tak ada teman lelaki kan?”

Gulp! Kenapa Tanya pasal ni?

“err, tak ada ayah.” Ujarnya ringkas. Dia masih berhutang dengan ayah kerana peristiwa hari itu.
Ayah tidak marah padanya, sebaliknya ayah berlagak biasa. Hani tahu, bila-bila masa saja “hutang” marah ayah akan dituntut. Dan takkanlah ayah nak tuntut sekarang? Mampus!

“ayah nak kahwinkan Hani dengan anak kawan ayah. Hani bukan muda lagi. Dah nak masuk 30. Tengok gaya Hani macam ni sampai bila ayah nak tunggu.” Luah ayah. Hani menunduk. Perlukah diturut? Dia hormat ayah, tak sanggup menolak. Kalau menolak, memang dia jadi “andalusia” la gamaknya.

“kenal Shahir?” Tanya ayah berbasa-basi, tidak menuntut jawapan yang memang telah dia tahu.

Hani memandang ayahnya seakan tidak percaya. Ayah tidak memandang wajahnya. Bererti ayah tidak mahu berbincang. Muktamad. Hani menelan liur.

************

Hani memandu pulang. Resah setiap kali waktu pejabatnya habis. Benci dengan kenyataan yang dia kini berkongsi hidup dengan Shahir. Dan yang paling dia tak puas hati ialah penerimaan Shahir. Kata ayah (Hani bertanya bila mood ayah dah baik sikit), Shahir tidak menolak langsung bila diusulkan tentang perkahwinan itu.

Cis, dasar lelaki! Pantang dapat peluang! Pantang dapat perempuan cantik! Namun Hani sudah bertekad tidak akan memberi hak suami itu kepada Shahir. Dan Shahir? Tidak pernah kisah langsung. Lega juga Hani melihat Shahir begitu. Sekurang-kurangnya, tak akan ada berita “Suami dibunuh isteri di malam pertama” terpampang di muka depan akhbar utama.

Namun hidupnya tidak pernah aman juga. Kerana hari mereka akan bermula dengan pertengkaran dan berakhir dengan pertengkaran. Tidur sebilik? Hani terpaksa bila memikirkan amaran ayah sebelum dia bernikah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience