BAB 5

Romance Completed 21949

“kalau ayah tau Hani tidur bilik lain, ayah takkan maafkan Hani, ingat.”

Dan terikatlah Hani di alam perkahwinan yang sepatutnya menjadi impian indah semua insan. Tidak percaya juga dia bila memikirkan sudah 5 bulan berlalu dan mereka masih “suami isteri” di atas kertas. Hani tidak mahu mempersoalkan hal “cerai” kerana sayangnya pada ayah. Dia rela berkorban. Tapi pengorbanan itu tiada hasil langsung. Yelah, tidur masing-masing bagi belakang tak ada guna juga kan?

Hani tidak mahu beralah. Dia tidak akan beralah dengan Shahir. Jika dulu dia akan berdiam, sekarang semua benda akan dijawabnya. Pantang ada peluang.

Sampai di rumah, Hani melangkah longlai. Masih teringat peristiwa pagi tadi. Kereta dia ada, maksudnya dia ada. Hani melepaskan keluhan panjang. Bosan dengan hidup.
Dia masuk ke dalam rumah yang sunyi, menaiki tangga ke bilik.

Tiada orang di dalam bilik. Hani tidak ambil kisah. Lagi senang. Mungkin dia di bilik bacaan. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, dia selesai mandi. Mencari-cari sesuatu yang kurang. Alamak! Gaun mandi tak ada kat sini!

Dipandang sepi tualanya. Tuala pendek pulak. Muat-muat saja dari dada sampai ke atas lutut. Habis la. Lupa pula dia gaun mandi itu dijemur di luar sebentar pagi tadi. Macam mana nak gantung dalam bilik air?

Shahir mandi mengalahkan puteri. Lama bukan main. Bosan menunggu, Hani terus terlupa tentang gaun mandi itu. Bangun pulak lambat, lagi la. Hari ni memang hari paling malang antara hari malang selama 5 bulan ni (sebab sejak kahwin memang harinye dilabel malang semua).

Macam mana ni? Dan tiba-tiba Hani terjerit kecil apabila pintu bilik air diketuk dari luar kuat. Bagai nak roboh pintu.

“wei, cepat sikit. Aku sakit perut ni!” jerit Shahir dari luar. Hani terdiam. Gila nak keluar macam ni? Selama 5 bulan Shahir hanya mampu menatap dari hujung rambutnya hingga ke lehernya saja. Dia tidak pernah mendedahkan lebih dari itu.

“dah tak ada bilik air lain ke awak nak guna? Turun bawah lah.” Jerit Hani pula.

“suka hati aku lah! Aku bayar sewa jugak! Bukan kau je duduk kat rumah ni!” tempelak Shahir.

“tak nak! Awak turun bawah!” jerit Hani, tidak mahu kalah. Tak boleh!!

“wei, kau ni kenapa? Keluar la perempuan! Aku tak tahan ni!”

“tak nak?” jerit Hani lagi. Kalau ikutkan, dia tak kebulur nak terperap dalam bilik air ni. Tapi dia terpaksa sangat! Tak mungkin dia akan keluar!

“Hani! Kau gila ke ha?”

“memang saya gila! Suka hati saya la! Awak ambik kunci saya pagi tadi! Rasakan lah!” teringat pulak cerita pagi tadi. Tak berniat tapi lebih kepada mencari dalih. Tidak mahu Shahir tahu sebab sebenar dia tidak mahu keluar.

“gila!” jarit Shahir sebelum sepi menyelubungi suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience