BAB 9

Romance Completed 21949

“yelah aku, siapa lagi?” senyuman Shahir semakin lebar. Hani menoleh melihat Lina yang sudah tersenyum-senyum simpul juga. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi lelaki yang tidak pernah Hani kenali berdiri di sebelah Lina. Di dahinya bertampal plaster. Di tangannya pun ada.

“tapi, kereta dia remuk, kenapa….” Tanya Hani, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Helmi pinjam kereta aku, dia yang accident, bukan aku. Kau tak happy tengok aku sihat macam ni?” Tanya Shahir, tiada berselindung.

Hani terdiam. Air matanya dikesat. Dipandangnya Lina.

“kau kenakan aku Lina.” Nafasnya turun naik, menahan malu dan geram. Malu kerana isi hatinya terluah juga. Geram bila mengetahui yang dia dipermainkan. Dia menoleh kepada Shahir semula.

“dan aku benci kau!” jeritnya sebelum dia mengatur langkah laju, mahu melintasi Shahir yang terlebih dahulu menangkap kedua-dua bahunya lalu tubuh Hani dibawa dalam pelukannya.

Hani meronta-ronta, air mata mengalir lagi. Shahir masih memeluknya kejap. Dan Hani sudah menyerah. Menangislah dia di dada lelaki itu.

“maafkan aku, aku yang bersalah.”

“aku benci kau.” tutur Hani dalam sendu. Ditumbuknya Shahir perlahan namun Shahir Berjaya
mengunci tangannya juga.

“aku sayang kau.” tutur Shahir, ikhlas.

“aku benci kau!” balas Hani pula. Esakannya bertambah kuat.

“aku cintakan kau.”

“aku benci kau!”

“aku cintakan kau dulu, kini, selamanya Hani.”

Hani terdiam, Cuma esakannya yang kedengaran.

“don”t you ever leave me again.” Shahir tersenyum mendengar arahan itu. Akhirnya….

“I”ll never leave you Hani, never ever.” Pelukannya bertambah kejap.

Lina terharu melihat adegan itu. Helmi di sisi direnung, kekasihnya yang tidak pernah Hani kenal, yang juga merangkap teman sepejabat Shahir.

“I hate you so much.” Ujar Hani lagi, dalam suara yang sudah mengendur. Shahir senyum lagi.

“I know, honey, and I love you so much!” Shahir berbalas senyum dengan Lina dan Helmi. Akhirnya, benci menjadi cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience