Completed
516
Esok harinya, seperti biasa Zubir keluar rumah awal. Bukan dia takut terperangkap dalam kesesakan jalan raya tapi oleh sebab dia akan pergi bersarapan disebuah kedai mamak diseberang jalan berdepan dgn pejabatnya. Dari jauh dia telah melihat kereta Sup Amin telah berada ditempat letak kereta. Dia masuk dulu ke tempat letak kereta itu kerana melihat Sup Amin baru keluar dari keretanya.
“Pagi tuan awal hari ni?” Zubir terus bertanya. “Ya lah hari macam gelap nak hujan kalau hujan turun bertambah jem lah jalan tempat saya tu sebab ada air yg bertakung dilopak² dan lubang menyebabkan kereta tersekat dan tak bergerak.” Kata Sup Amin. “Lubang2 tu pun lambat betul dibetulkan saya biasa jalan situ ..hmm,tuan nak kirim apa2 tak sebab saya nak ke kedai mamak depan tu. Biasalah, pagi² ni pekena roti canai telur memang best. Hari² makan tempat makcik Hawa tu takut gemuk..”kata Zubir.
“Eh, tak apa lah awak pergi lah beli sarapan dulu saya dah sarapan kat rumah tadi..Rina pun belum nampak lagi?” kata Sup Amin dan terus berjalan untuk masuk ke dalam pejabat. “Biasa lah tuan dia tinggal jauh sikit dari kita tapi dia dgn moto dia boleh aja menyelit sana sini dgn mudah..kejap lagi sampai lah tu...”Jawab Zubir. Dari jauh sebuah motosikal pun masuk ke kawasan parking itu. Rina pun baru tiba dan parking motonya dibawah pokok cherry.
“Pagi Rina, saya nak ke kedai mamak depan tu..nak kirim roti canai?” tanya Zubir. “Boleh lah tuan, dah lama tak makan roti canai campur telur”Kata Rina sambil tersenyum. Gaffar juga tiba dan sambil ingin cari tempat parking untuk skuternya dia sempat memandang Zubir dgn Rina ditempat parking itu. “Zubir² bukan aku sorang aja menyampah dgn kau...rupa2nya inspektor Baharom tu pun tak berkenan dgn dia semenjak dia jadi penolong inspektor dalam division dia. Baharom tu kerja dia relax...tapi adanya Zubir dalam division dia.terpaksa lah dia ikut rentak Zubir.
Lagi nak ambil tempat dia jadi inspektor penuh bila² masa saja.Baharom pulak banyak rekod Mc nya aku ni apalagi? sedut angin kentut aja jadi korporal sampai pencen agaknya.” Gaffar menggelengkan kepalanya. Didalam pejabat Polis itu semuanya sedang sibuk dgn kerja masing2. Sup Amin mencari Zubir dimejanya. “Zubir, panggil Rina sekali jumpa saya dalam ofis sekarang ya?. Ada perbincangan hanya kita bertiga” kata Sup Amin.
“Robert you tengok lah pagi2 itu Amin sudah panggil sama itu Zubir” kata Gaffar sambil menjeling pada Zubir. “You lah..pagi2 sudah bikin dosa peduli sama dia lah, you buat kerja lah” Robert menjadi kurang senang dgn tabiat Gaffar yg suka ambil tahu hal orang lain. “Kenapa Amin tu tak panggil Baharom sekali? Baharom kan inspektor penuh? Bukan Zubir tu..baru pembantu aja” Kata Gaffar pada korporal Yati pula. “Abang Gaff, sudah lah biarkan lah Sup Amin tu nak panggil siapa risau lah saya tengok abang Gaff ni” Kata Yati dgn nada jengkel.
“Nanti lah aku pergi bercuti kat Pattaya tu bulan depan, aku boleh ajar Zubir ni.” Katanya dalam hati. “Semalam ada kes pontianak pulak kat asrama perempuan di Asrama Bintang Hati dalam asrama tu diorang ada nampak penampakan pontianak, itu kata mereka tapi awak cuba periksa apa yg berlaku semalam. Tengok itu betul² pontianak atau hantu lain sebab ada pelajar yg dah histeria dan menjerit tak tentu arah. Guru² dan pegawai hostel pun dah pening kepala mereka..”kata Sup Amin.
“Macam mana tuan tahu kat asrama tu ada penampakan pontianak?” tanya Rina pula. “Isteri saya dapat tahu dari kawan dia seorang pegawai yg duduk disana dia pun ceritakan dgn saya malam tadi..tu yg baru saya teringatkan unit kita ni”kata Sup Amin. “Ya lah, nanti saya dgn Rina pergi ke asrama tu”kata Zubir. Setelah itu dibilik mereka, Zubir dan Rina pun berbincang tentang hal itu. Insp Baharom bermuka masam melihat keduanya sedang berbincang. “Kenapa korang berdua aja dipanggil Amin tu? kenapa aku tak dijemput juga?apa strategi Amin tu Zubir?” Baharom membebel.
“Ada kes yg dia nak kita berdua selesaikan”Kata Zubir dgn tidak menjelaskan tentang unit hantu yg baru ditubuhkan itu kerana Sup Amin ingin unit itu dirahsiakan dulu. “Aku kerja tak sehebat kau agaknya? sekarang Rina ni pulak jadi macam pembantu kau bagus lah tu, apa nak jadi dgn pejabat ni?” Baharom terus bangun dan keluar dari situ. “Marah nampak dia?” tanya Rina bila melihat Baharom keluar. “Dia tu memang macam gitu, sikit² nak marah² kerja pun bukan ambil serious. Dia curi² buka internet tengok youtube anak dia.” Kata Zubir sambil menyiapkan buku nota yg akan dibawa nanti.
Maka sebelum tengah hari Zubir dan Rina pun bertolak ke asrama itu. Tiba dipintu pagar dua orang pegawai asrama itu sedang menunggunya diluar pagar itu. “You all yg dari pejabat Sup Amin tu ya?dia ada telofon tadi, mari masuk dalam kita bincang kat dalam” kata pegawai wanita itu. Didalam pejabat itu ada dua orang pelajar di asrma itu sedang duduk disofa sambil menangis. “Ni Hariani dgn Katerina ni diorang tak mau duduk asrama ni lagi, mereka nak balik rumah masing²..tak mau jumpa pontianak tu lagi.
Entah tu pontianak atau bukan, saya pun belum pastikan lagi hantu jenis apa benda tu”kata Puan Rahmah salah satu pegawai yg bertugas disitu. “Izinkan saya interview mereka puan?” Rina minta izin. “Silakan, tanya lah” kata puan Rahmah. “Dik, cuba ceritakan dari mula macam mana nampak ye, kak pon tu? kak pon kan bukan yg lain?” Rina ingin tahu dari Hariani dahulu. “Kak pon tu pontianak kan?ya, saya nampak dia terbang keluar dari toilet pagi² dia ada dalam toilet tu, masa tu dah pukul 5 pagi saya nak mandi dulu sebab kalau lambat toilet tu akan penuh.
Jadi saya pun pergi lah awal pagi, tak sangka nampak perempuan rambut panjang tu dia pandang saya sebelum dia terbang kat pokok ru tu...takut lah saya, tak mau jumpa lagi macam tu" kata Hariani dgn bibirnya terketar². “Dan kamu pulak dik Katerina apa yg adik nampak, benda yg sama juga ke?”Zubir pula bertanya. “Ya betul, saya tengah tidur saya nampak ada orang ngendap² kat tingkap tu kerana memang kita tak tutup tingkap sebab angin dari luar lebih segar dari angin aircon tu jadi memang biasa kita bukak tingkap bila saya toleh kat dia.
Dia senyum tersengih sampai nampak taring dia n rambut dia panjang sampai masuk ke ruang tingkap itu & saya pun menjerit lah semua budak² lain pun bangun takut lah kami dengan tempat ni, saya nak balik” kata Hariani sambil menangis. “Macam mana tuan? ni sah² kak pon tu” kata Rina. “Ok kita selesai
kan kes hantu kat hospital tu dulu sebab dah berjanji dgn Mr Fernandez. Nanti balik kerja saya akan singgah kat rumah wak saya, dia ada nak kasi benda pada saya lepas sana dah settle kita uruskan asrama ni pulak”kat Zubir. “Saya ikut pergi rumah wak tuan tu boleh?” kata Rina.
“Awak nak ikut? naik moto awak tu? saya rasa start besok la. Moto awak tu simpan kat rumah, tiap pagi saya akan ambil awak dari rumah boleh macam gitu?” Zubir memandang Rina. “Ok lah, kalau tuan tak keberatan dan tak menyusahkan tuan saya ok aja.” Rina tersenyum. “Mari kita jumpa pegawai asrama ni. Kita terangkan pada dia" kata Zubir. Selepas itu.“Begini puan Rahmah kita ada satu kes hantu jugak kat satu hospital ni bila sana dah ok kita akan datang sini untuk uruskan pasal benda tu pulak..ok puan ?kita nak balik dulu.
“Jangan terlalu lambat lah encik...nampak²nya ramai budak2 tu dah mula telifon mak bapak diorang mintak balik rumah masing² ni yg saya risau ni” kata puan Rahmah. “Bersabar aja lah..kita akan berusaha secepat mungkin...kita balik dulu ya puan Rahmah?” Maka Zubir dan Rina pun tinggalkan asrama itu. Tiba saja dipejabat polis Rina dan Zubir terus berjumpa Sup Amin untuk melaporkan tentang asrama itu.
“Korang berdua settle kan dua kes ni dulu nanti saya fikirkan untuk menambah lagi pegawai dalam unit ni kesian lah korang berdua berlari sana sini.” Kata Sup Amin. “Tak apa tuan, kita cuba uruskan dan buatkan tugas yg terbaik kita lihat hasilnya dulu..baru kita bincang untuk tambah pegawai dalam unit ni tuan” jawab Zubir.“ Ok lah kalau gitu, saya serahkan pada korang berdua bila nak start kat hospital tu? tanya Sup Amin.
“Nanti selepas isyak kita ke hospital tu.” Kata Zubir. “Kalau korang berdua dah pergi settlekan kes kat hospital, besok saya izinkan datang kerja lambat.. berhati² ya awak berdua?” Sup Amin mengingatkan. Setelah Sup Amin pergi “Rina nanti petang balik kerja saya nak jumpa wak saya tu, awak nak ikut saya kan? kita pergi kat hospital tu malam ni, petang nanti saya ikut awak dari belakang untuk letak moto tu kat rumah awak. Kemudian kita singgah kat rumah wak saya untuk ambil barang yg dia nak berikan saya, lepas habis makan malam kita masuk hospital tu nak tengok rupa hantu hitam tu dan nak tau kenapa dia buat kacau kat situ..”kata Zubir.
“Baik tuan, harap² kita dapat jumpa hantu hitam tu” kata Rina. Kemudian dirumah wak Dafir pula, “Zubir ni ambil barang ni. Ni keris tembaga kuning dari Semarang jawa, ni keris warisan turun temurun bukan kita harap kekuatan keris itu. Keris tu dah di isikan dgn ayat² suci yg kuat hanya Tuhan bukan keris ini sebagai senjata saja tapi keris ini untuk langkah berjaga².
Gunakan itu untuk membuat hantu itu terkaku dan boleh berbicara dgn kamu, cara ni dulu pernah wak buat semasa menghalau banyak hantu kat rumah2 kampung yg lama tu mujarab hasilnya..cubalah nanti gunakan dia tapi lagi sekli jangan harapkan keris itu, ia hanya lambang kekuasaan Tuhan maha kaya yg kita minta bantuan dan bukan keris itu. Ingat ya Zubir, dah balik lah dulu bila nak gunakan keris tu baca Bismillah 3 kali dulu...”kata Wak Dafir lalu memberikan keris kecil yg berbungkus kain hitam itu ke tangan Zubir.
Zubir terasa bungkusan itu bergetaran ditangannya setelah mengambilnya dari tangan wak Dafir. Malam itu, setelah diberikan keizinan masuk ke ruang dalam hospital Sri Mutiara. Zubir dan Rina pun berjalan ke merata ward dan bilik yg berada dihospital itu. Setiba mereka ditempat meletak cadar dan selimut² yg telah terpalit dgn darah terdengar bunyi suara yg mengerang “Tuan, tengok tu dia kat situ dia tengah jilat darah kat kain tu”kata Rina pada Zubir. “Haish, jembalang ni bukan pontianak” kata Zubir. “Tuan, keris tu?”Rina mengingatkan Zubir tentang keris itu.
Sebelum sempat Zubir membuka bungkusan hitam itu, makhluk itu melompat dan menyerangnya hingga Zubir terbalik dan jatuh ke belakang. “Tuan!….tuan!...jaga2..!!”Rina terpekik bila makhluk itu ingin menggigit tengkuk Zubir.
Share this novel