Completed
516
Zubir masih bergelut dgn makhluk itu ketika dia nak menggigit tengkuknya. Rina cuba menarik rambut makhluk yg panjang itu. Dia menoleh pada Rina pula. Giginya menyeringai keluar. “Rina pergi sana!!” Zubir melihat makhluk itu hendak menyerang Rina pula. Zubir terus melompat ke belakang makhluk itu untuk menikam keris pemberian wak nya ke leher makhluk itu. Dia sempat berpusing dan menghayun tangannya ke pipi Zubir. Zubir terjatuh dan terbaring atas lantai.
Makhluk itu berbunyi seperti suara babi yg kesakitan. “Rina tikam mata dia yg sebelah tu!!” Zubir terpekik. Rina pun buat apa yg disuruh. Makhluk itu terguling jatuh dan terus lari melompat kearah tingkap yg terbuka. Terdengar bunyi jeritan yg panjang sebelum suara itu menghilang dan tak kedengaran lagi. Setelah makhluk itu tidak muncul lagi. Rina mendatangi Zubir yg terluka dipipinya. “Tuan...tuan luka...tuan ok tak? dah selesai tuan dia dah tak ada lagi kat sini, mari kita turun berjumpa Mr Fernandez.” kata Rina sambil memegang bahu Zubir.
Para pesakit yg melihat kejadian yg mengerikan itu terus keluar dari bilik ward masing² untuk melihat Zubir dan Rina yg telah berani menentang makhluk yg mereka panggil hantu itu. “Wah! itu orang banyak berani loh macam hero lawan itu hantu”kata seorang nyonya yg menepuk tangannya. Semuanya bersorak melihat Zubir dan Rina dan mereka memberikan tepukan yg kuat. Zubir dan Rina hanya tersenyum melihat mereka buat begitu. Sebaik saja Mr Fernandez diberitahu tentang kejadian tadi, dia tersenyum lebar.
“Thank you², you all memang berani saya akan beri award specially dari hospital ini mesti I kasi...thank you lagi..saya kasi tahu Chairman mesti dia pun happy” kata Mr Fernandez dan tiada hentinya tersenyum. “Tak apa lah Mr Fernandez itu tugas kita. Kita pun bukan hero mau award² lagi” kata Zubir merendahkan dirinya. “Eh! you jumpa doktor kat AE tu, suruh dia tengok luka tu semua free saja no charge” Mr Fernandez mengangkat jari jempul pada Zubir dan Rina. Esoknya hebohlah satu pejabat itu bila mereka tahu bahawa Zubir dan Rina telah berjaya menghalau hantu yg mengganggu hospital itu selama ini.
Sup Amin lah yg paling bangga mendengarnya. “Ceh, bangga lah dua ekor tu kena puji macam tu?” Gaffar mencemuh. “Alaa, takat hantu macam tu boleh lah kalau aku raja jin pun aku boleh halau taik cicak betul” Baharom turut mencemuh. “Nanti lah, Zubir akan tahu mana satu hantu yg betul² terror dia pun tak sanggup nak melawan hantu tu .Tunggu aku balik dari Pattaya aku bawak balik hantu sekali"kata Gaffar mencebik bibirnya. “Eh! kau nak buat apa bawak hantu balik? kau gila ke? hantu siam tu jahat² tau tak?” kata Baharom.
“Habis kau nak aku bawak apa untuk ajar Zubir tu?bawak pondan siam balik sini?”Gaffar menjadi marah. “Suka hati kau lah, tanggung lah sendiri bila benda tu mengamuk kat rumah kau kacau family kau ”kata Baharom. “Aku tau lah jaga dia, kau jangan takut aku akan pelihara dia macam aku pelihara kucing aku kasi makan betul² baru dia ikut cakap aku nanti” Gaffar tersengih. “Kau nak kasi makan apa kalau kau bawak balik benda tu? Nasi?ayam goreng?” tanya Baharom. “Tentu lah kasi darah kau ni jadi inspektor dah lama tapi fikiran macam orang dungu..”kata Gaffar.
“Darah apa?” Baharom bertanya lagi. “Mula² aku kasi dia darah binatang lama² aku akan suruh dia sedut darah Zubir sedut sampai kering. Lepas tu sedut darah partner perempuan dia si polis tu. ”Gaffar tersenyum. “Hoi, Gaffar ni dah gila agaknya? ”Baharom terus pergi dari situ setelah mendengar rancangan Gaffar itu. Setelah dua hari selepas itu, Sup Amin memanggil Zubir dan Rina lagi. “Ok Zubir Rina awk dah cukup rehat? boleh teruskan lagi?” tanya Sup Amin pada keduanya. “Boleh tuan, kita akan teruskan ke asrama itu mungkin mereka di sana sedang menunggu kita datang. Hari ni kita akan kesana” kata Zubir. “Ya tuan, kita memang masih ingat mereka.”Rina menyambung.
“Zubir & Rina korang berdua berhati² lah dalam tugas tu tapi jika sangat membahayakan diri korang berdua, saya boleh stop dulu semua” kata Sup Amin. “Tak apa tuan, teruskan saja semoga yg di asrama tu pun berjaya juga kita halau hantu yg mengacau itu” kata Zubir. Gaffar telah mendapat tahu bahawa Zubir dan Rina telah ditugaskan untuk mengurus kes² gangguan hantu dan makhluk ghaib tapi masih belum tahu tentang adanya unit hantu itu. “Hahh, sekarang dua ekor tu dah jadi polis tangkap hantu pulak? habis lah bomoh² dan dukun kena pencen dan mintak kerja kat food panda pulak? aku akan beritahu pakcik aku yg kat johor tu, dia tu bomoh halau hantu jugak...biar dia jadi marah dgn dua ekor tu...”kata Gaffar pada Baharom dan Kutty.
“Apa ni diorang? jaga hantu pulak?nAmin ni pun tak ada kerja lain ke? nak suruh polis halau hantu?” addey" Kutty mengeluh. “Kau cuba angkat bodek macam Zubir tu, bukan aja jaga hantu..jaga rimau pun kau dapat" Gaffar menyindir Kutty. “Halo² pergi buat kerja lah kamu semua, kamu nak dengar cerita Gaffar tu memang tak habis² .telinga boleh rosak lah” Robert Lim mencelah. “Aku dah tak sabar nak pergi cuti la .Tau lah nanti Zubir tu”Gaffar menggigit bibirnya. Di Asrama Bintang Hati, Puan Rahmah amat gembira melihat Zubir dan Rina telah datang kesitu.
“Apa khabar puan Rahmah? nampak sepi je asrama ni?” kata Rina. “Banyak yg dah balik...tak nak tinggal kat sini lagi Manager asrama pun sakit kepala sekarang kalau berita tersiar tentang asrama ini berhantu, habis lah bisnes kami, mungkin terpaksa jual je asrama ni” Puan Rahmah mengeluh. “Bersabar dulu puan, kita akan cuba selesaikan masaalah asrama ni tunjukkkan kami dimana selalu terlihat pontianak itu?” kata Zubir. “Nak kirakan banyak juga tempat dia muncul tapi yg paling sering adalah tandas dan tempat mandi tu yg last nampak pontianak tu ialah tukang masak tu.
Waktu dia nak mandi waktu malam tu dia nampak ada perempuan berjalan ditepi tembok tandas dia pun marah lah dgn perempuan tu, dia ingatkan salah sorang pelajar yg habis mandi berjalan keluar tanpa pakai baju" kata puan Rahmah. “Maksud puan dia telanjang?” tanya Rina. “Ya puan, dia telanjang, bila tukang masak tu nak dekati dia, perempuan tu terus melayang dan mengilai atas pokok ru tu. Lintang pukang lah tukang masak tu sampai kain nya hampir terburai jatuh..”kata puan Rahmah.
“Baru ni jugalah kejadian tu puan?” tanya Zubir. “Baru saja dua hari lepas, sekarang tukang masak tu dah demam jadi tak ada lah tukang masak yg nak masak kami terpaksa order makan dari luar. Nasib baik pelajar² banyak dah balik, kurang sikit untuk buat order makan tapi saya pun rasa lemah lah dgn keadaan macam ni tak pernah berlaku dulu pun ”kata puan Rahmah sambil mengeluh panjang.
“Mari saya tunjukkan tandas dan bilik mandi tu lepas tu puan boleh balik ke bilik puan semula, kita akan cari pontianak itu kalau boleh kita akan panggil dia" kata Zubir. Kemudian puan Rahmah pun tunjukkan arah tandas dan bilik mandi itu dan kemudian balik semula ke pejabatnya. Para penghuni yg masih berada di asrama itu disuruh duduk saja diidalam bilik masing2. “Rina awak tunggu dibelakang saya. Saya akan masuk toilet itu dulu sebab keris wak saya ni bergerak ke arah sana..mari ikut saya” kata Zubir sambil berjalan dgn langkah perlahan memasuki toilet itu.
Terdengar bunyi baldi terbalik seperti ada yg cuba lari. Sebatang mop yg tersandar disitu pun terjatuh seperi ada yg melanggarnya. “Tu tuan, ada benda putih keluar dari pintu hujung tu”kata Rina setelah dia ternampak satu bayangan putih yg begitu cepat keluar dari pintu itu. Zubir mengejarnya. “Itu dia, terbang kat bawah sana” kata Rina dan tunjukkan arah di mana makhluk itu telah pergi. Benda putih itu kemudian berhenti di atas sebuah bidang tanah yg ada batu2 yg pecah diatasnya. Setelah bentuk perempuan itu hilang, segumpal asap putih pun berpusing atas tanah itu dan terus hilang disitu.
Zubir berlari kearah tanah yg baru saja terlihat makhluk itu ghaib tadi disitu. “Ada semacam bekas batu2 kat sini, macamnbekas batu nisan banyak yg dah pecah tengok ni Rina” Zubir menunjukkan sekeping batu yg telah pecah itu pada Rina. “Tuan, saya rasa ni bekas kubur orang, kubur lama rasanya” kata Rina sambil mengambil beberapa kumpulan tanah ditangannya. “Ya, saya ingat pun begitu mari kita jumpa puan Rahmah dan tanya dia asal usul asrama ini..”kata Zubir.
Kemudian dipejabat puan Rahmah“ Dulu yg saya dapat tahu ni adalah sebuah rumah batu, rumah fesyen zaman British dulu katanya ada kubur lama kat situ tapi yg saya ingat kubur² tu semua dah di alihkan ke tempat lain”kata puan Rahmah. “Yang dekat bawah pokok bunga tanjung tu pihak asrama dah periksa kalau masih ada sisa²nya juga disitu?” tanya Rina. “Saya kurang periksa sebab saya jarang berjalan kat kawasan tu kenapa encik Zubir? kat situ ada kubur ke?”puan Rahmah ingin tahu. “Kemungkinan ada, sebab tadi saya tengok dgn Rina ada bekas² batu nisan yg pecah, menunjukkan disitu ada bekas kubur,tempat langsuir tu hilang semasa kita kejar tadi. Dia bukan pontianak dia jenis langsuir.” Kaya Zubir.
“Ya puan, itu lah tempat dimana langsuir itu keluar dan mengacau asrama ni tentu ada sebabnya dia buat kacau dulu tak pernah kan?” tanya Rina lagi. “Oh, baru saya teringat dulu ada seorang penduduk asrama ni pernah membuang sisa2 air basuhannya disitu & pernah meludah disitunkata kawan²nya dia tahu itu bekas kubur perempuan kelab malam, dia menyumpah dan meludah tempat itu semasa dia sampai tempat itu. Dari situ lah bermula gangguan2 itu, budak perempuan yg buat benda² tu pun dah keluar dari asrama ni. Dia sakit mental terpaksa dikeluarkan sebab selalu meracau nampak hantu” kata puan Rahmah menceritakan.
“Saya dgn Rina akan aturkan supaya kubur itu di alihkan dgn cara yg baik mungkin masih ada sisa2 tulangnya dibawah sana, saya akan panggil orang datang sini untuk uruskan kubur itu” kata Zubir. “Harap langsuir tu tak buat kacau lagi” kata Rina. Dibekas kubur itu lagi, Zubir menutup matanya sambil mulutnya berkomat kamit membaca ayat2 suci. “Hei penghuni kubur ini kami datang untuk meminta kamu berpindah tempat, kami akan uruskan sisa2 kamu jika ada tolong keluar dari sini dan jangan ganggu asrama ini lagi. Kau dengar kan aku bersuara meminta pada kamu? Zubir berkata dgn kuat.
Keris kecil yg ditangannya bergetar dgn kencang. Zubir memegangnya dgn erat. Dia terdengar satu suara bisikan ”aku pergi..aku pergi..”kata suara bisikan itu. Setelah beres semua, maka Zubir pun beritahu pada puan Rahmah tentang persetujuan makhluk itu untuk pergi dari situ. “Kalau begitu saya akan beritahu pemilik asrama ini maaf lah dia tak dapat datang ke mari sebab dia berkerusi roda dan dia sekarang uzur kerana telah tua. Dia hanya dapat berterima kasih jika semuanya berjalan lancar” kata puan Rahmah. “Baik lah, kami nak bergerak pulang sekarang balik ke pejabat semula..jika ada apa2 lagi boleh call kami lagi”nmaka Zubir dan Rina pun terus balik ke pejabat.
Gaffar yg berhati batu itu bercadang untuk beritahu pamannya seorang dukun itu tentang Zubir yg sekarang bertugas sebagai penghalau hantu. “Apa?aku bertahun² belajar ilmu kat Kalimantan dan Bali dia pulak senang² nak jadi penghalau hantu. Nak potong jalan kerja aku ke apa dia?” Paman nya Akang Kaleng mengamuk mendengar cerita Gaffar itu. “Hantar dia hantu lah paman, suruh hantu tu kacau dia saya pun nak suruh kawan saya kat Pattaya tu hantar hantu kacau dia. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah ok Paman?” Gaffar tersengih. Malam itu Akang Kaleng paman Gaffar pun mula untuk menghantar pelesit peliharaannya untuk mengganggu Zubir.
Dia ambil sebuah botol kecil yg banyak berderetan diatas sebuah rak² yg ditutup kain kuning. Dia mengambil satu daripada botol yg banyak itu. Dia terus membisik ke atas botol itu. “Taeng..Taeng dengar aku, kau pergi kacau orang bernama Zubir pergi hisap darah dia jari kakinya, biar dia tak sedar kau hisap darah dia” Akang Kaleng pun membuka tutup botol itu dan ada makhluk kecil yg terbang keluar dari muncung botol itu. Akang Kaleng tersenyum melihat makhluk kecil itu terbang keluar. Dia berbentuk belalang berwarna hijau. “Kejap lagi kau rasa lah darah kau kena hisap pelan² sampai kau mati” Akang Kaleng berfikiran jahat.
Dirumahnya pula sedang Zubir duduk diatas tilam melayan laptopnya, dia perasan keris kecil kepunyaan wak Dafir sedang bergerak dan bergetar getar. “Kenapa keris itu begitu, kata wak kalau ada musuh yg datang dia akan bergerak macam tu" Zubir pun mengambil keris itu dan menciumnya sambil membaca bismillah dan menutup matanya. Pelesit itu tak jadi masuk ke rumah Zubir. Dia berhenti diluar tingkap Zubir. Dia merasa kepanasan dan tak berani masuk. “Allah..lindungi lah hamba dari kejahatan manusia kalau dia nak buat onar dan kerenah jahatnya pada hamba. Kembalikan itu padanya biar dia merasakan apa yg dia ingin lakukan terhadap orang lain...amiin.”
Zubir pun membuka matanya. Diluar tingkapnya dia terlihat ada cahaya merah melayang pergi dari rumahnya dan terus bergerak laju dari situ. Pelesit itu dgn cepatnya menuju kembali ke rumah Akang Kaleng lalu menerobos masuk ke tingkap biliknya. Dia terus menggigit jari kaki Akang Kaleng yg membuatnya menjerit kesakitan. “Eyy...oii..!!bukan aku lah!! kau salah orang lah! adoii!!sakit²nya!!berhenti!!. aku tuan kau...adohhh” Akang Kaleng pun tak dapat melarang pelesit itu menggigit jari kakinya. Dia jatuh dan memegang jari kakinya yg ada belalang kecil sedang menggigitnya disitu.
Malam itu isteri pamannya telifon untuk memberitahu Gaffar bahawa pamannya telah meninggal dunia . Kakinya telah bertukar hitam dan matanya terbeliak. Tak boleh ditutup matanya oleh orang yg datang menengoknya. “Haa? paman dah mati? paman aku?” Gaffar kelam kabut jadinya. Besoknya Gaffar telah mengambil cuti kecemasan kerana kematian pamannya. Zubir ternampak kerusi tempat Gaffar duduk telah tiada orangnya. Robert Lim memandang Zubir sambil menggeleng kepalanya. “Halo Robert, mana you punya kawan pergi? ambil mc lagi hari ini?” tanya Zubir pada Robert Lim. “Bukan amik mc lah, dia punya uncle mati lah” kata Robert Lim.
“Uncle dia mati? sakit kah?” Zubir bertanya lagi. “Tak tau pulak, suddenly dia sakit pengsan terus mati tapi banyak heran lah uncle dia itu bomoh shaman punya orang. Dia dukun, ya dukun boleh mati itu macam kah? tak ada protection kah?” Robert Lim terus memberitahu Zubir. “Dukun?bomoh? jangan2 dia yg hantar barang kat aku malam tadi? barang tu balik kat dia balik...tak mungkin lah, aku harap bukan dia” Zubir berfikir. Di upacara pengkebumian paman nya yg baru saja semua nya selesai.Orang2 yg hadir mula bergerak pulang dari kubur.
Gaffar termenung seketika. Dia berfikir panjang dan menggenggam tangan nya dgn rasa geram dihatinya. “Paman mati mungkin Zubir punya kerja aku pasti dia hantar balik barang paman aku tu. Aku percaya dia punya kerja, tak apa minggu depan aku dah pergi ke Pattaya. tahTu lah nasib kau nanti Zubir" kata Gaffar.
Share this novel