Cemburu Rakan Sekerja

Thriller Completed 516

Hampir  10  tahun Inspektor  Zubir  telah  bertugas sebagai  seorang pegawai Polis. Dari tiada berpangkat sehingga  dia  bergelar seorang inspektor tapi belum di iktiraf lagi pangkatnya sebagai full inspector atau inspektor sepenuhnya kerana sebab2 tertentu. Dia masih lagi memegang jawatan pembantu inspektor saja. Biasalah dimana pun tentu lah ada politik pejabat atau office politic. Dia kata dia, dia umpat dia. Sebar menyebar keburukan orang lain walaupun duduk disatu department.

Didepan kita berpura baik tapi dibelakang kita mulut kalahkan popcorn. Itulah politik pejabat. Pejabat polis tak kurang hebatnya politik ofis yg berlaku. “Tuan Amin...si Zubir tu nak tunjuk sangat dia rajin bekerja sampai balik jauh malam hari² pulak tu kata pegawai bahagian malam tu kadang²  dia berlagak seperti dia komandan dipejabat kita, kalahkan pangkat tuan pulak tuan..”kata Sarjan Gaffar yg memang tak sebulu dgn Inspektor Zubir kerana terlalu dedikasi dalam kerjanya yg juga menjejaskan prestasi pegawai yg lain.

Sifat cemburu dari sarjan Gaffar memang telah lama ada sejak Zubir ditukarkan ke situ. Dia sakit hati bila Zubir dinaikkan pangkat pembantu  inspektor padahal dia telah lama berkhidmat disitu dan bukan dia yg naik pangkat. Baru² ni banyak kes penampakan hantu dan makhluk ghaib yg  sedang berlaku dibeberapa tempat tak kira bandar atau didesa. Kerap datang laporan dari masyarakat tentang gangguan makhluk² yg tak nampak itu.
Superitenden Amin amat risau dgn keadaan penampakan2 itu. Kes jenayah pula  sedikit berkurang tapi kes penampakan  hantu atau makhluk ghaib pula yg naik ratingnya.

“Sarjan Gaffar...nak tak awak kalau saya letak awak ke bahagian unit  kes hantu..?kalau awak bagus buat kerja....cepat naik pangkat..”kata Sup Amin pada Gaffar.“ Unit Kes hantu..?saya pulak  nak masuk dalam unit tu tuan... ..?”Gaffar menelan air liurnya. “Lah..kata nak naik pangkat cepat dan nak  bersaing dgn Zubir tu...terima aja lah..saya akan  tanda tangan kalau awak setuju..?” kata Sup Amin lagi. “Kalau perompak, penjahat dgn pencuri boleh saya handle tuan..tentang hantu2  ni sikit berat lah tuan..”Kata Gaffar sambil menolak tugas itu  dgn cara baik.

“Hm...saya ingat awak hebat dalam semua hal..rupa2nya takut dgn hantu..habis siapa pulak nak handle kes ni, mesti ada satu orang yg jadi ketua dalam unit hantu tu..”kata Sup Amin.
“Pegawai yg lain ada  tuan..seperti  l/kpl Duparan... IO Robert Lim... kpl Hassan Malong...Korporal Fattah....” Gaffar  telah mencadangkan beberapa nama pada Sup Amin. “Awak tak sebut nama Zubir..kenapa..?” Sup Amin bertanya.Gaffar jadi menggelisah untuk menjawab itu.

“Oh..saya lupa nama dia tuan..”kata Gaffar tersipu-sipu. “Lupa ke sengaja lupa?ntakut dia cepat naik jadi full inspektor? Awak yg tak nak tugas tu kan? Saya tadi beri peluang tapi awak nampak menolak ok. Awak panggil Zubir jumpa saya sekarang..”Sup Amin menyuruh Gaffar memanggil Zubir ke pejabatnya. Gaffar pun dgn berat hatinya terpaksa memanggil Zubir untuk berjumpa Sup Amin.

“Zubir..sup panggil...” Gaffar pun ringkas saja bunyi nya. “Aku?buat apa? aku tengah sibuk buat report ni." Zubir  pun  menutup laptopnya. “Dia dah panggil tu pergi aja lah sibuk apa nya..?”kata Gaffar secara sinis.Kemudian. “Tuan nak jumpa saya?”tanya Zubir sebaik saja dia  masuk ke dalam pejabat Sup Amin.
“Duduk lah dulu..saya akan terangkan...”kata Sup sambil minum kopi. “Saya ada buat salah ke tuan..?orang yg dah buat salah aja masuk bilik tuan ni..?” Zubir  merasa risau. “Awak tak buat salah apa2..saja  saya panggil awak  sebab ada perkara penting yg  nak saya sampaikan..”kata Sup Amin.

“Perkara penting apa tuan..?”Zubir bertambah risau.
“Sebenarnya saya panggil awak kesini  kerana ada  satu tugas  yg amat penting, awak akan saya jadikan sebagai ketua dalam unit kes2  hantu yg akan saya tubuhkan tak lama lagi.”kata Sup sambil mengabiskan sisa kopinya. “Unit hantu..?saya tak faham tuan..”Zubir  kurang faham. “Ya..unit hantu ataupun unit makhluk ghaib belum pernah ada. Saya tubuhkan unit ini kerana sudah banyak kes2  yg berkait dgn makhluk ghaib dan serupa dgn nya telah banyak laporan dan permintaan  dari masyarakat untuk kita selesaikan masaalah ini" kata Sup Amin.
“Tapi kenapa tak jumpa atau suruh aja para dukun atau paranormal yg ahli dalam hal2  macam tu..?kenapa polis kena campur tangan kes hantu tuan....?” Zubir berkata.

“Masyarakat dah muak dgn sikap dukun2 tu..banyak yg  dukun penipu...ambil duit terus hilang..paranormal pulak minta upah yg tinggi....jadi kita para polis the next one to help..kita kena tolong mereka Zubir..itu juga tugas kita..” Sup Amin menegaskan. “Kenapa kita tuan..?” Zubir masih kurang setuju. “Sebab saya percaya dan yakin dgn kebolehan awak. Awak berani dan tegas dalam tugas awak, saya dah perhatikan itu ..hingga ada yg cemburu dgn dedikasi kerja awak...awak pun ada kemahiran bersilat zahir dan batin betul?...arwah ayah awak tu guru silat kan..?”sup Amin memberitahu pada Zubir.

“Wah...tuan tahu semua tentang famili saya tapi siapa² yg akan ada dalam unit saya nanti tuan..?”Zubir ingin tahu. “Ada lah  orangnya dia berani, ada pengalaman tentang kes hantu, dia pun tegas orangnya dia bukan dari division kita..dia dari unit division 13. Dia akan bertugas distesen ini  mulai esok, awak dgn saya akan menyambut kedatangannya..”kata Sup Amin sambil tersenyum.
“Wah! Dia mesti lelaki yg teguh sebab tu Sup Amin nak  ambil dia kerja dgn aku....”fikir Zubir dalam hatinya. Esoknya Zubir dan Sup Amin  berada ditempat letak kereta. Mereka sedang menunggu kedatangan pegawai yg dikatakan semalam.
Sebuah motosikal jenis Harley masuk ke kawasan itu dan terus masuk parking. Penunggangnya berjalan ke arah mereka.

“Zubir itu lah orang nya kemari awak sarjan!..”Sup Amin memanggil pegawai yg baru tiba  itu.
“Haa, Zubir kenal² lah dgn partner awak..”kata sup Amin. Tetamu yg datang itu dgn perlahan membuka helmetnya. Zubir terkejut melihat  pegawai itu. Dia adalah seorang polis wanita.“Polis wanita tuan?" Zubir hampir gugup bercakap. “Ya...ini Sarjan Rina, Rina Juwita binti Kusnadi, anak kepada bekas polis juga"kata Sup Amin. “Haa, Rina ini Zubir. Pembantu inspektor, bakal inspektor penuh akan datang Zubir bin Zaid, partner awak dalam unit ini”mereka pun bersalaman.

Dari celah2  langsir stesen itu Gaffar dan beberapa pegawai lain sedang memerhatikan mereka bertiga diluar sana. “Tengok tunada polis  baru yg  datang sininboleh tahan pulak muka dia..si Zubir tu semakin menjadi lah bodeknya dgn Amin tu" sindir Gaffar. “Hey..Gaffar come on lah, itu rezki dia lah you kat sini tak ada lain kerja kah?..selalu cerita hal orang malu lah jadi polis mulut macam nenek" Robert Lim mencemuh Gaffar.
Yang lain pula tersenyum mendengar cemuhan dari Robert itu. Setelah masuk bilik Sup Amin..dia membuka semua fail² yg melaporkan kes hantu dan makhluk ghaib pada Zubir dan Rina. Masing mengambil fail² itu untuk mereka  lihat & membaca laporannya.

“Banyak juga ya kes² hantu ni tuan? bila kita nak start investigate? “tanya Rina. “Haa..dgn adanya awak berdua ni boleh lah start besok hari ni awak berdua boleh baca fail² tu dulu letak kat meja masing2 ok?” kata Sup Amin. “Siapa lagi yg akan bantu kita tuan?”tanya Zubir. “Tidak ada sesiapa lagi awak berdua dah cukup untuk handle kes² ni saya percaya dgn awak berdua kalau ada apa2  masaalah kita akan suruh squad khas polis untuk back up awak berdua ”Sup Amin menjelaskan. Setelah Sup Amin keluar meninggalkan mereka untuk pergi ke  tandas, Zubir dan Rina pun berdiskusi tentang kes2  dalam fail itu.

“Rina..nampaknya kita dah jadi ghosbuster...”kata Zubir. "Begitulah kira2 nya  tuan" jawab Rina pula.
“Lahh tak payah panggil tuan lah just Zubir dah cukup" kata Zubir. Rina pun tersenyum.“Tak kisah kena hormat pangkat juga tuan" kata Rina lagi.
“Awak ada pengalaman tentang kes2 hantu ni Rina?” Zubir bertanya kerana ingin mendengar pengalaman Rina.

“Ada juga tuan...baru saja selesai kes hantu bungkus kat swimming pool dalam satu kondo ni tu kondo lama jadi jarang orang guna pool tu waktu malam adalah satu pelawat dari Indonesia tengah nak berenang malam tiba2 dia nampak ada kain terbang, mula2  dia ingat ada kain yg  jatuh dari balkoni atas tu tapi kain tu bergulung gulung depan dia lepas tu bertukar rupa mayat yg muka pucat apa lagi tunggang langgang lah pelawat itu. Sebab tu lah tauke kondo tu panggil saya tengok saya pun panggil lah satu dukun part time namanya Wak Gonyoh

Dia tukang kebun kat situ, dihalaunya lah benda tu dah ok dah lepas tu tauke tu nak bagi saya duit tapi saya menolak, takut itu satu jeratan rasuah dan juga bahayakan diri saya banyak duit yg dia nak kasi tu tapi..tu lah..kena hati2  dgn nafsu kita ni..”Kata Rina.
“Bagus awak tak amik duit tu..tolong tu tolong juga...tapi maklum lah...mata boleh buta dgn duit..nanti dia tuduh kita pulak  nak mintak upah dari dia...bagus tu..saya suka cara awak..jujur..”kata  Zubir memuji Rina.

“Berapa anak tuan?” tanya Rina seterusnya.
“Saya masih single Rina, terlalu sibuk nak cari pasangan...awak dah kahwin..?” Zubir bertanya pula.
“Sama lah...masih solo..baru aja putus tunang...dia tu selama ini dah ada yg lain..dia kata saya susah nak dating asyik sibuk je dgn tugas saya dia boring terus mintak putus.” Kata Rina. Sup Amin masuk ke bilik kembali dan melihat kemesraan Zubir dgn Rina walaupun baru bertemu sebentar tadi.

“Wah..macam dah lama kenal..?bagus lah macam ni...ok..awak boleh balik tempat awak masing2...dan Zubir..tolong tunjukkan meja Rina ni..tempat bekas sarjan Kamal tu duduk..”kata Sup Amin.
“Mana pergi  sarjan tu tuan..?dah tukar lain tempat..?..”Rina bertanya.
“Dia dah resign stress katanya kerja polis ni..sekarang dah jadi pegawai insurans kat Bank biar lah dia asalkan dia happy..”jawab Sup Amin. Tiba2  seorang korporal wanita mengetuk pintu & membawa sebuah kertas laporan.“Kenapa korporal?” Sup Amin bertanya. “Ni ada kes baru tuan ada penampakan hantu kat hospital Sri Mutiara dah kecoh dah tempat tu ramai pesakit nak keluar dari situ manager hospital naik pening...doktor pun ada juga yg nak resign..mereka pernah diganggu hantu hitam...”kata korporal wanita itu.

“Kita pergi sana tuan...kita nak tahu cerita detailnya..boleh tuan..?”Rina minta izin dari  Sup Amin. “Ok..pergi lah awak Zubir ikut Rina sekali apa2  perkembangan beritahu saya...”kata Sup Amin.
Maka Rina dan Zubir terus keluar  dgn menaiki kereta Zubir untuk menuju ke hospital itu. Gaffar melihat mereka memasuki kereta dgn pantas seperti ada sesuatu hal penting  yg akan mereka uruskan.
“Hmm...ada apa dua2  tu kelam kabut macam ada bom meletup? kenapa berdua aja? tak ajak pun polis lain?mentang2 lah baik dgn Amin tu ahh tak kisah lah aku”Gaffar menggeram.

“Hoi..Gaffarbyou betul kepoh lah..kerja belum habis tengok2  orang lagi mana itu Amin tak marah sama you?” Robert Lim menyergahnya dari belakang. “You Robert you pun kaki bodek juga lah mau naik pangkat lekas kah macam Zubir tu?” Gaffar menyindir. “Mesti lah bukan macam lu kerja lambat selalu kena marah malu lah sudah tua.. huii!!”Robert menyanggah. Sementara itubZubir dan Rina pun telah tiba dihospital itu.

Kecoh dan bising dgn pesakit yg terpekik dan minta keluar dari situ. Ada pula yg enggan masuk kembali kedalam ward2  mereka. Manager hospital menjadi bingung. “You all tengok? semua ini  macam rugi lah kalau macam ini..semua mau keluar...ini hantu punya pasal...tolong lah incik..settle the problem...”kata manager itu. “Ok..erm..Mr Fernandez..kita pergi investigate dulu..kita tanya orang2  itu apa sudah jadi..kita nak tahu rupa itu hantu macam mana...you be patient ok..?”kata Zubir.

“Go lah...I leave it to you two..kepala sakit lah..”Mr Fernandez terus keluar dari situ untuk menghisap rokok. “Mari Rina..kita tanya2  dulu...lepas tu kita berkenalan dgn hantu yg buat kacau tu...”kata Zubir.
Maka keduanya pun mulai menyoal siasat pada semua pesakit dan pekerja  yg terkait dgn penampakan hantu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience