Hantu Dari Thailand

Thriller Completed 516

Wak Dafir dapat merasakan sesuatu yg janggal sedang berlaku pada Zubir dan Rina. Dia pun mengambil wudhu dan terus berdiri di atas sejadahnya untuk bersolat hajat. Selepas itu dia memasuki gerak batin nya untuk menerawang posisi Zubir. Dia dapat tanda bahawa dua makhluk hitam sedang mengganggu Zubir dan Rina. “Ada dua setan yg ada kat situ, aku nak habiskan pengantaraanya dulu.” Dengan itu wak Dafir pun menjuruskan tangannya secara gerakan ghaib ke bayangan seorang lelaki yg berada tak jauh dari apartment itu. Toleh tidak sedar bahawa wak Dafir sedang menguncinya dgn kuncian batin.

Tiba² tangan nya lemas dan keras dan tak boleh bergerak. Dia rasa semacam ada rantai besi sedang mengikat kedua tangannya. Soleh cuba meronta dan membaca mantra² anehnya, namun rantai ghaib itu tidak terbuka. Kemudian dia merasa panas api cocok kedua matanya. Dia mengerang kesakitan. Kain berwarna hitam yg dipegangnya terlepas dari tangannya yg telah kaku itu. Itulah kain yg mengawal kedua makhluk itu seperti fungsi alat remote control. “Ehhh! apa dah jadi dgn aku? mata aku tak nampak, terbakar !!aku buta!!” doleh pun berlarian tak tentu arah sehingga sampai dijalanraya.

Dia tidak nampak jalan lalu berlari ke tengah kesibukan laluan kenderaan di jalanraya itu. Sebuah lori simen melanggarnya. Dia tercampak dan masuk ke dalam longkang yg penuh air. Para pekerja yg berada disitu berlari untuk menyelamatkan nya. Mereka mengangkatnya keluar dari longkang itu. Bajunya penuh darah dan kedua matanya terjojol keluar. “Ayo!! dead alreadaynbayya!” seorang pekerja Bangladesh memanggil Mandurnya. Namun Soleh telah pun mati.

Sementara itu Makhluk hitam besar itu berhenti dari menyerang Zubir. Dia membongkok dan meletakkan mukanya ke lantai. Dia mengerang dgn perlahan suaranya. Tangannya diangkat ke atas kepalanya seperti meminta ampun. Dia menunduk lama lalu menghilang dari situ. Rina pula kembali normal tubuhnya. Dia boleh bergerak semula. Pontianak itu juga bersujud dan seperti minta ampun pada Rina. Kemudian dia pun terbang dan menghilang.

Suasana menjadi sepi seketika. “Apa dah jadi Rina?kedua makhluk tu bertukar menjadi takut dgn kita kenapa ya?” Zubir terasa hairan dgn perubahan kelakuan dua² makhluk tadi. “Macam ada sesuatu kl yg buat diorang jadi takut ada benda dari jauh, ada bantuan dari yg kita tak tahu dari siapa yg berlaku tadi. Rina ternampak ada cahaya biru tadi sebelum kedua makhluk itu berubah sikap, alhamdulillah lah kita selamat" kata Rina sambil menadah tangan tanda syukur.

“Cahaya biru? hmm..jangan² wak Dafir tu? aku pernah lihat cahaya biru itu semasa wak mengubat aku sewaktu kena ganggu hantu kubur semasa balik mengaji dulu, aku fikir itu wak Dafir punya kerja syukur lah” Kata Zubir dalam hatinya. “Apa yg tuan termenung tu? semua dah selesai, saya rasa tak mungkin hantu² tu akan datang lagi lepas bersujud macam gitu” kata Rina sambil mengurut kedua tangannya. “Jom kita jumpa Hasbullah tu” lalu keduanya pun turun untuk berjumpa Hasbullah dipejabatnya.

Hasbullah tersenyum melihat mereka berdua datang. Dia terus keluar untuk menyambut mereka. “Encik Hasbullah semua dah beres hantu² takkan datang lagi tapi bukan satu hantu encik Hasbullah tapi ada dua hantu kali ini. Dua² hantu tu dah serik nak datang lagi agaknya” Zubir tersenyum. “Ada dua hantu? macam mana boleh ada dua?” Hasbullah kehairanan. “Satu jin hitam tu dan satu lagi pontianak ada orang sengaja hantar pontianak tu supaya kita bertambah takut dan tinggalkan kerja kita.

Syukur lah, mereka dah lari...ok lah kami pun nak gerak balik ofis” Kata Zubir. “Eh! nanti dulu saya ada order makan nasi padang, mari makan dulu saya sengaja order ikut arahan boss. Dia kata boleh ke tak boleh halau hantu, tetap kena menjamu tetamu katanya” Hasbullah menjemput mereka masuk ke dalam bilik pantry disebelah pejabat itu. “Lah, buat susah aja boss encik Hasbullah tu, macam dah tau aja kita akan berhasil ”Zubir tersenyum pada Rina. “Rina pun tengah lapar ni tu rezeki kita lah” Rina berbisik.

Esoknya pula, Gaffar tiba di airport di Bangkok. Dia sedang menunggu kawan nya yg bernama Suthadeep datang untuk menjemputnya ke rumahnya sebelum ke Pattaya. “Mana Suthadeep ni?” Gaffar melihat jam tangannya berkali-kali. Sebuah kereta jeep berwarna hitam meluncur masuk dan berhenti didepannya. “Gaff! masuk lah cepat” Suthadeep memanggil Gaffar supaya masuk dalam jeep itu. “Kita terus Pattaya ke? tanya Gaffar. “Tak aku nak jumpa bini aku nomor dua dulu..baru kita pergi Pattaya” kata Suthadeep yg pandai berbahasa melayu kerana ibunya adalah orang KL sementara bapanya seorang peniaga tembaga berasal dari Pattaya tetapi berdarah melayu Pattani.

“Wah! berapa bini kau ada Suthadeep?”Gaffar bertanya. “Satu kat sini, satu ada kat Pattaya dan lagi satu yg paling jauh ada kat ChiangMai ni pun nak tambah lagi satu perempuan dari Krabi pulak” kata Suthadeep. “Patutlah badan kau kurus aja macam cicak kering, bini nak masuk empat dah..tak apalah kau kan orang banyak duit.? Eh! bisnes jual senjata kau tu macam mana? banyak dah terjual?" tanya Gaffar.

“Laris laku keras, orang² dari Myanmar tu selalu mintak supply dari aku semuanya gengster. Baru saja aku hantar dua ribu senjata kat diorang kat sana kan tengah berperang?” kata Suthadeep lagi. “Kau masih simpan hantu dan ubatkan orang sakit? atau masih sihir orang?” Gaffar terus bertanya. “Mesti buat punya kalau tak, takkan aku dapat kahwin empat mesti ada ilmu aku masih buat perubatan dan sihir orang..itu kan side income aku?kenapa?

Kau nak sihir orang ke?” Suthadeep memandang Gaffar. “Betul kata kau tu, aku datang sini sebab memang aku nak jumpa kau pasal perkara ni...aku nak kau tolong bagi aku satu hantu buat peneman aku. Aku nak hantu tu kacau kat orang tu dan juga pada sorang polis perempuan ni kau santau dia lagi satu, aku pun nak ketua aku tu jatuh sakit kena sihir kau. Kau cakap aja berapa bayaran nya, kau nak check atau cash aku boleh bagi” kata Gaffar “Wah kau ni nak santau sampai tiga orang sekali? tentang nak hantu.

Aku kena pergi kuil dulu ambil hantu tu kena panggil dia keluar tapi kau jangan main² ya bila hantu ni dah ikut kau nanti? salah jaga kau jadi mangsanya pulak” kata Suthadeep sambil berikan amaran. “Aku tau lah jaga dia nanti, bila nak pergi kuil tu?”Gaffar tak sabar lagi dah. “Semua ada kat Pattaya, besok kita bertolak ke Pattaya kita kena beli buah²an dan juga sayur² untuk diberikan pada ketua sami kuil tu. Kau pergi rehat dalam bilik yg aku tunjuk tadi, aku nak keluar jumpa klien yg nak beli tepung ”kata Suthadeep. “Tepung? kau pun jual tepung?”

Gaffar memandang Suthadeep. “Bukan tepung itu lah bongok, tepung yg mahal tu lah kau faham kan?” Suthadeep pun keluar. Esoknya, maka berangkatlah Suthadeep dan Gaffar menuju Pattaya. Hujan turun dgn lebatnya. Jalan raya jadi kabur bercampur kabus yg tebal. Dalam masa dua jam mereka pun sampai ke kuil itu. Kuil itu nampak sepi kerana mungkin hari hujan. “Aku jumpa ketua sami tu dulu, bawak mari buah² dgn sayur² tu” kata Suthadeep. Setelah beberapa minit didalam kuil itu, Suthadeep memanggil Gaffar masuk.

“Sekarang sami ni akan panggil hantu yg kau nak tu kau duduk dulu, kau minum air ni sampai habis baru dia panggil hantu tu” kata Suthadeep sambil hulur sebuah tembikar labu yg kecil. “Air apa ni Suthadeep?” Gaffar bertanya sambil mencium air yg didalam tembikar itu. “Minum aja lah jangan tanya² lah itu air mayat, kau minum sekarang cepatlah..kau lambat nanti sami ni tak jadi panggil hantu tu” Suthadeep naik bengang “Huh? air mayat patut lah bau busuk semacam..mayat pun mayat lah nak hantu punya pasal”fikir Gaffar.

Maka Gaffar terus meminum air itu dgn lahapnya. Konon nya dia tidak geli pada air itu tapi sebenarnya dia ingin termuntah tapi dapat ditahannya. “Ok dah habis minum? mari masuk dalam, sami akan panggil hantu tu keluar tapi² kau jangan lari bila tengok rupa hantu tu ok. Kau yg mintak kan?” Suthadeep memberitahu. “Ok, aku tak lari tutup mata boleh?” Gaffar tanya soalan bodoh. “Aku serious ni, kau mesti tengok muka hantu tu nanti jadi kawan kau. Dia akan ikut kau ke mana² dan jadi kawan kau selamanya.

Kau boleh suruh dia buat apa dan dia akan buat yg penting darah mesti kau supply cukup pada dia , tak cukup kau beri dia darah. Darah family kau jadi pengganti berani tak?” sekali lagi Suthadeep memberi amaran pada Gaffar yg nampak masih bingung. “Ya la aku berani” kata Gaffar dgn cara terpaksa. “Ok kau tunggu hantu tu keluar sami tengah panggil dia" kata Suthadeep. Beberapa minit kemudian bau busuk memenuhi ruang itu, Gaffar nak muntah kerana bau itu tersangat busuk.

Sebentar itu juga kepulan asap hitam berpusing dan berputar disitu. Muncul lah satu sosok yg berpakaian hitam. Dia sedang duduk dan rambutnya yg panjang menutupi mukanya. Gaffar memandangnya secara perlahan. Sosok itu merenung Gaffar. Gaffar jadi tak tentu arah. “Relax Gaff, itu tandanya dia setuju dgn kau kalau dia tak suka tentu kau dah kena ludah tadi ok..relax sampai sami berhenti baca mantra.”Suthadeep menepuk bahu Gaffar. Suthadeep dipanggil oleh sami itu untuk mendekatinya.

Dia berbisik dalam bahasa siam pada Suthadeep. “Gaff nama hantu tu NangKrolok dia baru mati dua bulan yg lepas kena langgar masa balik dari kelab dia bekerja, mayat dia sami telah ambil dan simpan kat sini kau jaga dia baik² nanti masa kau nak balik dia akan ikut kau secara ghaib. Sekarang tentang santau dan sihir tu kau ikut aku balik bilik. Aku boleh buat kat sana.” Maka keduanya pun meninggalkan kuil untuk kembali ke bilik tumpangan Gaffar untuk perkara selanjutnya.

Semasa berjalan Gaffar asyik memandang ke belakangnya. Hidungnya terbau benda yg busuk sedang mengikutnya dari belakang. “Jangan tengok² lah Gaff NangKrolok tu dah ikut kau, aku nampak dia kat bahu kau tu” Kata Suthadeep. Gaffar pura² senyum dan dia cuba sedaya upaya untuk menghilangkan rasa takutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience