Apartment Berhantu

Thriller Completed 516

Seminggu kemudian “Zubir mari datang ke pejabat saya bawak Rina sekali ”Sup Amin telefon Zubir dibiliknya. Zubir pun pergi ke meja Rina dan menyuruh dia mengikutnya ke pejabat Sup Amin. “Ada apa dia panggil kita tuan?” ada assignment lagi ke?” tanya Rina. “Tak tahu lah saya Rina adalah tu yg dia nak beritahu ”kata Zubir lalu mengetuk pintu ofis Sup Amin. Setelah masuk Zubir dan Rina disuruh duduk. Sup Amin memegang sebuah kertas laporan “Ni baru datang report ni, heboh pasal hantu kat apartment atas bukit tu

Apartment tu memang dah lama ramai orang asing duduk apartment tu sebab harganya murah, baru2 ni pulak ada penampakan makhluk yg tinggi besar dan hitam dan berjalan pantas kira macam ninja lah. Dia boleh merangkak, boleh tergantung atas siling, boleh panjat tembok macam spiderman lah. Manager apartment tu tak happy sebab ramai mat saleh dan orang luar dah mula keluar dari situ. Walaupun dia dah turunkan lagi harga apartment tu.

Hantu punya pasal diorang tak peduli, bagi duduk free pun diorang tak ingin lagi, jadi kerja awak berdua pergi sana. Cari tahu pasal hantu tu dan cuba cari jalan penyelesaian untuk apartment itu manager nya encik Hasbullah dah berjanji nak beri upah itu bukan rasuah katanya, tu duit imbalan dari syarikatnya. Sekarang awak berdua boleh jumpa dia kat apartment tu dia ada disana” kata Sup Amin. “Ok tuan kejap lagi kami gerak ke sana, mari Rina balik tempat kita siap² lah dulu nanti saya tunggu awak kat parking tu” kata Zubir pada Rina.

Gaffar pandang Rina dan Zubir berjalan keluar dari ofis Sup Amin. Matanya liar memandang mereka berdua. “Nak cari hantu lagi lah tu? hm, sup Amin tu dah jadi ketua cari hantu sekarang tak apa lah dua hari lagi aku dah pergi cuti tak sabar rasanya. Nanti kau Zubir kau yg buat paman aku mati, aku nak tengok ilmu kau tu sejauh mana bila aku bawak balik hantu dari negara Siam" kata Gaffar dalam hatinya. “Hoi Gaff! buat kerja lah mata tengok sana saja, you sudah mau cuti you tak habis buat kerja.

You ingat aku balak nak buat keje you.cihh” Robert Lim menggeram melihat fail2 yg banyak diatas meja Gaffar. “Wah! you punya bahasa sudah improve ha sekarang? tak ada pelat cina lagi” kata Gaffar. “Hari² tengok upin dan ipin sama anak aku, bahasa melayu pun improve lah” Robert tersenyum bangga. Di Kondo Luxurious yg terletak diatas bukit itu. Zubir dan Rina telah sampai. Mereka disapa oleh manager encik Hasbullah teman Sup Amin waktu sekolah dulu. “encik Hasbullah? saya Zubir & yg ni Rina en. Amin suruh jumpa encik pasal penampakan tu..”kata Zubir sebaik saja mereka disambut manager itu.

“Dia dah call beritahu saya mari masuk ofis saya dulu kita cerita² sikit sambil minum kopi” encik Hasbullah membawa keduanya masuk ke sebuah bilik pejabat yg sederhana besarnya. Disitu ada tiga lagi kaki tangan syarikat apartment itu sedang menghadap laptop masing². Setelah menyuruh seorang pekerja kantin membuat kopi mereka pun duduk di sebuah sofa yg empuk tapi nampak seperti fesyen yg lama. “Apa dah berlaku kat sini encik Hasbullah? boleh ceritakan pada kita berdua ni” kata Zubir.

Rina hanya diam sambil mengambil nota apa yg akan diceritakan Hasbullah nanti. “Apartment ni dah lama dah berpuluh tahun lah kira, saya dah bekerja kat sini hampir 15 tahun dulu tak ada pun problem macam ni. Baru beberapa bulan ni aja ada penampakan hantu tu ramai mat saleh yg dulu tak percaya hantu pun dah mula rasa tak sedap duduk dalam apartment ni” Hasbullah memulakan cerita. “Ada apa2 yg berlaku tak sebelum penampakan ini?” Rina bertanya. “Yang seingat saya memang tak ada tapi ada seorang boss sebuah syarikat.

saya tak tahu dia bangsa apa, dari syarikat jual beli bangunan lama dan baru datang ke sini..nama dia Badung Nasution dia jumpa saya tentang nak membeli apartment ni. Saya tolak sebab saya sayangkan apartment ini dia tawar dgn harga yg ok lah, katanya juga dia akan ambil semua staf kat sini dan teruskan bekerja macam biasa. Kami semua tak mahu lah, boss kami yg ada sekarang tu pun memang baik orangnya kita tak tahu boss yg baru macam mana pulak perangainya nanti.

Mula2 nampak ok lama2 tunjukkan dia punya belang banyak lah macam tu jadi kami tak mahu, dia nampak frust lepas tu” kata Hasbullah. “Sebelum dia balik dia ada cakap apa2 tak?” tanya Zubir. “Tak ada pun tapi saya nampak dia berbisik dgn pemandu peribadinya yg berbangsa melayu bernama Soleh keduanya merenung saya sewaktu keluar dari situ” kata Hasbullah. “Ni diorang punya kerja saya percaya” kata Zubir.

“Macam mana awak tau encik Zubir?” Hasbullah bertanya. “Setelah encik Hasbullah tolak tawaran itu dia pasti marah dan tak puas hati & dia merancang untuk buat sesuatu supaya orang² yg berada dalam apartment ni akan keluar atau ada masaalah dalam apartment ni, bila semua hampir kosong. Dia akan pura2 datang lagi dgn tawaran yg baru, pemandu peribadi itu akan bantunya dgn jalan kotor”Kata Zubir. “Ya betul cakap awak tu encik Zubir.

Memang dia ada datang pun kali ini bos tu tak berkata apa² tapi pemandu itu yg banyak cakap katanya lebih baik jual cepat sebab tempat kalau dah kosong dan banyak hantu tak akan laku dijual pada masa depan. Itulah yg saya ingat dia cakap nampak bertegas dalam kata2nya, saya pulak seram tengok muka dia macam ada sesuatu dimuka itu” kata Hasbullah lagi. “Betul tak tekaan saya Rina? ni permainan psikologi kotor atau taktik kotor dgn menggunakan bantuan hantu.

Dah sah itu kerja mereka“ kata Zubir sambil memandang Rina yg sedang menulis semua yg diucapkan Hasbullah. “Waktu bila hantu itu mula muncul? malam? atau siang hari? atau keduanya sekali?” Rina pula bersuara. “Ada yg nampak pada siang hari ditempat2 yg tertentu, ada yg nampak waktu malam hari kat taman atas bumbung tu, kat swimming pool ada yg jumpa di gym waktu malam ada yg nampak dari bilik mereka hantu tu melayang dari luar tingkap. Siang hari pula ada cleaner yg nampak orang hitam dalam tandas, yg tukang kebun pulak kena sergah anjing hitam kat stor dia semasa nak amik barang dia” Hasbullah menjelaskan.

“Jelas ni hantu kiriman, sengaja buat orang² takut jadi bila apartment semakin kurang orang, last sekali apa? terpaksa dijual dgn harga yg lebih murah kan Rina?” Zubir menafsirkan pendapatnya. “Betul tu tuan” Rina tersenyum. “Baik lah encik Hasbullah kita akan datang lagi lepas kerja nanti petang. Kita akan datang untuk interview hantu kiriman tu” kata Zubir. “Interview hantu? tak faham lah saya?” Hasbullah bingung. “Itu istilah kerja kami, interview hantu bermakna jumpa hantu itu untuk menghalau keluar” Rina tersenyum memandang Hasbullah yg mengerutkan keningnya.

Gaffar mula mengemas barang² diatas mejanya. Fail² yg masih belum beres diletak atas meja Robert Lim dan Yati. “Wah! pandai betul si Gaff tu nak pergi cuti kerja belum habis campak kat kita bukan sikit fail tu you tengok lah sendiri Yati?” Robert Lim bengang dgn fail2 itu. “Dia kan gitu Robert? You baik dgn dia jd dia pijaklah kepala you tu sebab I selalu serious dgn dia, tak gurau dgn dia. Dia pun lain je perangai dia kadang² ok, kadang² tak tentu pasal naik angin. Kadang² I benci pulak dgn dia" kata korporal Yati yg bertugas sebagai pegawai admin disitu.

“Sama lah dgn kawan baik dia tu Baharo kerja membelit saja depan sup Amin eksyen buat kerja Amin tak ada tengok internet berjam jam”kata Robert Lim. “Dia baik dgn Baharom sebab dia fikir Baharom tu akan rekomen dia naik jadi pembantu inspektor dan partner dgn dia kat bilik tu, tapi bila Zubir naik mendadak jadi pembantu inspektor, hati dia terus jadi batu n jadi tak sebulu dgn Zubir. Padahal Zubir tu kerja dia mantap, lebih mantap dari kita semua betul tak I cakap Robert?” tanya Yati. “Betul tu you cakap Yati, I dapat khabar dari orang HQ yg tak lama lagi Zubir akan naik jadi inspektor full.

Ambil alih tempat Baharom, Baharom akan ditransfer ke Brickfields jadi Gaff dgn dia akan jarang jumpa tak ada gosip liar lagi. Aku dengar gosip diorang telinga aku boleh keluar taik telinga lah” Robert dan Yati tersenyum. “Habis Gaafar tu pangkat apa nanti waktu sesi kenaikan pangkat tak lama lagi di HQ huh Robert?” Yati nak tahu. “Dia tu?sampai pencen lah dia lans korporal kerja bukan bagus pun, ingat sup Amin tak tengok kita semua kerja macam mana kan? dia yg rekomen naik pangkat pada pegawai yg bagus buat kerja” Robert berbisik.

“Hish! dia datang” kata Yati dan terus ketik keyboard komputernya. Robert pula pura² membelek fail. “Macam baru habis mengumpat aku je, aku tengok?” Gaffar terasa ada sesuatu yg mereka telah cakap tadi. “Bukan cakap pasal you lah Gaff, kita cerita pasal Zubir dgn Rina tu dah too close yg satu cantik n yg satu hensem kita kata dua2 secocok dan sepadan itu saja jangan sensitif sangat lah Gaff” kata Robert. “Itu aja kau cakap? tengok nanti kalau dua² tu sepadan lagi tak ”Gaffar menyangkal.

“Apa maksud kau Gaffar?" Yati mencelah. “Kau jangan masuk campur lah kau pun sama kerja membodek je banyak” Gaffar buat Yati rasa jengkel. “Sudah Gaff relax lah besok you dah nak pergi cuti enjoy the cuti, relax kat sana cari amoi cantik” kata Robert dan sengaja berkata begitu untuk membuat Gaffar bertenang. Gaffar pun menyambung semula kerja mengemasnya. Yati dan Robert hanya jeling padanya. Zubir dan Rina telah bersiap untuk pergi ke apartment itu. Sup Amin bertemu mereka sebelum mereka keluar. “Careful ye korang berdua saya yakin awak berdua boleh lakukan tugas itu macam biasa, jaga diri baik² apa² call saya..”kata Sup Amin sambil tengok kereta Zubir keluar dari situ. Gaffar juga tengok mereka dari tingkap cermin biliknya.

“Nanti dgn Amin sekali aku hantar hantu kacau dia aku akan buat Amin tu benci dgn Zubir dan Rina tu akan minta keluar dari pejabat ini, ada benda yg akan berlaku pada ketiganya bila semua dah berpecah lega hati aku” kata Gaffar sambil tersengih dgn sinis. Di Apartment Luxurious .Seorang mat saleh dari Amerika yg telah lama duduk di apartment itu sedang duduk disofa di ruang lobby itu . Dia membawa banyak beg dan duduk bersama keluarganya. Mereka sedang menunggu kereta untuk menjemput mereka keluar dari situ. Zubir mendekatinya.

“Hello sir, are you going somewhere sir?” tanya Zubir. “Aku boleh cakap bahasa melayu la, ya aku nak keluar dari ini apartment ada hantu banyak yang nak kacau anak aku jadi takut” kata mat saleh itu. “Apa dia nampak?” tanya Rina. “Orang hitam kat berdiri luar cermin itu macam monster besar, mata dia merah dia tengok anak aku, John bangun tidur dia jerit so loud sampai aku bangun n aku juga dapat tengok itu monster. Aku pun jadi takut, isteri aku ajak keluar cari apartment lain” kata mat saleh yg bernama David Callum itu.

“Mr David, you jangan keluar mana² dulu kami berdua settlekan problem ni. Monster yg you cakap tadi kami halau dari sini, so relax first let us do our job..ok mr David?” Rina cuba memujuk David. You semua ghosbuster ke ?” David kehairanan. “Bukan kita polis, polis unit hantu.” kata Zubir. “Ooo..polis pon nak halau hantu? baru aku dengar hari ini, ok kita tunggu apa jadi nanti” Katanya. Rina tersenyum mendengar itu. Encik Hasbullah pun datang jumpa mereka dilobby. “Mari saya tunjukkan tempat² dia encik Zubir n cik Rina” kata Hasbullah membawa mereka naik lif ke tingkat atas.

Hasbullah pun menunjukkan ke semua tempat² penampakan itu. Zubir dan Rina memeriksa semua sudut² yg ada. “Ok, encik Hasbullah awak boleh balik ofis dulu. Biarkan kita buat kerja saya akan panggil benda tu keluar bahaya untuk encik Hasbullah nanti kalau jadi apa²” kata Zubir. Dgn cepatnya Hasbullah bergerak keluar dari situ. Zubir terus memejamkan matanya sambil berzikir. Keris tembaga wak berada ditangannya. Keris itu bergerak gerak ditangan Zubir. “Jaga² Rina benda tu dah nak datang dekat.

Keris ni semakin kuat getarannya” Rina pun membaca beberapa doa juga untuk membela dirinya dan meraup muka dan badannya. Satu asap hitam berpusing didepan Zubir. Makhluk berkepala anjing muncul disitu. Giginya bertaring dan matanya merah menyala. Dia berukuran besar dan juga tinggi badan nya. Rina dan Zubir memandangnya berdiri disitu. “Hey! kau hantu atau makhluk apa pun yg wujud di sini, siapa yg hantar kau? kau keluar dari sini jangan kacau tempat ini lagi.

Aku beri kau peluang untuk keluar, balik ke tuan kamu!” pekik Zubir. Tiba2 ada satu lagi makhluk berambut panjang muncul dibelakang Rina. Rina pun menoleh ke belakang nya. “Zubir ada dua hantu lagi satu ada dibelakang Rina..pontianak! dia buat badan Rina jadi kaku. Rina tak dapat bergerak” kata Rina dan cuba meronta ronta dari jeratan makhluk itu. Zubir ditampar hantu besar tadi. Dia terpelanting .Dia cuba menggunakan keris itu tapi hantu berbadan besar itu menamparnya lagi.

Rina pula masih tak dapat bergerak. Badannya masih terkaku. Pontianak itu mendekati tengkuknya sambil mengeluarkan taringnya. Tak jauh dari situ pemandu peribadi yg bernama Soleh itu berada disebelah keretanya. Dia memandang aparment itu sambil tersengih. “Aku tak hantar satu hantu, aku hantar dua hantu satu jin kubur yg satu lg pontianak peliharaan aku. Aku tahu polis berdua tu ada diatas sana, rasakan lah habuan dari boss aku” katanya sambil menghisap rokok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience