Insaf Rakan Kerja Dan Misterinya Bakhtiar@ Bunian

Thriller Completed 516

Zubir masih berbelah bagi hatinya untuk membantu Gaffar seperti yg disuruh Sup Amin .Dia menelefon Rina pula. Dia menceritakan apa yg telah terjadi. “Tuan! tak apa kita pergi aja lah, kita tengok macam mana keadaan dia. Memang kita marah dgn dia tapi demi family dia yg tak bersalah tu. Marilah kita tengok ”Rina cuba memujuk Zubir. “Awak punya pasal saya ikut lah Rina, tunggu saya didepan rumah awak nanti saya jemput” Kata Zubir dan terus mengambil kunci keretanya.

Dirumah Gaffar, Sup Amin berkumat kamit mulutnya membaca apa yg dia ingat untuk membuat hantu itu tidak menyerang Gaffar yg nampak semakin panik. Seluar nya dibahgian depan ternampak telah basah, mungkin dia terkencing sedikit kerana takutnya itu. “Tuan Amin tolong lah, jangan biarkan saya mati bunuh lah setan ni. Saya tak mau dia lagi halau dia” Gaffar merayu. “Tunggu Zubir datang.

Bersabar la saya cuba hentikan serangan nya dgn bacaan ayat² qur’an awak tu baca juga lah apa yg awak, ingat baca” Sup Amin menyuruhnya baca apa saja ayat² yg dia ingat dikepalanya. “Saya....saya dah tak ingat semua saya lupa, dah lama saya tak solat tuan” Gaffar hampir menangis. Isteri dan anak²nya hanya mengintip dari bilik mereka. Zubir dan Rina pun muncul didepan pintu.

Mereka merenung hantu itu. Hantu itu berpusing pada Zubir dan Rina. Lidahnya terjelir keluar. Dia bergerak ke arah Rina. “Rina jaga² tu dia nak serang awak...awak ke tepi biar saya yg hadapi dia!” Zubir pun mengeluarkan keris kecil itu dan membaca kalimah ta’awuz dan meniup padanya. Dia mengangkat keris itu ke atas. Bila hantu itu nak serang Rina, Zubir pun melompat ke leher hantu itu dan menebuknya dgn keris itu.

Darah hitam terpancut keluar dari tikaman keris itu. Rina pun mengambil kesempatan dgn melibas tasbih putihnya ke mata hantu itu. Dia menahan kepanasan dimatanya. Setelah dia tergolek dan jatuh atas lantai, Sup Amin pun menyembur dia dgn ayatul kursi ke tubuh hantu itu. Dgn penangan dari tiga individu itu, akhirnya hantu itu terduduk dan mengangkat kedua tangan nya tanda tak berdaya melawan lagi.

“Siapa kau dan siapa tuan kau?” Zubir bersuara lantang . Hantu itu dgn perlahan menunjuk jarinya kearah Gaffar. Gaffar tunduk malu. “Tidak! saya bukan tuan dia lagi, saya tak nak dia lagi. Bunuh dia, dia hantu dari Pattaya saya hanya gunakan dia” Gaffar berkata dgn terketar² suaranya. “Gunakan dia untuk apa Gaffar? untuk menyusahkan kita semua?

Kau tergamak buat demikian padahal kami tak pernah ganggu hidup kau selama ini walaupun perangai kau kadang² lebih dahsyat daripada hantu ini” Sup Amin marah2. “Maafkan saya tuan, Zubir dan Rina saya mintak maaf dgn tulus hati saya. Saya tak akan buat perkara macam ini lagi. Saya memang cemburu dan sakit hati dgn Zubir kerana pangkat selama ini saya buta mata dan hati maafkan aku Zubir” Gaffar pun memeluk Zubir sambil menangis.

Zubir menolak nya ke tepi. Dia masih marah pada Gaffar. “Aku punya marah kau belum lihat lagi Gaffar, aku kalau marah akan bertindak lebih dahsyat dari kau. Kau belum tahu lagi perangai aku yg sebenarnya selama ini aku pun cool walaupun kau cuba buat macam² pada aku” Zubir merenung muka Gaffar yg nampak renyuk itu. “Aku orang baru pun kau nak lanyak juga padahal aku baru datang kat pejabat itu kau tak hormat langsung dgn tuan Amin ni” Rina pun memarahinya.

“Kalau kau nak tahu Gaffar, Zubir ini bukan calang² orang dia cucu dan anak kepada pendekar dan guru kebatinan yg terkenal pada masa lalu dan Rina ini anak kepada seorang guru silat dari Batu Pahat..kau nak cuba main² dgn mereka? kau salah orang selama ini aku ambil diorang untuk unit itu sebab diorang berkelayakan aku yakin pada mereka berdua” Kata Sup Amin. “Aku yg salah! aku mintak maaf sekali lagi terima kasih kerana menolong aku, habis hantu ni macam mana pula? dia masih terduduk disitu nama dia NangKrolok” Kata Gaffar sambil melihat hantu itu.

“Hei! Nangkrolok aku akan lepaskan kau tapi kau mesti habiskan orang2 disana supaya mereka tak buat kerja2 kotor lagi pada orang lain kau habiskan mereka panggil kawan2 kau semua menghabiskan mereka" kata Zubir dgn tegasnya pada hantu itu. “Suruh dia bunuh sami kuil tu dan juga orang yg bernama Suthadeep dialah punca semuanya” Kata Gaffar lagi.

"Kau dengar itu NangKrolok? kau habiskan mereka semua jangan ada yg tinggal aku akan pantau kau, aku boleh lihat segalanya dgn mata batin aku!” Zubir memerintahkan hantu itu. Hantu itu pun bangun dgn perlahan sambil memandang Zubir dan mengangguk kepalanya. Dia pun hilang dari situ. “Sudah lah Gaffar kau bertenang sekarang, kau tengok sendiri siapa yg membantu kau? orang² yg kau benci selama ini dah tak ada apa² lagi. Kami pun nak pulang ada apa2 call saya” ketiganya pun meninggalkan rumah Gaffar.

Isteri dan anak2 Gaffar pun keluar dari bilik lalu memeluk Gaffar yg masih menangis dalam sesalan nya. Esok harinya, Gaffar telah keluar rumah lebih awal dari biasa. Dia bercadang untuk membelanja semua yg membantunya malam tadi dgn membelikan sarapan untuk mereka. Dia ke kedai mamak diseberang itu dan membeli banyak keping roti canai dan juga minuman. Dia terus membawa ke pejabat.

“Mari semua sarapan, aku belanja korang semua Zubir Rina! ambil lah makan” Robert Lim seperti tidak percaya bahawa Gaffar telah memanggil Zubir dgn suara yg lembut dan tidak berbunyi sinis lagi. Yang lain pun memandang wajah masing2 melihat Gaffar membawa makanan begitu banyak untuk diberikan pada mereka.

“Wah! betul kah itu Gaff atau aku yg sudah mau jadi gila atau dia yg sudah gila? Pagi ini dia banyak bagus lah, belanja orang makan lagi wah ni macam loteri aku boleh menang lah” Kata Robert yg masih kehairanan itu. “Gaffar tak perlu lah ini semua cukup lah dgn perubahan diri kau tu itu lebih baik.” Zubir muncul dari biliknya sambil mengambil sekeping roti canai diatas meja.

Rina pun datang membawa pinggan plastik dan isi dgn roti canai juga. Sup Amin hanya tersenyum melihat itu semua. “Lepas sarapan ni awak dgn Rina jumpa saya kat ofis, makan lah dulu sampai kenyang Gaffar dah belanja kan Zubir?” Sup Amin memandang Gaffar. Setengah jam kemudian dibilik pejabat sup Amin

“Zubir Rina sekarang masalah dgn Gaffar dah selesai, Baharom pun dah ikut ubah watak. Saya ada satu lagi assignment untuk awak berdua” kata Sup Amin. “Hantu apa pulak yg muncul tuan, lokasi mana?” Zubir bertanya. “Oh! kali ni bukan hantu yg awak akan hadapi atau interview ikut kata istilah awak berdua tapi orang bunian” Sup Amin tersenyum.

“Orang bunian tuan? orang halus lah tu?” Rina jadi terkejut mendengar itu. “Ya ke tuan itu orang bunian? kita nak halau atau lawan mereka?” tanya Zubir pula. “Tak payah berkasar dgn mereka, cari tahu tentang mereka” kata sup Amin. “Cari tahu macam mana tuan? mengintip mereka ke?” Zubir berkata.

"Tak, ini ada laporan dari seorang jiran dirumah yg ada melihat penampakan bunian itu katanya dia betul² melihat sosok bunian yg datang rumah itu dia tidak berbohong, katanya telah dua kali dia terlihat orang halus itu dirumah itu. Korang berdua jumpa pak haji tu dulu, soal dia dgn detail pasal penampakan dia tu” kata sup Amin.

“Lokasinya tuan, erm alamat rumah itu?” Zubir ingin tahu alamat yg disinggah bunian itu. “Nah! ni dia alamatnya ”lalu sup Amin pun memberikan sekeping kertas dgn alamatnya tertera disitu. “Eh! ni macam” Zubir kenal akan alamat itu,” dia pun menyimpannya didalam poket jaketnya. “Kenapa tuan? macam nampak terkejut aja?”kata Rina.

“Erm! tak ada apa² ok, tuan Amin malam nanti kita singgah rumah tu. Saya akan interview pak haji tu dulu” Kata Zubir. Selepas pulang dari kerja Zubir bersiap untuk ambil Rina dirumah nya untuk ikut bersamanya. Mereka bertolak selepas maghrib. Didalam kereta Rina perhatikan bahawa Zubir tak banyak bicara seperti biasanya.

“Diam je tuan? tak ada mood nak berbual ke?” tanya Rina. “Rina, bila saya lihat alamat itu saya terkejut lah sebab alamat itu adalah alamat sepupu saya. Saya ingat lagi alamatnya Jalan 8 Taman Melati. Itu lah alamat sepupu saya yg baru berkahwin dua bulan yg lalu. Saya datang ke pernikahannya aritu kenapa sup Amin suruh check rumah dia?

Dan interview jiran sebelah tu untuk cari cerita darinya?” Zubir merasa pelik. Tiba di lokasi rumah itu, Zubir terus tekan bell rumah jiran sepupunya. Seorang pak haji keluar untuk membuka pintu gate. “Tuan haji Mukhlas? saya Zubir dan ini Rina, tuan Amin suruh saya jumpa pak aji dulu sebelum ke rumah sebelah tu” kata Zubir. “Oh! ya masuk dulu nanti saya ceritakan semua” kata pak Haji itu.

Setelah semuanya duduk mulalah pak haji Mukhlas bercerita. “Satu malam tu bila saya nak ambil wudhu’ nak solat hajat, masa tu dah pukul 2 pagi saya jenguk kat luar untuk tengok langit kalau hari nak hujan ke tidak. Tiba² saya nampak ada dua cahaya hijau macam timbul dari awan dia turun terus masuk kat rumah sebelah tu. Saya pun tengok lagi takut tu cahaya jin yg masuk.

Bila saya jenguk saya nampak ada dua orang laki² berpakaian serba indah, pakaian yg bukan dari dunia sini saya percaya itu orang halus. Orang bunian lah senang cakap dia sedang berbual dgn orang sebelah tu dgn isterinya sekali duduk bersama mereka. Setelah hampir 20 minit, kedua orang halus itu pun menjelma jadi cahaya semula dan melayang ke awan dan terus hilang dari pandangan mata.

Dah dua kali saya alami perkara ni, saya pun telefon lah Amin dia tu saya kenal waktu tinggal kat Selayang dulu” kata pak haji Mukhlas. “Ok pak Haji Mukhlas, terima kasih banyak² kerana berikan informasi ini. Saya nak ke rumah sebelah pulak, itu rumah sepupu saya sebenarnya” kata Zubir. Pak haji jadi terkejut bila tahu jirannya adalah sepupu Zubir. Zubir pun tekan bell.

Seorang laki keluar setelah membuka pintu, dia terkejut melihat Zubir berdiri dipintu gate. “Eh! kau Zubir ada apa malam² ni datang? nak jemput kahwin ke? itu girlfriend kau ke?” kata laki itu lepas melihat Rina disitu. “Eh! bukan lah, itu partner aku, dia pun polis...sekarang aku nak interview kau pulak tentang penampakan bunian kat rumah kau” kata Zubir.

Laki² itu memandang muka Zubir. “Macam mana kau tahu tentang bunian tu? siapa beritahu kau?” Laki itu nak tahu.“ Bakhtiar aku bukan tak kenal kau, kau tak pernah cakap bohong sejak kecil lagi. Betul tak ada orang bunian datang kat rumah kau ni?mana bini kau?” Zubir bertanya. “Halimah ooo Limah mari kejap, ada orang nak jumpa kau” dia memanggil isterinya.

“Eh! abang Zubir dan ni siapa?” Halimah pandang Rina. “Ni Rina, Limah betul ke orang halus atau bunian datang kat rumah korang berdua?” Zubir bertanya untuk kepastian lagi. “Itu bukan orang bunian, itu abang Hakim dia telah menjadi bunian sekarang. Dia datang nak bincang tentang Limah dan Bakhtiar untuk berhijrah ke alam sana ke alam mereka” kata Halimah.

“Hah?” Zubir memandang muka Rina dan keduanya menjadi bingung dan hairan mendengarkan cerita itu. “Nak hijrah ke alam bunian??” Zubir macam kurang percaya kata² Bakhtiar tadi.

SEKIAN LAH CERITANYA TERIMA KASIHl

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience