Completed
516
Zubir dan Rina pun temu ramah kesemua pesakit dan juga staf yg berkait dgn penampakan hantu itu. “Aci lu nampak apa dalam toilet itu..?”Rina bertanya pada seorang auntie berbangsa India yg bekerja sebagai pembersih tandas ditingkat 6 hospital itu. “Ayo..amma appa dia hitam punya, badan banyak kurus mula2 saya nampak ada macam orang jalan macam kura2..saya ingat itu pencuri..jadi saya kejar sama dia bawak itu broom...sekali saya tengok dia muka hitam..lidah banyak panjang..dia jilat itu darah cadar kotor punya saya pun takut, saya panggil nurse..datang mari dia takda lagi...ayyo itu macam mana boleh kerja lagi banyak takut lah..”kata Aci itu . Oh jalan merangkak lah..macam cicak..?dia jilat itu darah dekat itu cadar orang bekas beranak punya..?” Rina bertanya.,
“Bukan orang beranak punya itu darah orang mati accident darah banyak keluar..ayyo takut lah saya besok mau resign.” Aci tu tepuk dahinya berkali kali. Kemudian Rina bertanya pula kepada seorang kakak yg bertugas sebagai nurse disebuah bilik ward pesakit kronik. “Apa yg kakak nampak sewaktu buat round tu?”Rina ingin tahu cerita darinya. “Tu lah akak buat round macam biasa, waktu tu pukul 2 pagi..ada patient yg kena makan ubat jadi akak round sambil tolak kereta ubat lah..masa tu akak sorang lagi satu nurse ada kat ward sebelah sebab malam tu tak cukup nurse jadi kami berpecah...bila akak sampai kat satu katil ni..katil nyonya tua, ada satu benda hitam sedang duduk atas katil ward tu nyonya tu dah tidur tak sedar ada benda kat katil dia bila akak nak dekat..benda tu pusing muka dia seram giler, muka dia hitam, rambut panjang, lidah terjelin n mata dia merah pandang akak.
Akak pun rasa takut sampai nak terkencing..akak pun lari lah jumpa kawan kat sebelah tu dan akak beritahu dia n dia pun panik kitorang call doktor yg bertugas malam tapi doktor tak jawab. kita berdua pun takut lah sampai menggigil...nak buat kerja pun terganggu" kata Kak Hasyimah nurse itu pada Rina. “Ok, benda tu hitam lah dan rambut dia panjang?” Rina menulis deskripsi makhluk hitam itu disebuah buku kecil.
Tak jauh dari situ, Zubir pula sedang berjumpa dgn pesakit lelaki dibahagian ward sakit kronik juga. “Pakcik..maaf ya saya nak tanya sikit, pakcik nampak apa malam semalam?” Zubir bersedia untuk menulis cerita pakcik itu. “Pakcik nak bangun pergi tandas, nurse pun tak nampak kat meja tu..jadi pakcik pun bangun nak pergi sendiri sebelum pakcik sampai kat tandas tu, ada benda yg keluar dari toilet tu pakcik jadi takut” kata pakcik itu. “Pakcik nampak apa??” Zubir bertanya. “Ada makhluk hitam, badan dia kurus macam dah tinggal tulang, rambut panjang sampai kaki, lidah dia panjang berbelit belit sampai pusat, dia bunyi macam suara anjing yg nak terkam orang tapi perlahan ja..pakcik pun baca lah apa yg pakcik ingat. Dia pun terus merangkak keluar pintu itu pakcik tergamam tak jadi kencing.
Bila nurse datang pakcik ceritakan pada dia dan dia kata itu kesan pil morfin yg pakcik makan untuk tahan sakit sebab tu boleh nampak ilusi macam2 katanya, itu lah ceritanya. Saya dah suruh anak saya tukar hospital tapi tak nak kat sini...takut benda tu buat kacau lagi..”kata pakcik sambil beristighfar. “Ok, terima kasih pakcik”maka Zubir pun mencari Rina untuk mengetahui perkembangan cerita dari nya pula.
“Macam mana tuan? cerita makhluk hitam juga?”Rina bertanya. “Ya...kebanyakan nya bercerita telah nampak benda yg sama. Tu makhluk apa ya kalau bentuk macam tu?” Zubir berfikir. “Jembalang pelesit dua2 makhluk ni memang suka darah kalau tak pon dia tak tunjuk rupa dia macam tu..kadang2 dia cantik kadang² buruk, apa pendapat tuan..?” Rina bertanya. “Nanti bila saya balik..saya akan tanya pada wak saya yg tinggal tak jauh dari rumah sewa saya. Dia memang mahir pasal benda2 ghaib ni.
kalau dia nak bantu kita kesian pulak dia dah terlalu tua dan mata dia pun dah kabur jadi saya nak tanya pendapatnya sajandan nak tahu juga apa kita nak buat dgn benda2 macam tu...”kata Zubir. Setelah menemu ramah para pesakit dan mereka yg telah ternampak makhluk itu dan menceritakan benda yg sama, Rina dan Zubir pun ingin berjumpa Mr Fernandez di pejabatnya ditingkat satu sebelah lobby. “So how..incik..?” Mr Fernandez terus bertanya. “Kita akan selidik kes ini..so you relax dulu..we will do something ok..?” Zubir menepuk bahu Mr Fernandez. Kedua nya pun meninggalkan hospital itu. Jam telah menunjukkan pukul 6.45 petang.
Mereka terus masuk kereta. “Ni lah kerja ghostbuster macam kita...pertama kali saya handle kes hantu”kata Zubir sambil menghidupkan enjin kereta. “Tu lah tuan...kita dah dilantik menjadi anggota unit hantu ni jadibkena buat kerja lah.” Rina tersenyum. “Alamak dah lewat ni, claim overtime tau Rina? Nanti rugi kita masuk ofis buat report dulu dengan perut kosong, nanti kita pergi makan dulu, ok tak?” tanya Zubir pada Rina. “Kalau nak belanja saya ikut lah...hihi"Rina ketawa.
Tiba di pejabat mereka nampak Sup Amin masih berada dalam biliknya. Dia memandang Zubir dan Rina berjalan masuk. Dia terus bangun untuk bertanya. “Macam mana kes hantu tu? dah dapat apa2 clue?” Sup Amin bertanya. “Semua ceritakan nampak benda yg sama tuan”Kata Zubir. “Bagus, claim overtime ya? saya pun dah nak balik ni...bini dah memekak kat phone suruh balik cepat...”kata Sup Amin sambil memandang jam tangan nya. “Tak nak ikut kita pergi makan tuan?” tanya Zubir. “You berdua carry on lah..saya nak balik cepat ni okjumpa besok" Sup Amin pun mengunci pintu pejabatnya lalu berjalan ke ruang carpark.
Rupa2nya Gaffar dan Robert Lim masih berada di meja mereka. Gaffar memerhatikan Zubir dan Rina berjalan masuk ke ofis Zubir. “Eh! Robert, tengok tu Zubir dgn orang baru tu dua² masuk ofis nak buat kerja lah tu”Kata Gaffar. “Alamak, you Gaffar diorang buat kerja yg betul masuk ofis pun jadi salah kah? you punya otak macam udang punya otak...you sudah tak suka sama dia macam2 cerita you kasi cakap, apa lah you Gaffar orang islam cakap haa tobat lah...tobat lah..”Robert memarahi Gaffar.
Seterusnya, Zubir dan Rina pun berjalan ke kereta untuk pergi makan. Gaffar memandang lagi pada keduanya. Dia memang merasa sakit hati dan cemburu dgn kedudukan Zubir setakat ini. “Nanti lah, bila aku pergi cuti kat Pattaya nanti... tengok la aku ada kawan yg boleh tolong aku lingkupkan Zubir ni”katanya dalam hati. Zubir dan Rina duduk di sebuah restoran Thai yg tak berapa ramai pelanggan yg ada didalamnya. Sambil menantikan makanan datang , mereka pun berbual dan berbicara tentang isu kes2 hantu dan tugas yg diberikan pada mereka berdua. “Kenapa Sup Amin adakan unit hantu ni ya tuan?” Rina bertanya tentang unit yg ditubuhkan itu. “Saya rasa unit ni sengaja ditubuhkan Amin tu...adalah sebabnya dia tubuhkan unit ini tapinsaya rasa tak cukup kita berdua yg berada dalam unit ni patut dianggotai ramai lagi pegawai2 yg mampu buat kerja macam yg kita buat ini.
Saya rasa kita berdua tak cukuplah jika nanti ada banyak² kes yg datang...unit ni macam pelik sikit lah” kata Zubir sambil menghirup jus tembikai susunya. “Tak apa lah, tuan kita buat dulu apa yg disuruh mungkin ada hikmahnya semua ini”kata Rina. “Awak duduk dgn siapa sekarang?kat Gombak tu” Zubir tersenyum sambil bertanya. “Tahu aja saya tinggal mana ya tuan? kat rumah ada mak 2 adik perempuan dua, atuk dgn nenek tinggal sama rumah ok lah, rumah arwah bapak tubdia beli semasa masih polis dulu tuan dok mana tuan?” Rina memandang Zubir. “Oh! erm..saya tinggal sendiri kat rumah sewa dekat Kampung Bharu, dulu tinggal dgn family tapi oleh kerana asyik terperangkap dalam jem tiap pagi nak pergi ofis...saya pun carilah rumah sewa. Rumah tu pun kawan saya yg rekomen ok lah so far ”kata Zubir.
“Cepatlah cari jodoh supaya tak hidup kesunyian selamanya”kata Rina. “Jodoh bukan senang nak cari sebenarnya, saya pun pernah bertunang gadis sama kolej dulu selepas 3 tahun bersama dia dah bosan lah agaknya dgn saya yg asyik kerja sepanjang masa, nak keluar dating pun tak ada masa. Awak pun sama kan macam gitu? tunang bosan dgn sikap kita yg terlalu sibuk selalu kan?” Zubir tersengih. “Alah, apa nak bosan2 dgn hidup ni? banyak lagi boleh kita lakukan daripada termenung fikir pasal cinta”kata Rina. “Betul tu Rina, sekarang kita fokus pada tugas baru kita ni cari hantu...jadi ghostbuster...tak lagi bosan hidup ni...”Zubir melawak.
Keduanya sama² tersenyum. Gaffar yg bersama dua teman nya pula ternampak Zubir dan Rina berada dalam restoran itu. Dia tak sangka boleh bertemu mereka berdua malam itu. Dia sebenarnya nak ke Mall mencari barang2 elektronik untuk channel youtube nya. “Hey korang...tu lah orang yg aku selalu cakap tu, kat dalam restoran tu perempuan tu baru datang kat pejabat kita...ngada2 lah aku tengok Zubir sejak ada polis perempuan tu..meluat lagi aku dibuatnya..”kata Gaffar sambil meludah.
“Kau ni jeles sangat lah biar lah diorang tu, kau tu jagalah bini kau kat rumah tu”kata Jalil teman nya. “Eh! Jalil, Fuad..bulan depan aku nak bercuti ke Pattaya nak ikut aku?" kata Gaffar. “Buat apa pergi Pattaya?nak cari awek kat sana? bini kau kurang cantik ke? kau baik² kat sana yg kau sangka perempuan tu sebenarnya mak nyah siam. Sama ja bentuk diorang kat sana, suara aja yg lain..”kata Fuad pula. “Hessy, merepek lah korang aku nak jumpa Suthadeep, kau ingat dia kan?'’Gaffar berkata.
“Suthadeep? dia tu kan tukang ubat juga paranormal siam tu eh kau jangan main2 dgn dia
...dia ada simpan hantu dan makhluk2 aneh..kau buat apa nak jumpa dia pulak Gaff?" Jalil menjadi curiga dgn tujuan Gaffar berjumpa laki² siam itu. “Adalah, aku ada urusan nak jumpa dia urusan peribadi” Gaffar tersengih. Setelah menghantar Rina pulang ke rumahnya, Zubir ingin berjumpa wak nya. Dia memang kebetulan tinggal tak jauh dari rumah sewa nya. Setelah sampai di rumah wak dia tu.
“Haa..Zubir...ada apa nak jumpa wak?” tanya wak nya yg bernama Dafir. Dia pun menceritakan tentang tugas barunya pada wak nya yg dulu nya juga seorang pengamal ilmu perubatan di masa mudanya. Wak Dafir memandangnya dgn wajah bimbang. “Tugas kau ni bukan senang kau berhadapan dgn musuh yg tak nampak..lagi bahaya daripada penjahat yg kau pernah tangkap tu..ini tak boleh buat main2...aku dapat signal yg tak baik bahawa kau pun ada musuh dalam selimut di tempat kerja kau tu..berhati-hati la semasa bekerja tu” kata wak nya.
“Musuh? jangan² si Gaffar kepoh tu tak?..dia memang kurang ngam dgn aku" fikir Zubir dalam hati. “Kau datang besok malam..kan besok malam jumaat.? Kau balik kerja terus datang sini..ada benda yg aku nak beri pada kau. Hantu hitam tu pasti akan lari melihat benda yg aku nak kasi kau tu ok besok?” wak nya berkata. “Ok wak..besok saya datang lagi, saya balik dulu..”kata Zubir dan terus memasuki keretanya.
Share this novel