BAB 7

Family Completed 1694

Ucu, perkataan yang terkeluar dari mulut Aiman dan Arif. Namun Mala menumpukan perhatian pada orang yang dilanggarnya. Maafkan saya makcik, itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Mala.

Nek Mah dengan tenang tidak memarahi Mala tetapi masih bertanyakan dimana cucu-cucunya. Aiman, Arif dan Ummi menghampiri Nek Mah, orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Mala meriba kepala Nek Mah, keadaannya semakin nazak. Nek Mah memegang tangan dan menjelaskan kepada Aiman bahawa Tok Kadir adalah seorang yang baik dan tidak tahu bagaimana boleh mengidap HIV.

Mendengarkan itu, Mala bersuara dengan memohon maaf pada Aiman, Arif dan Ummi. Selama ini dia meninggalkan mereka tika itu kerana mengetahui kakaknya, iaitu ibu kepada anak-anak buahnya itu mengidap HIV dan meninggal kerana penyakit itu.

Aiman merasa bersalah, dan terkejut dengan perkhabaran itu. Dia meraung-raung memohon maaf pada Nek Mah. Dia teringat kejadian Tok Kadir menghisap lukanya tika menjahit jala tempoh hari. Aiman memeluk erat Nek Mah. Mencium Nek Mah semahunya dia.

Nek Mah memegang tangan Mala dan meminta agar Mala menjaga cucu-cucunya. Kerana dirasakan hayatnya akan berakhir. Dalam keadaan dukacita itu, Nek Mah telah pergi meninggalkan semuanya dan menuju kepada PENCIPTANYA.

Bahu belakangnya disentuh, Aiman tersedar dari lamunannya. Kini dia semakin menderita dengan penyakit ini. 9 tahun bertaruh nyawa bertahan, dia tidak tahu samada dia masih mampu bertahan atau dia akan dipanggil pulang padaNya pada bila-bila masa.

Tak terbalas jasanya pada Arif yang sanggup menjaganya hingga kini. Ariflah yang banyak memberi semangat dan membawa Aiman ke mana sahaja setiap kali program berkaitan masalah Aids diadakan oleh mana-mana NGO. Dengan maklumat yang diperoleh, dan pengalaman yang dilalui, Aiman membukukan kisahnya.

Harapannya Cuma satu, semoga dengan buku yang dihasilkan, pendapatan itu nanti dapat disalurkan untuk anak-anak HIV sepertinya. Kerana mereka adalah anak yang tidak berdosa.

Walau tubuhnya semakin melemah dan waktu terus berdetik untuk dia menyahut panggilan Illahi, sungguh dia bersyukur, kerana dalam waktu-waktu yang tersisa di dunia ini, di saat dia merasa sehina-hina dan jijik pada diri sendiri masih ada sayang yang diraihnya dan sayang itu yang memberikan semangat dan kekuatan untuknya terus hidup dan redha. Mereka bagaikan ejen electrify, pengecas tenaganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience