BAB 6

Family Completed 1694

Doktor bertanya tentang cara kehidupan Tok Kadir bagi mengenalpasti bagaimana Tok Kadir hingga positif dihidapi HIV positif. Apabila mendengar cerita dari Nek Mah, doctor mencadangkan agar ujian darah dilakukan terhadap Nek Mah, Aiman, Arif dan Ummi. Walau dalam keadaan terpinga, cucu-cucu Nek Mah terus melakukan ujian darah.

Keadaan Tok Kadir semakin serius, semua ubat bantuan untuk menahan mengurangkan kesakitan pada badannya tidak lagi berkesan. Doktor juga telah tiada daya untuk membantu. Denyutan nadi semakin lemah, akhirnya Tok Kadir menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Nek Mah menangis semahunya namun ditenangkan oleh doctor dan jururawat yang berada disitu. Arif dan Ummi memeluk atuk mereka.

Tiada lagi tawa seorang atuk untuk mereka, tiada lagi yang membawa mereka menaiki sampan, tiada lagi kasihnya seorang bapa yang ditumpang dari seorang atuk. Aiman menjauhkan diri. Dia fikir, HIV itu akan dijangkiti melalui sentuhan, maka jururawat memujuknya menerangkan tentang cara HIV itu dijangkiti. Sentuhan sama sekali tidak akan membolehkan HIV itu berjangkit.

Jenazah dibawa pulang, diuruskan oleh Haji Rahman dan orang-orang kampung. Nek Mah cuba menguatkan hati dan dirinya, kerana masih ada tanggungjawab untuk dia galas. Usai pengkebumian, diadakan sedikit majlis tahlil itu dengan bantuan dari Pak Usop dan Haji Rahman sekeluarga. Sunyi sudah rumah using ini, desis hati Nek Mah.

Tiada lagi tiang seri yang menjadi sumberkekuatan dikala kekusutan datang. Namun Nek Yah sentiasa ingat pesan arwah, bahawa pertolongan itu bukan dari manusia, tetapi dari Allah Cuma perantaraannya adakalanya dari manusia.

Hari ini hari Selasa, Nek Mah dan cucu-cucunya telah tiba di hospital sejak awal pagi lagi. Hari ini adalah hari untuk mengambil keputusan darah tempohari. Alangkah terkejutnya Nek Mah apabila sampul dibuka terlihat nama Aiman mempunyai HIV positif.

Aiman menjadi berang, disumpah-sumpah arwah datuknya kerana meninggalkan penyakit itu padanya. Ditenangkan oleh Nek Mah, namun syaitan telah menguasai dirinya. Aiman menumbuk-numbuk dinding tanda protes.

Nek Mah membawa Aiman keluar dan diikuti cucu-cucunya yang lain untuk pulang dan tidak berbuat masalah di kawasan hospital.

Sewaktu hendak melintas jalan, Nek Mah melihat sebuah kereta seakan akan melanggar Aiman, segera ditolak cucunya dan akhirnya Nek Mah dilanggar. Berlumuran darah kepala Nek Mah. Pemandu kereta berkenaan keluar sambil menunjukkan riak cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience