BAB 4

Family Completed 1694

Kini mencari pada kawasan terkoyak yang lain pula. Mungkin kerana tidak melakukan dengan lebih cermat, tusukan jarum itu tertusuk ibu jarinya. Dia mengadu kesakitan. Segera darah yang memancut keluar itu, dihisap oleh Tok Kadir, dan cepat-cepat arahan dikeluarkan agar Nek Mah membawakan minyak gamat untuk disapukan kepada Aiman.

Nek Mah mengomel memarahi Tok Kadir kerana membenarkan cucunya itu membantu menjahit jala. Sayangnya tiada tandingan. Arif juga menyampuk memarahi abangnya kerana tidak berhati-hati walau sebenarnya Arif sedikit iri kerana Tok Kadir hanya membenarkan abangnya mencuba menjahit jala, sedangkan dia ditegah dengan alasan, Arif masih kecil. Nek Mah mengambil sisa kain perca dan diikat ibu jari Aiman agar darah tidak terus mengalir.

Pagi itu mereka ke sekolah, tapi hari ini dengan berelipar sahaja memandangkan tengkujuh melanda kampong mereka. Dan pagi itu juga tanpa mengira cuaca Tok Kadir turun juga ke laut. Mana mungkin Tok Kadir gerunkan hujan. Jika tidak pasti dia tidak berumah di tepian pantai.

Semua itu adalah asam garam hidupnya. Ditekadkan azam untuk pergi jua menangkap ikan kerana selain Nek Mah masih ada 3 malaikat kecil yang harus diberi makan.

Tok Kadir yakin pada doanya pada Allah, agar memudahkan segala urusannya pagi itu. Apatah lagi dia semakin disuntik semangat untuk berusaha apabila melihat cucu-cucunya kini sering mengajaknya solat berjemaah bersama.

Tiap kali bersalaman dirasakan kasih saying itu semakin kuat. Dan dipanjatkan rasa syukur atas nikmat ini kerana di sisa-sisa usianya, Allah masih memberikan peluang untuk dia mendapat kasih sayang dari insan bergelar cucu. Dan paling dia tidak lupa Ummi cucu perempuannya ingin sekali makan ketam khabarnya.

Arif tiba-tiba sahaja menyatakan hasrat untuk menziarahi makam orang tua mereka kepada Aiman. Namun takut untuk diluahkan kepada datuk dan neneknya, bimbang nanti, datuk dan neneknya terbeban memikirkan wang untuk ke Kuala Terengganu yang agak jauh dari kampung mereka. Namun disampaikan pada Aiman dengan harapan agar abangnya itu mampu membawanya pergi ke pusara ayah dan ibunya.

Aiman banyak termenung di dalam kelas hari itu. Tidak sampai hatinya untuk menghampakan hasrat adiknya itu. Tumpuan bukan lagi pada subjek yang dipelajari, namun tertumpu pada luahan adiknya Arif tika waktu rehat sekolahnya tadi.

Mala, Ucu kepada anak-anak yatim tadi, menangis tersedu-sedu tatkala mengenangkan nasibnya yang ditinggalkan suami kerana tidak mampu untuk memberikan zuriat buat suaminya. Dia diceraikan begitu sahaja tanpa belas kasihan. Itulah kata pujangga, “whats around, comes around”, dan “ what you give you get back”.

Tatkala itulah baru Mala teringatkan apa yang telah dilakukan terhadap anak-anak kakaknya yang kini menjadi yatim piatu.

Keadaan masih hujan renyai. Alhamdulillah ada ketam untuk dibawa pulang. Pun begitu, Tok Kadir merasakan tidak sedap badan dan kepalanya berat sekali. Setelah mendapat apa yang dihajati oleh cucu perempuannya, dia cepat-cepat memusingkan semula arah sampannya untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience