BAB 5

Family Completed 1694

Setibanya di rumah, tanpa bercakap sepatah pun, Tok Kadir terus membersihkan dirinya lalu menunaikan zuhur kemudian terus melelapkan mata. Bukan kerana letih atau jerih, tapi kerana badannya yang bias-bisa.

Nek Mah segera mendekatkan tangannya ke dahi Tok Kadir, tidak panas, namun sangat sejuk. Dia segera ke rumah Pak Usop untuk meminta pertolongan untuk menghantar Tok Kadir ke hospital yang terdekat. Tanpa berlengah lagi, Pak Usop membawa Nek Mah dan Tok Kadir, diikuti cucu-cucu mereka ke hospital yang berhampiran.

Sampai sahaja di hospital, dan kerana factor usia emas itu, Tk Kadir dimasukkan ke wad kecemasan. Pucat sekali wajah Tok Kadir tika itu. Untuk mendiagnos penyakit yang menimpa Tok Kadir, doctor telah menjalankan ujian darah ke atasnya.

Tok Kadir ditahan di wad. Tekanan darahnya tidak mengizinkannya untuk pulang. Kini Tok Kadir tidak banyak bercakap. Menyerahkan saja dirinya untuk diperiksa dan dirawat. Kelihatan Tok Kadir diam seribu bahasa.

Namun dalam kebisuan itu, dia sempat membisikkan kepada Nek Mah untuk memasakkan ketam untuk Ummi. Nek Mah mengangguk dalam tangis. Sepanjang usia perkahwinannya dengan Tok Kadir, tidak pernah dia melihat Tok Kadir selemah ini.

Waktu melawat telah tiba di penghujung. Nek Mah dan cucu-cucunya menuruti Nek Mah dan Pak Usop untuk pulang. Nek Mah kelihatan begitu bimbang sekali. Namun dia juga harus tunaikan impian suaminya untuk sediakan sup ketam untuk cucunya.

Malam itu walau dapat menjamah lauk yang diingini semuanya makan dalam keadaan yang tidak ceria dan tiada tawa. Nek Mah mengajak cucu-cucunya menunaikan solat bersama-sama diimamkan oleh Aiman. Selesai solat, doa dipanjatkan dalam tangis ditemani hujan yang sangat lebat dan berharap malaikat juga mengaminkan doa mereka. Dan semoga esok cepat tiba.

Haji Rahman berkunjung ke rumah Nek Mah pagi itu. Alang-alang sudah ke rumah Nek Mah bertanyakan khabar, diajaknya Nek mah ke hospital bagi menziarahi suaminya, Haji Rahman juga memahami situasi Nek Mah yang tidak punya sesiapa untuk diajak ke hospital kerana setiap pagi Pak Usop mengambil upah mengait kelapa di kebun milik Haji Rahman.

Haji Rahman juga mendapat berita ini melalui Pak Usop. Setelah siapkan bekalan dan baju untuk dibawa ke hospital, mereka pun bertolak menuju ke hospital.

Tiba sahaja di pakiran rumah sakit itu, masing-masing keluar dari dalam kereta menuju ke bangunan Blok A yang menempatkan wad-wad bagi pesakit yang ditahan untuk rawatan di wad. Katil Tok Kadir Dihampiri. Nek Mah bertanyakan khabar suaminya untuk hari ini.

Soalan yang sama meniti pula dibibir Haji Rahman. Dengan keadaan yang lemah longlai, jawapan yang diberikan bukanlah jawapan yang ingin didengar, jawapannya adalah badannya makin sakit dan kepalanya pusing.

Doktor datang mendekati mereka. Doktor ingin bercakap dengan Nek Mah. Keputusan darah telah diketahui. Rupa-rupanya Tok Kadir dijangkiti HIV positif. Terkejut dengan perkhabaran yang tidak dapat diterima akal itu, penafian dibuat oleh Nek Mah. Mana mungkin suaminya yang baik ini mengidap HIV. Masyaallah, beristiqfar panajang Nek Mah dan Haji Rahman mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience