BAB 3

Family Completed 1694

Berbeza pula dengan Ummi yang tidak dapat melihat dan didukung oleh Tok Kadir. Nek Jah memberitahu Ummi, Nek Jah sedang memilih untuk membelikannya pakaian. Kerana mereka ditinggalkan di tepian jalan sehelai sepinggang.

Usai sudah urusan di pekan, mereka meminta Pak Usop menghantar mereka pulang. Dalamperjalanan pulang, Pak Usop mengingatkan Nek Mah dan Tok Kadir agar berusaha untuk menyekolahkan mereka bertiga.

Gundah di hati Nek Mah tetap ada kerana barusan tadi wangnya telah habis kerana membeli baju basahan, mana mungkin dalam masa terdekat ini dia mampu untuk membelikan baju dan peralatan sekolah, jauh sekali yuran. Aiman Nampak riak gusar itu, lalu dikatakan pada Nek Mah agar tidak mengapa jika mereka tidak disekolahkan.

Tapi Tok Kadir dengan yakin menyatakan bahawa dia akan iktiarkan sesuatu agar mereka mampu untuk disekolahkan. Sampai sahaja di rumah, disuruhnya cucu-cucu angkat mereka membersihkan diri dan duduk atau bermain di rumah. Nek Mah mula memasak dan diajak cucunya untuk membantunya. Diangkat Ummi agar duduk dekat dengannya.

Dihadiahkan ciuman untuk Ummi. Dalam diam hatinya menangis sayu kerana dari cerita yang disampaikan Aiman, kedua orang tua mereka telah meninggal dalam kemalangan. Ucu mereka, iaitu Mala tidak mahu memikul beban ini tambahan pula Pak Su mereka tidak mahu menanggung anak yang bukan dari zuriatnya sendiri. Begitulah kehidupan di dunia inimasih punya yang orang yang baik dan yang jahat. Hidup ini pastinya ada vise-versanya.

Salam diberikan ke rumah Tok Penghulu kampung, Haji Rahman, salam berbalas. Haji Rahman bertanyakan hajat Tok Kadir yang singgah ke rumahnya petang itu. Rupanya Tok Kadir bertanyakan jika Haji Rahman tahu sesiapa yang yang dapat memberikan baju sekolah yang telah tidak dipakai dan disumbangkan kepada cucu-cucu angkatnya.

Menceritakan dari awal tentang apa yang terjadi sepanjang hari ini kepada Haji Rahman. Haji Rahman dengan ikhlas hati sudi untuk memberikan sumbangan baju sekolah serta kelengkapan barang sekolah kepada cucu-cucu angkat Tok Kadir. Inilah rezeki Allah yang datangnya tidak diketahui dan semuanya adalah rahsia Ilahi.

Aiman tidak mahu duduk sahaja, didekati Nek Mah dan ditanyakan tentang apa-apa sahaja kerja yang boleh dilakukan untuk membantu Nek Mah yang telah sudi menerima kehadirannya bersama adik-adiknya. Kerana dalam firasatnya berkata, kasihan sungguh Nek Mah dan Tok Kadir, masihkah mampu untuk menyara mereka sedangkan diri makin dimamah usia.

Namun keringatnya masih muda. Setelah beberapa hari menetap bersama datuk dan nenek angkatnya, dia telah pandai membantu neneknya menyiang ikan untuk dikeringkan dan dijual. Diajaknya adiknya, Arif menemaninya dan dengan itu membolehkannya membawa bakul lebih dari satu.

Namun masalah tetap datang jua, musim tengkujuh telah menampakkan dirinya. Hujan berminggu-minggu itu membuatkan mereka makin kekurangan bekalan dan wang belanja kerana tidak dapat menjaja ikan kering. Jala Tok Kadir juga masih banyak yang terkoyak.

Sedang asyik membetulkan dan menjahit jalanya, datang Aiman menawarkan pertolongan untuk membantu datuknya menjahit jala. Duduk disebelah datuknya dan diteliti bagaimana proses itu dilakukan. Pujian meniti dibibir datuknya itu. Kini giliran dia untuk mencuba, Jahitan di tempat pertama berjaya dilaksanakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience