BAB 1

Family Completed 1694

Arif membawa abangnya menghirup udara sedar di tepi pantai itu. Pantai Kemasik, suatu tempat yang pernah meninggalkan sejarah buat mereka. Cuma bezanya kini, Ummi adik mereka tiada bersama, kerana mengikuti kursus untuk OKU yang cacat penglihatan.

9 tahun berlalu. Pantai ini masih sama, bezanya Cuma penduduknya. Juga tiada lagi insan yang disayangi yang tinggal disitu. Setelah menolak kerusi roda abangnya Aiman, Arif berjalan menuju ke motor pakcik yang menjual aiskrim. Lazat menikmati aiskrim berpanoramakan pantai yang menenangkan.

Aiman merenung jauh kearah pantai Temasik itu, rindunya pada Nek Mah dan Tok Kadir tak terluah dengan kata-kata. Pemergian mereka diredhai, Cuma rasa penyesalan itu masih bermukim di mindanya. Kini hanya doanya yang mengiringi untuk mereka disana.

Desiran pantai itu mendamaikan. Itulah suatu nikmat bagi Tok Kadir dan Nek Mah yang telah lama mendiami kampung nelayan Kemasik, Terengganu. Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman,Terengganu.

Mentari pagi itu sungguh indah. Selepas subuh pagi tadi, Tok Kadir memberitahu pada Nek Mah tentang mimpinya malam tadi dimana Tok Kadir mendapat ikan yang banyak dan dia sangat gembira di dalam mimpinya. Nek Mah pula memberikan telahannya, mungkin ada rezeki dan perkara baik yang bakal terjadi.

Tok Kadir turun ke laut seperti biasa berbekalkan nasi lemak hasil air tangan isterinya Nek Jah bersama air kopi yang masih panas. Mereka percaya setiap hari Allah pasti memberikan mereka rezeki. Jika bukan rezeki mendapat ikan, mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Nek Jah pula perlu segera menyiang ikan-ikan baki semalam untuk dijemur memandangkan cuaca masih cerah. Tambahan pula, usai menjemur ikan kering, Nek Jah akan menjualnya dari rumah ke rumah bersama ikan pekasam yang dibuatnya sendiri.

Beginilah rutin seharian Nek Mah. Perkahwinan puluhan tahun itu belum dikurniakan cahaya mata. Namun utuhnya kasih sayang antara suami isteri ini amat mengagumkan.

Jika ditanya pada Tok Kadir tentang zuriat, pasti dijawabnya, Nabi Zakaria lebih derita, doa seorang nabi dikabulkan selepas 100tahuni bagi punyai zuriat, inikan pula kita hamba biasa. Yang penting doa jangan putus, sabar dan redha.

Mala, wanita berusia 30-an itu yang melalui pantai Kemasik itu mempakirkan kereta betul-betul di tepian pantai. Dibukanya pintu kereta bahagian belakang lantas mengeluarkan 3 orang anak buahnya lalu tanpa ada simpati pada tangis kanak-kanak yang sedang menangis itu, Mala terus masuk semula ke dalam kereta dan meluncur laju tanpa menoleh lagi. Masih ada manusia sekejam itu.

Maka bermulalah dendam dalam hati Aiman, abang yang sulung diantara kanak-kanak yang ditinggalkan tadi. Aiman 12 tahun ditinggalkan bersama adiknya yang lain, Arif 10 tahun dan yang bongsu Ummi yang berusia 6 tahun dan cacat penglihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience