BAB 2

Family Completed 1694

Mala, adik kepada arwah ibu mereka tidak sanggup menyara anak-anak buahnya kerana merasakan bebanan untuk membesarkan mereka dan tidak mahu menanggung beban yang lebih berat dengan menjaga anak buah yang buta.

Kelihatan sebuah sampan sedang menghampiri pantai. Sampai sahaja di pantai, Tok Kadir segera mengikat tali sampannya dan mengeluarkan hasil tangkapannya untuk hari ini. Sedang dia mengeluarkan ikan-ikan dari perut sampannya, datang Aiman dan meminta tolong darinya untuk memujuk adik-adiknya yang masih menangis di tepian pantai itu. Diceritakan kepada Tok Kadir segala yang berlaku.

Perkhabaran yang mendukacitakan itu menjadi perkara yang menggembirakan bagi Tok Kadir. Akhirnya tanpa memiliki anak, namun Tok Kadir mampu mempunyai cucu, 3 sekaligus. Dipanjatkan rasa syukur yang tak terhingga.

Sesungguhnya Allah itu tak pernah tidur dan akan mengabulkan doa, antara cepat dan lambat sahaja, desis hatinya riang.Dipeluknya malaikat-malaikat kecil itu erat sekali. Aiman, abang yang sulung juga kini merasa selamat apabila diketemukan dengan Tok Kadir. Tok Kadir segera membawa cucu-cucu angkatnya pulang ke rumah. Tak sabar rasanya untuk mempertemukan mereka pada Nek Mah.

Sampai sahaja dia di rumah Nek Mah tiada di rumah. Mungkin berjualan ikan kering, telahannya. Cucu-cucunya itu dicedokkan nasi lemak yang masih berbaki di dalam periuk. Aiman dan Arif terus menjamu selera, berbeza dengan Ummi yang masih menunjukkab reaksi gusar dan takut. DIminta Aiman menyuapkan nasi ke mulutnya, Aiman hanya bersuara mengatakan ya, tapi yang menyuapkan makanan ke mulut Ummi adalah Tok Kadir.

Digunakan sudu supaya Ummi tidak perasan siapa sebenar yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Jika digunakan tangan pasti Ummi dapat merasakan perbezaan saiz tangan antara abangnya Aiman berbanding Tok Kadir. Cacat penglihatan ,tidak bermakna tiada dera rasa.

Sedang menjamu selera, Nek Mah pulang dan terkejut melihat ada kanak-kanak mendiami pondok usangnya. Lantas memandang suaminya, Tok Kadir tersenyum lebar dan menceritakan kejadian yang berlaku sewaktu dia pulang dari laut pagi itu. Kini kegembiraan itu beralih pada Nek Mah. Nek Mah pula yang mencium cucu-cucu angkatnya.

Nek Mah berlari-lari anak memasuki biliknya. Dikeluarkan tabung yang bercampur antara wang kertas dan duit syiling. Lalu menyuruh Tok Kadir segera bersiap dan setelah selesai cucu-cucunya menghabiskan nasi lemak di pinggan masing-masing, dia mengajak untuk ke pekan. Ingin dibelikannya baju-baju basahan kepada cucu-cucunya.

Nek Mah ke rumah jirannya Pak Usop, diminta pertolongan Pak Usop untuk membawa mereka ke pekan dan upah akan dibayar kerana sudi menumpangkan keretanya. Pak Usop tumpang gembira melihat Nek Jah dan Tok Kadir yang terlalu senang hati kerana mendapat durian runtuh ini. Setibanya di pekan, Nek Jah membelek-belek harga yang terdapat pada baju-baju tersebut.

Dengan nada perlahan, dikatakan kepada Aiman dan Arif bahawa wang yang ada padanya tidak sebanyak mana, dan berjimatlah dengan membeli baju basahan yang murah harganya. Aiman dan Arif akur dan tidak sesekali merungut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience