BAB 1

Humor Series 7517

"Hanissss!!!!!!" suara Nadia bergema di bangunan akademik itu.

Baru hendak melangkah keluar dari kelas untuk pergi ke tapak perhimpunan,Farah Hanis sudah dikejutkan dengan jeritan kuat Ain Nadia, sahabat karibnya yang dijumpai semasa awal tahun dahulu. Tersentak dia dibuatnya. Dia beristighfar di dalam hati. "Heisshhh....kau ni dah kenapa?!" marahnya. Dia sememangnya tidak senang dengan perangai Nadia yang satu itu.Suka sangat menjerit sampai malukan orang. Alah! Macam dia tidak biasa dengan semua itu. Nadia tersengih seperti kerang busuk menampakkan barisan gigi putihnya yang tidak terlalu kemas. "Tunggu aku,kita pergi rollcall sama - sama," selamba Nadia berkata seraya meletakkan beg di tempat duduk yang bersebelahan dengan tempat duduk Hanis.
"Kok iye pun.... tak payahlah kau nak menjerit panggil aku sampai bergema blok ni!" Nadia tarik muka. "Yelah cik adik manis oii. I'm sorry okay," Cepat - cepat dia minta maaf melihat muka muncung rakan karibnya yang sudah seperti mulut itik itu.

"Dahlah! Jom cepat. Nanti terlambat pulak." agak kasar Hanis menarik tangan Nadia. Dikerlingnya jam tangan Tissot yang sudah menunjukkan pukul enam lima puluh empat minit pagi memandangkan perhimpunan bermula tepat pada pukul tujuh pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience