BAB 3

Humor Series 7517

Nadia melabuhkan punggungnya di atas katil Hanis selepas selesai sahaja mandi. Jam menunjukkan pukul lima lima belas minit petang. 'ada empat puluh lima minit lagi nak dinner' getus hatinya.

"Haa!! Amboi amboi.....dengan selamba badaknya kau duduk atas katil aku ya. Tak ada katil dah ke?" Hanis yang baru selesai mandi menerjah Nadia. Terkejut Nadia dibuatnya. Dia mengurut dada sambil beristighfar. "Ya Allah! Kau ni pun, tak payah lah sampai nak terkejutkan aku cik Farah Hanis binti Dato' Salleh oii.." Serentak itu,Hanis tergelak kecil. 'Padan muka,' nakal hati kecilnya bersuara. Nadia julingkan mata ke atas.

Tiba-tiba dia teringat satu perkara yang terjadi sewaktu mereka tergesa-gesa hendak ke kelas Sains tadi. "By the way Hanis, you're so lucky tadi!" kedengaran teruja suara Nadia. Berkerut pelipis Hanis dibuatnya. "Apa ke benda ko mengarut ni? Lucky apa pulak?" Seingatnya, tiada benda bertuah pun yang berlaku padanya hari ini.
Melainkan........
"Kau ni lembap betullah! Tadi kan kau bertentang mata dengan Si Raiyan tu!" marah Nadia. Serta merta muka Hanis menjadi merah padam. Selepas peristiwa berlanggar dengan Raiyan pagi tadi, tidak berhenti Nadia mengusiknya. "Tak ada yang bertuahnya," Spontan Nadia mencubit lengan mulus Hanis sampai naik merah dibuatnya. "Kau ni memang butalah! Kau berlanggar dengan the one and only Raiyan Harris tau! Raiyan tu dahlah handsome,kaya,popular pulak tu," terkinja-kinja Nadia dibuatnya sebaik sahaja raut tampan itu terlintas di fikirannya. "Sakitlah! Ambik kau!" Hanis segera memukul Nadia dengan bantal yang terletak elok di atas katil bercadar merah jambu itu. Tidak dibalas percakapan Nadia tadi. Malas. Nanti,makin banyak pula sangkaan mengarut yang keluar daripada mulut rakan baiknya itu.

Terlompat-lompat Nadia untuk menghalang pukulan hebat itu. Mereka bergelak ketawa sambil berlari-lari mengejar satu sama lain di dalam setiap bilik yang dihuni 2 orang itu.

'Tapi,betulkah aku bertuah?' Sempat lagi hati kecilnya bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience