BAB 8

Humor Series 7517

"TING TING TINGGG!"

Bunyi irama klasik telefon bimbit jenama Samsung milik Hanis menyepikan suasana tiga sekawan yang dari tadinya rancak berbual. Para pelajar yang menetap di MRSM tersebut sememangnya dibenarkan membawa telefon bimbit model lama. Tetapi tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon pintar.

Tergesa - gesa Hanis mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek baju kurung sekolah. Dia berasa agak pelik melihat nama pemanggilnya. "Siapa?" tanya Nadia dan Muiz serentak. "Mama aku," balas Hanis lalu segera menjawab panggilan tersebut. " Hello, assalamualaikum ma. Kenapa telefon adik ni?" tanya Hanis. "Waalaikumussalam. Ha..adik. Mama nak adik datang aspura sekarang," jawab Datin Rohana agak tergesa - gesa. Hanis terkejut beruk. "What? Aspura? For what? Mama kat mana ni?" bertubi - tubi soalan menyerang Datin Rohana. "Ya. Aspura. Sekarang juga. Mama dengan papa kat aspura ni," balas Datin Rohana. Diam. Senyap. Tiada jawapan daripada Hanis. 'Macam mana pulak mama dengan papa boleh ada kat aspura pulak ni? Tadi elok je kat aspuri ni,' getus hati kecilnya. "Tak...tadi mama dengan papa ikut kawan kami pergi dekat anak dia orang kat aspura ni," terang Datin Rohana bagai sudah mengagak apa yang ada di dalam kotak fikiran anak gadisnya. "Cepat sikit ya. Mama dengan papa nak kamu jumpa kawan kami ni. Okay bye sayang," sambung Datin Rohana sebelum terus memutuskan talian.

"Apasal babe?" soal Nadia. "Mama dengan papa aku nak aku pergi aspura sekarang juga untuk jumpa dengan kawan dia orang," resah sahaja intonasi pemilik suara lembut itu. "Tak apalah. Kau pergilah," kata Muiz. "Aku takutlah. Kau orang tahu kan aku macam mana. Segan lah aku. Mesti ramai lelaki," seperti hendak nangis pula intonasi suaranya. "Alahh...kau tak payah lah takut. Aspura memanglah ramai lelaki.
Hanis... Hanis," balas Muiz selamba seraya menggelengkan kepala. "Tak ada bendalah. Pergi je. Kan ramai parents. Lek ah," ujar Nadia pula cuba untuk menenangkan hati rakan karibnya itu. "Hmm.. yalah. Aku pergi. Bye korang. Kalau parents korang dah sampai,korang balik je. Tak payah tunggu aku. Nanti kita sambung borak kat wassap," ujar Hanis. Berat hatinya mahu melangkah pergi. Nadia dan Muiz menunjukkan isyarat 'ok' sebagai tanda setuju. Mereka menghantar Hanis dengan ekor mata sehingga gadis itu hilang daripada pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience