BAB 5

Humor Series 7517

"Hoii! "

Tersentak Hanis daripada lamunannya sebaik suara garau seorang lelaki memeranjatkannya.

"Kau ni dah kenapa Muiz? Nak buat aku sakit jantung ke?!" bebel Hanis. Dia sememangnya marah dengan sikap Muiz yang satu itu. Muiz Azlan,merupakan rakan karib Hanis selain Nadia. Mereka bertiga memang selalu bersama. Hanis dan Nadia sedar Muiz merupakan seorang lelaki. Oleh itu,mereka tetap mementingkan adab pergaulan agar tidak berlebihan dengan Muiz.

"Tak,yang kau nak marah ni pahal? Lek ah, " kata Muiz cuba menenangkan Hanis. Senyap. Tiada sepatah kata yang terbit daripada bibir mongel Hanis. "Sorry lah wei. Yang kau ni duk menungkan apa dari tadi?" soal Muiz cuba memecahkan kesunyian. "Aku teringat kejadian pertengahan tahun dulu yang aku terlanggar dengan Si Rayyan tu," jawab Hanis sambal menongkat dagu. "Hai...jauhnya pergi. Sekarang dah akhir tahun dah cik kak oi. Tiga hari lagi cuti sekolah. Macam mana kau boleh terflashback sampai ke situ pulak?" dia sudah maklum tentang perlanggaran pada awal tahun tersebut.

Siapa lagi kalau bukan mulut becok Nadia yang bercerita.

"Hurmm...entahlah wei. I literally have no clue about that. Sejak kejadian tu,aku dah lama tak nampak dia. Adalah terserempak dua tiga kali," mentadar sahaja suara Hanis bagaikan orang baru putus cinta. "Eleh kau! Mana nak perasan kalau diri tu setiap masa dengan buku. Berjalan bawak buku,makan bawak buku,pergi roll call bawak buku,macam budak nerd dah aku tengok. Aku taulah kau nak target pointer tapi rehat tu kene jaga. Kang sakit,aku dengan Nadia pulak yang susah," bebel Muiz. Sudah lama dia perhatikan gelagat Hanis. Terlalu taksub untuk menjadi pelajar cemerlang sehinggakan tidak mengambil berat dengan kesihatan diri sendiri. "Yelah pak cik. Dah aku nak tido kejap. Penat pulak rasa. Pergi duduk tempat kau sana," jawab Hanis malas sambil menguap. Bukan dia tidak sedar akan tabiat dirinya itu. Sudah acap kali Nadia dan Muiz menasihatinya. Sebanyak itulah dia cuba untuk memperbaiki kesilapan dirinya itu.

Muiz yang menterbalikkan kerusinya ke meja belakang iaitu meja Hanis mencebik seraya membetulkan semula kedudukan kerusinya. Muiz duduk di hadapan Hanis. Sementara Nadia duduk di tepi Hanis. Pada waktu itu ialah waktu prep petang. Nadia pergi ke perpustakaan maktab untuk membuat kerja sekolah berdasarkan komputer.

Banyak perkara yang dilalui sepanjang tahun ini. Suka dan duka dikongsi bersama dengan rakan - rakan karibnya. Perkara - perkara tersebutlah yang mematangkan dirinya. Sesungguhnya, dia bersyukur dikurniakan rakan - rakan yang penyayang dan banyak membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience